Assalamualaikum,
Kegembiraan seorang kakak lepas dengar ada adik dalam perut ibu
Hari ni, ini adalah post saya yang ke 100. Diam tak diam, banyak juga menulis di sini. So, hari ni nak umumkan berita yang sudah di pastikan kesahihannya, It's positive!
Sudah beberapa bulan menanti dan akhirnya Alhamdulillah..Tuhan makbulkan jua permintaan saya. Dan minggu lepas juga terpaksa saya bercuti 2 hari sebab Sofea sudah kena demam yang agak panas dan merisaukan beserta batuk dan selsema.
Orang demam, tempat tidurnya sentiasa atas dada ibu.
Weekend
Saya pulang ke kampung. Mak terbuku kan saya sebab banyak betul buah-buahan seperti rambutan gading kegemaran saya dan jagung manis di rumah. So, tengah hari Jumaat kami sudah sampai ke kampung memandangkan saya pun cuti dan ubby ambik half day.
Memang lah ada-ada saja kereta ni, kononnya nak tukar brake pad, tapi melarat2 sampai tayar yang sudah botak dan bengkak juga sport rim yang sudah bengkang bengkok. Nak taknak terpaksa jugak tukar dan habislah RM 1,400. Kesian jugak kereta tu dah banyak berjasa, nama jek baru 3 tahun, tapi perjalanannya sudah jauh.
Ops, melarat-larat pulak saya. Apa pun, doakan kesihatan saya dan kandungan saya ini. Semoga 9 bulan yang akan datang segalanya selamat dan sempurna.
4 comments:
alhamdulillah...
tahniah yerr..jaga diri bebaik...
salam,
tahniah. bestnya! agaknya nanti bila jumpa ummi sure dah berempat. anjer, ubby, sofea dan baby. :)
kek oren,
tQ, akak pun take care...
Kak ummi,
tQ, nampaknya macam nak jumpa tahun depan jek...hehehe....masa akak dtg nanti tgk lah obesiti saya yang membawa perut...hahaha...
Alhamdulillah...bersyukur la Allah permudah kan dan murahkan rezeki utk nurshi..lps ni kaklong sofea tak leh la nak buli2 ibu lagi :)
Post a Comment