Wednesday, August 29, 2007

Akhirnya

Operasi pindah rumah telah selesai...walaupun penat dan tak larat saya gagahkan jua. Nasib ubby sangat rajin mengangkut barang2 yang kecik2 naik kete. Adalah dalam 10 trip. Malam minggu haritu ayah datang terus angkut perabot besar. Settle! Dalam pada sibuk pindah malam tu, sempat jugak kitorg tengok bunga api. Tapi cepat2 balik sebab takut jalan sesak n tersangkut. Ingatkan ayah sampai dulu, rupa2nya kitorg yang sampai dulu naik kereta. Dalam kereta sume pompuan2...mak, adik, kak ipar n 2 budak kicik itu, Sofea n Aimi. Yang lelaki sume naik lori angkat barang.

Sekarang

Saya dah mula loya, pening n muntah pada waktu pagi n lepas maghrib. Yang memburukkan keadaan bilamana lepas maghrib dah start badan mcm nak demam dan tak daya nak bangun. Masa pindah tu kuatkan hati jugak. Kalau tidak...tak pindah lagi la sampai sekarang. Duk umah baru ok la jugak. Sejuk...tapi tak sangka begitu banyak barang aku yang ntah apa-apa ntah. Mak sampai bising kata macam dah kahwin 10 tahun takhal baru 3 tahun jek.

Sofea

Sofea boleh tahan letihnya...sekarang nih dah ok kalau nak ke taska. Dah tak nangis2 lagi. Senang jek, sampai depan pintu taska ambik beg, salam ibu n terus bawak beg masuk dalam....cuma satu jek, liat bangun pagi. Selalu gi taska tak mandi, cuma salin pampers jek....Dulu boleh lah parking kete depan umah, senang nak masukkan barang...sekarang ni berangkut2 naik lif...al maklumlah umah tinggi...Kalau Sofea tdo lagi haru, dah lah badan semangat nak angkat...dengan barang lagi....boleh kurus saya ngan ubby.

Monday, August 20, 2007

Aku

Cerita hari ni....sangat sedih dan pilu pada pandangan saya..
Turun ke kafeteria, sebelum tu cuba keluarkan duit tapi mesin takde duit pulak. Jadi saya pinjam saja duit dari kak ani. Saya terasa nak makan mihun tomyam. Dah kak ani orderkan. Saya masuk ke kafe dan tunggu sambil makan pisang wakaf nak hilangkan rasa loya dengan pelbagai bau masakan. Tak lama tu pesanan siap dan kami terus naik. Dah cadang2 kak ani nak tumpang makan tomyam sebab nampak memang sedap. Saya pun ke pantry dan ambil mangkuk. Dalam tercari2 tu, tomyam saya bergolek dari atas marmar terus ke lantai. Pecah......Berderai air mata membersihkan lantai. Terus dapatkan kak ani dan tambah pecah lagi empangan. Rasa pilu dihati sebab mmmm....bau dan rasa tu dah nak sampai ke mulut...

Sekarang ni, waiting for kak ani belikan lagi walaupun dah puas melarang. TQ kak ani so much. Sekali pikir macam budak kecik pulak. Mungkin nilah namanya bawakan budak...ketawakan aku!!!!

Thursday, August 09, 2007

Sleep study

Jam 2 petang saya sudah sampai ke tempat pendaftaran. Selepas mengambil fail saya secara manual, saya di bawa ke Wad 4, Blok Dahlia kalau tak silap. Di blok tersebut, di tingkat atas, saya menanti nurse memeriksa fail saya dan selepas itu, tekanan darah saya diambil.

"Sediakan katil 19 untuk Puan ni," nurse tu mengarah seorang atendan hospital di situ.




"Puan boleh ke katil 19 dan tunggu untuk sleep study malam ni" kata nurse tu.

"Semalam saya call, salah seorang MA kata tak payah bermalam.Saya datang hari ni sehelai sepinggang jek." kata saya, keliru.

" Takpe kak, boleh pakai baju hospital..." kejap kak, kejap puan, pening aku!



excited pulak dak kicik nih

Maka, proses menunggu pun bermula.Sangapnya saya laki bini. Sofea pulak yang ambik port tempat tdo. dari jam 4 petang hinggalah nak balik dalam pukul 7 mlm. Masih lagi mamai....



Lepas ubby balik, saya siap2 dan lepak di surau dari maghrib hingga ke isyak. Membaca yasin, dan surah. Lepas isyak, balik semula ke katil then khatamkan Majalah Mingguan Wanita. Habis segala iklan, pendek kata dari kulit depan sampai ke kulit belakang tak miss langsung. Boring gile...


makan malam saya pada hari tu


Pukul 10.00 mlm baru lah datang nurse berpakaian biasa bawa saya ke makmal. Sampai di makmal, saya terus dipasangkan dengan alat seperti alat pernafasan.

Jam 10.30mlm saya berusaha menidurkan mata yang tak berapa mengantuk ini. Lama jugak rasanya baru saya terlelap. Rimas sungguh tidur dengan segala wayar yang melekat di jari dan tiub yang ada di hidung. Entah berapa kali saya asyik terjaga sampaikan termimpi-mimpi mencabut wayar2 tu.

Jam 6.oo pagi , saya dikejutkan dan alat yang dipakai dicabut. Lega rasanya. Lepas duduk sekejap, saya terus pulang ke katil dan menunaikan solat subuh di surau.

Gambar hiasan, ni lah alat yang saya pakai sepanjang tdo

p/s : kualiti gambar agak kurang memuaskan kerana diambil menggunakan hset shj..

Tuesday, August 07, 2007

PAGI

Assalamualaikum,

Pagi ini, Sofea betul2 mencabar kesabaran saya. Mana taknya dari bangun tidur sudah tak mahu mandi. Dari bilik air dapur nak ke bilik air di Master bedroom, saya ikutkan saja. Masih menangis takmau masuk ke dalam bilik air. Pastu terus baring lagi di tilam depan TV. Kalau senyap takpe, nangis lagi jerit2... Saya, apalagi alang-alang dah menangis, terus dukung dan bawa ke bilik air. Tutup pintu dan jirus kaki, perut dan badan. Melalak2 nak keluar, saya sabunkan dia, bilas dan terus angkat keluar. Tak gosok gigi pun, cuma pegang jek berus gigi di tangan dia.

Sampai depan tv, menangis suruh buka cd Happy Feet, saya ikutkan. Nak pakai baju, nangis lagi. Taknak pakai pampers jugak. Sedas kene kat punggung baru nak baring elok2. Siap berbaju dan sikat rambut, tak bagi pulak saya salin baju. Nasib dah mandi siap2 sebab ambil langkah berjaga-jaga takut dia meragam seperti hari ni. Sampai jam 7.15, saya masih belum salin baju kerja. Last2 saya ambil baju dan salin di depan tv. Anak,anak....sabar jek la. Nak pakai tudung satu hal lagi...Sambil saya pakai tudung, sambil tu dia melalak depan cermin minta dukung. Puas ayah pujuk, tak jalan jugak. Siap pakai ala kadar, cangking dia n terus naik kete. Baru senyap. Geram jugak tak mau berenggang langsung.

Sampai di lobi ofis, selalu lambai2 ayah sebelum kereta bergerak, hari ni, menangis2 panggil ayah sampai lah masuk dalam bangunan. Depan pintu taska landing dulu, makan Smarties sampai habis. Masuk dalam pintu Taska, duduk lagi kat sofa. Tgk jam dah pukul 8, saya terus hantar dia masuk ke pintu lagi satu, ada pulak budak tengah menangis2 dan Sofea start lah balik. Saya tak toleh belakang lagi, tinggalkan aja. Sebab saya tahu kejap lagi reda lah tu.

Adus...berakhirlah pagi saya sebelum masuk waktu kerja dengan menahan sabar sepenuh hati.

Jam 12.30 tgh hari ni, saya akan ke Institut Perubatan Respiratory di Kuala Lumpur untuk menjalani ujian POLYSOMNOGRAPHY (Sleep study) pada jam 2 petang.

Sebelum itu, saya perlu menyiapkan data request dari EPU. Saya akan cuba sebaik dan sesegera mungkin.

Monday, August 06, 2007

100

Assalamualaikum,

Kegembiraan seorang kakak lepas dengar ada adik dalam perut ibu


Hari ni, ini adalah post saya yang ke 100. Diam tak diam, banyak juga menulis di sini. So, hari ni nak umumkan berita yang sudah di pastikan kesahihannya, It's positive!


Sudah beberapa bulan menanti dan akhirnya Alhamdulillah..Tuhan makbulkan jua permintaan saya. Dan minggu lepas juga terpaksa saya bercuti 2 hari sebab Sofea sudah kena demam yang agak panas dan merisaukan beserta batuk dan selsema.

Orang demam, tempat tidurnya sentiasa atas dada ibu.



Weekend


Saya pulang ke kampung. Mak terbuku kan saya sebab banyak betul buah-buahan seperti rambutan gading kegemaran saya dan jagung manis di rumah. So, tengah hari Jumaat kami sudah sampai ke kampung memandangkan saya pun cuti dan ubby ambik half day.


Memang lah ada-ada saja kereta ni, kononnya nak tukar brake pad, tapi melarat2 sampai tayar yang sudah botak dan bengkak juga sport rim yang sudah bengkang bengkok. Nak taknak terpaksa jugak tukar dan habislah RM 1,400. Kesian jugak kereta tu dah banyak berjasa, nama jek baru 3 tahun, tapi perjalanannya sudah jauh.


Ops, melarat-larat pulak saya. Apa pun, doakan kesihatan saya dan kandungan saya ini. Semoga 9 bulan yang akan datang segalanya selamat dan sempurna.

Wednesday, August 01, 2007

OGOS

Oh, sudah Ogos rupanya...serasa saya baru jek menyambut kedatangan Jan 2007. Cepat sungguh masa berlalu. Dan saya masih lagi di sini, seperti ini, mungkin telah berubah sedikit la, sedikit....

Good News

I'm waiting 4 something good but...sampai hari ni masih menanti.Bukan sebab apa, cuma masih belum dapat dipastikan lagi. Berita baik yang satu lagi, sudah confirm dapat kuaters tapi masih belum dipanggil mengambil kunci. Dapat kat ceruk Putrajaya tapi oklah kot sbb dekat dgn Alamanda dan tempat jual nasi dagang serta kuih-muih kegemaranku....Dan selepas ini ubby, silalah bayar 'sewa rumah' RM500 kepada saya sebab elaun rumah dan COLA telah saya korbankan....huhuhu...makcik kayo lepas nih! Dan yang bagus jugak dapat setempat ngan dua member ofis yang lain. Sorang dah dapat surat tawaran, cuma kami berdua belum lagi sebab sebab kami down gradekan status.



p/s : cuba menggunakan perkataan saya menggantikan aku. Tapi rasa sedikit janggal...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...