My Baby (BUKU)
It's going so smooth n steady! Untuk booklet sudah sampai ke SUB, maybe esok lusa dah boleh hantar ke printing. Tapi, kulit jek lum dapat contoh lagi. Dah 3 hari Ketua Unit Penerbitan cuti n MC. Adus...selalunya benda2 macam ni lah yang melambatkan penerbitan baby2 aku ni. Tapi takpelah..janji side aku dah settle.
Sekarang aku tgh berusaha untuk baby aku lagi satu ni. Buku tahunan yang besar ni. Sekarang dalam proses key in data. Harap2 segalanya berjalan lancar, so aku leh panggil meeting untuk buat pengesahan data by the end of this month.
Rindu
Sejak sibuk kebelakangan ni, tak sempat nak melawat blog kengkawan. Rindu pulak nak baca citer kak PB, kak Lady, kak Sya, n sume lah yang tersenarai...Nak menaip entry ni pun curi2 sambil key in data. Takut tak siap jek karang buku nih. Sesekali tu berym gak ngan member2 lama.
Kakak (SIL)
Adik ipar aku sekarang dah mula kerja di Bukit Mertajam, berdekatan ngan umah dia. Alhamdulillah..Tuhan permudahkan segala urusan penempatan. Mula2 masa lapor diri kat JPA tu takut jugak kena hantar tempat yang bukan2. Tgk2 petang tu dia dapat penempatan di Kementerian yang sama dengan aku. Syukurnya yang amat. Lagi pulak Sofea dah start duduk di Taska ofis aku ni. LAgi lah senang sebab kakak pun ada kereta. Sekali jalan jek. Tapi, tulah kita merancang Tuhan yang tentukan...Dapat pulak dia ditempatkan balik ke utara jugak. Takpelah, dekat ngan suami dia lagipun dia tgh mengandung 4 bulan. Dari pihak aku n ubby mengharapkan agar dia dapat tinggal di KL sebab rasa kat utara tu jauh sangat nak pegi. Tapi takpelah...biarlah dia berdikari. Kami doakan semoga semuanya selamat.
Sofea
Sofea sekarang aku dah hantar ke Taska yang baru di buka di bawah ofis aku ni. Dia memang tak kisah jek, lagipun suasana kat taska baru ni aku rasa lagi elok berbanding tempat lama. Dua hari pertama nampak anak aku kurang terurus sebab pekerja2 kat situ pun masih baru kebanyakkannya.. Tapi start hari ke tiga semuanya dah ok. Tapi satu hal pulak Sofea ni tiap2 pagi melalak dulu sebelum berpisah ngan aku kat pintu taska. Adus...aku tinggalkan jek kat org tu tak kisah la macam mana sebab bila dia masuk dalam nanti dia ok sendiri. Ikutkan hati memang tak sampai hati nengok dia nangis, tapi apakan daya...ibu ada keje.
So, sekarang ni takdelah nak naik motor lagi...Ubby akan hantar aku dan balik ambil. Kalau lambat pun tak kisah sebab anak dah ada dengan aku. Kitorg plan nak beli second car, tapi lum ada rezeki lagi. Budget masih belum mengizinkan. Tengoklah nanti kalau permohonan kuaters aku berjaya, mungkin boleh lah beli second car.
Mimpi
This weekend kawan baik aku masa sekolah rendah akan melangsungkan perkahwinan dia. Aku tumpang gembira....tapi malam tadi aku mimpikan kematian dia. Dan mimpi tu seolah2 benar. Aku jadi takut n pagi tadi rasa tak bermaya sebab terkejut. Dalam mimpi tu, aku datang ke majlis dia tapi family dia kata dia dah tak da, Ya Allah...menangis2 aku dalam mimpi tu.
Harap takde yang buruk berlaku...mimpi kan permainan tidur. Mungkin aku terlalu letih sampai termimpi yang bukan2. Masyaallah....
3 comments:
Salam Adeq
kak pB pun sekarang ni sibuk sibuk sikit ...
wah jumpa aunty Yan ...
Nak la join sekali ....
sofea blh la geng ngan afifah... rutin dia mmg menangis kat pintu nursery hehe...
Well said.
Post a Comment