Minggu ke 29, bulan ke 7 , tahun 2007
Isnin,
Aku demam, sebab semalam n kelmarin kat kampung sibuk gi kenduri best fren aku masa sekolah dulu. Semalam dah start virusnya, tapi aku buat tak tau jek. Pagi ni, nak gi keje dah tak larat n badan gigil2 n bisa yang teramat.Nasib tak baik, ubby pun lambat n taknak hantar Sofea gi taska sebab nanti lambat sampai ke ofis. Dan aku kat rumah, dengan demamnya, melayan karenah si anak dengan penuh kesabaran. Nasiblah dia tidur sekejap waktu tengah hari, dapatlah aku menyegarkan diri dan merendam baju dalam washing machine. Tak selera nak makan sebab tekak yang amat sakit. Sofea pun tak makan jugak , cuma makan cereal Trix je. Nasib ubby balik awal, bawa ke klinik, tapi doktor macam haram, tak check aku pun. Just tanya2 then tulis2 kat kad then ok. Aku memang tak puas hati langsung... Tak check tekak ke, temperature ke, tekanan darah ke....
Balik klinik makan kat Ani Sup Utara, then balik umah terus terbongkang lagi... Malam teringin nak makan burger pakcik pulak, ubby belikan n makan ngan berselera walau sakit tekak.
Selasa,
Masih tak sihat. Ubby cuti n bawak ke klinik sekali lagi lepas hantar Sofea ke Taska. Jumpa doktor empunya klinik, mengadu pasal semalam n mintak pain killer sebab tak tahan bisa badan. Dapat mc sehari lagi.
Rabu,
Start keje ngan badan yang suam2 kuku. Masih bertahan sebab dah ada ubat segala. Buat keje pun suam2 kuku gak. Petang aa discussion sekejap, then balik. Balik singgah Alamanda, dinner n balik. Malam still rasa tak larat n tdo awal, walaupun kejap2 bangun sebab basuh baju n toto yang Sofea dah bocorkan air kencing atasnya. Berat tak hengat nak jemur.
Tak suka bila ubby tengking2 anak selalu. Aku tak sampai hati tgk anak menagis, lagi pulak dia memang manja sangat n takleh berenggang dengan aku. Sofea kena marah sebab masa aku baring2 tu dia letak kepala ikut suka n terhantuk kat atas tepi kening sebelah kanan. Aku yang terlelap terperanjat ngan sakitnya, n Sofea pun menangis jugak. Ubby kata dah panaskan air nak tuam, tapi sampai ke sudah, aku bangun, solat Isya' n terus naik tdo atas katil lepas marah Sofea sekali lagi sebab kacau aku waktu solat. (sebenarnya marah ubby sebab leka sangat tgk bola sampai tak dengar anak kacau aku solat) Sabar lah hati.
Sebagai balasannya walaupun aku dah terbangun kul 3 pagi untuk keluarkan baju dah cuci dari washing machine, aku still tak kejut ubby untuk tdo kat dalam. So, tinggallah dia ngan anak tdo kat luar. Ntah kul berapa dia angkat anak masuk tdo dalam bilik aku pun tak sedar. Pagi ni baru ubby sedar napa aku hangin sgt malam tadi n say sorry.
So, beware..jgn suka2 nak tengking anak kecik yang tak tau bahasa sgt. Ajarlah dengan penuh berhikmah dan kasih sayang. Nak marah pun, marah lah dengan elok jangan nak menegking jek tak tentu pasal.
2 comments:
salam perkenalan dari saya juga.
hmmm, suami isteri kena byk tolak ansur dan byk bersabar dlm membesarkan anak2. rasanya semua parent melalui proses sebegitu. mula2, mmg rasa marah. tp, beberapa minit lepas tu, mesti rasa sejuk balik kalau kita lihat muka anak baik2. dia masih kecil dan tidak bersalah langsung. cuma perlu dididik.
tQ Fajar...begitulah selalunya...sebab tu saya tak suka kalau ubby menegking anak selalu..maybe kalau kesalahan melampau sgt boleh kita marah, tu pun bukan dengan tengkingan yang kuat. dia akan jadi lagi takut dan mesti memberontak. saya tak suka tgk anak menangis, sayu hati saya....
Post a Comment