Wednesday, July 25, 2007

lalalala....

Aku gumbira...menulis entry ini sambil dalam hati berbunga-bunga sebab dapat jumpa Kak Luna sekaligus berkenalan ngan Minnie. Tapi aku terkilan sebab tak dapat belanja diorang makan....diorang rushing sebab ada 'tour de KL' kalau sempat nak jumpa kwn2 blog yang lain. Banyak perancangan nampaknya diorang...hehehe...takpe...Minnie, next time dtg Putrajaya, jemputlah dtg sini lagi. Kita makan sama2 n jeleskan kak luna yg jauh di mata... Tgk lah kak Luna balik esok akan diapdet blognya bersama gambar aku...sempat tu berposing kat tepi jalan. Apa pun, Kak Luna tQ sbb menyempatkan diri untuk kite berjumpa. InsyaAllah, kalau ada rezeki kite jumpa lagi k. Semoga segala urusan berjalan ngan lancar.

Tuesday, July 24, 2007

Syok...

Alhamdulillah...

Weekend ni seperti yang diharapkan. Di tambah pula dengan hujan yang berpanjangan seharian. Seronok lah kitorang. Hari Sabtu, kemas2 umah. Tak masak apa pun, just panaskan lauk yang ada dalam fridge.

Hari Ahad, pagi keluar gi sarapan. Aku teringin nak makan nasi dagang kat Gate 1 tu. Ubby pulak liatnya nak bangun. Last2 aku bersiap n cakap nak gi sendiri barulah dia kelam kabut nak bangun n mandi. Sampai kat kedai, malang sungguh sebab nasi dagang dah abis dan ramai orang pulak tuh. Ubby gi order pun malu2 kucing tak kena tempat....Dia nak makan laksam. Laksam pun abis gak. Last2, kitorg tinggalkan jek kedai tu walaupun dah order air....kecewa punya pasal.

Sarapan kat Bangi jek, then gi pasar beli bahan nak masak tomyam hari ni. Seumur hidup aku, ni la first time aku masak tomyam. Hasilnya...walah!!!sedap ah jugak...hehehe...puji diri sendiri.

Seharian lepak, tdo, ditambah lagi ngan suasana sejuk disebabkan hujan berpanjangan.....

Hari semalam, keje macam biasa. Siapkan entry ni sekejap pastu save as draft pastu langsung takleh bukak sepanjang hari...Petang semalam ubby jogging kat taman depan PICC. Best lah jugak, aku melayan Sofea main2. Suka dia...Balik, celur mihun, panaskan tomyam...jadi mihun tomyam. Lai pulak kawan aku hantar durian 3 biji ngan rambutan...marvelloussss!

Hari ni, sambung entry nih, nak siapkan keje.... Ada masa sambung lagi...

Selamat Berkoje!!

Friday, July 20, 2007

Jumaat

Hari Jumaat, hari yang pernuh berkat. Aku dilahirkan pada hari ini juga. Ya, selepas solat Jumaat, kata mak ku. Aku bangga...sebab aku di lahirkan pada hari penghulu segala hari ini. Dan, ubby juga lahir pada hari ini juga. Dan, Sofea pun lahir pada hari Jumaat juga, selepas sembahyang Jumaat. Lebih kurang sama waktunya dengan waktu kelahiranku...kata mak ku. Alhamdulillah..semoga hidup kami penuh keberkatan dari-Nya Yang Maha Esa. Amin...
Hujung minggu ni kami tidak merancang apa-apa aktiviti. Perancanganku cuma satu, ingin mengemas rumah, melipat kain yang dah berbukit tingginya, masak sesuatu untuk ubby dan Sofea, dan berehat secukupnya. Maklumlah...dalam minggu ini, aku letih dan kurang sihat. Kalau ada kesempatan, nak ajak ubby berjogging di kawasan berhadapan PICC. Kalau jadi...
Next week dapat gaji. Gaji baru, COLA baru, dan amaun baru. Aku suka, ubby pun suka. Sekurang-kurangnya sekarang ada lebihan untuk ditambah ke dalam simpanan. Tak kisahlah walaupun sedikit, sebab kami ni jenis boros kalau memebeli benda makan.
so, Selamat berhujung minggu semua!

Thursday, July 19, 2007

Minggu ke 29, bulan ke 7 , tahun 2007

Isnin,

Aku demam, sebab semalam n kelmarin kat kampung sibuk gi kenduri best fren aku masa sekolah dulu. Semalam dah start virusnya, tapi aku buat tak tau jek. Pagi ni, nak gi keje dah tak larat n badan gigil2 n bisa yang teramat.Nasib tak baik, ubby pun lambat n taknak hantar Sofea gi taska sebab nanti lambat sampai ke ofis. Dan aku kat rumah, dengan demamnya, melayan karenah si anak dengan penuh kesabaran. Nasiblah dia tidur sekejap waktu tengah hari, dapatlah aku menyegarkan diri dan merendam baju dalam washing machine. Tak selera nak makan sebab tekak yang amat sakit. Sofea pun tak makan jugak , cuma makan cereal Trix je. Nasib ubby balik awal, bawa ke klinik, tapi doktor macam haram, tak check aku pun. Just tanya2 then tulis2 kat kad then ok. Aku memang tak puas hati langsung... Tak check tekak ke, temperature ke, tekanan darah ke....

Balik klinik makan kat Ani Sup Utara, then balik umah terus terbongkang lagi... Malam teringin nak makan burger pakcik pulak, ubby belikan n makan ngan berselera walau sakit tekak.

Selasa,

Masih tak sihat. Ubby cuti n bawak ke klinik sekali lagi lepas hantar Sofea ke Taska. Jumpa doktor empunya klinik, mengadu pasal semalam n mintak pain killer sebab tak tahan bisa badan. Dapat mc sehari lagi.

Rabu,

Start keje ngan badan yang suam2 kuku. Masih bertahan sebab dah ada ubat segala. Buat keje pun suam2 kuku gak. Petang aa discussion sekejap, then balik. Balik singgah Alamanda, dinner n balik. Malam still rasa tak larat n tdo awal, walaupun kejap2 bangun sebab basuh baju n toto yang Sofea dah bocorkan air kencing atasnya. Berat tak hengat nak jemur.

Tak suka bila ubby tengking2 anak selalu. Aku tak sampai hati tgk anak menagis, lagi pulak dia memang manja sangat n takleh berenggang dengan aku. Sofea kena marah sebab masa aku baring2 tu dia letak kepala ikut suka n terhantuk kat atas tepi kening sebelah kanan. Aku yang terlelap terperanjat ngan sakitnya, n Sofea pun menangis jugak. Ubby kata dah panaskan air nak tuam, tapi sampai ke sudah, aku bangun, solat Isya' n terus naik tdo atas katil lepas marah Sofea sekali lagi sebab kacau aku waktu solat. (sebenarnya marah ubby sebab leka sangat tgk bola sampai tak dengar anak kacau aku solat) Sabar lah hati.

Sebagai balasannya walaupun aku dah terbangun kul 3 pagi untuk keluarkan baju dah cuci dari washing machine, aku still tak kejut ubby untuk tdo kat dalam. So, tinggallah dia ngan anak tdo kat luar. Ntah kul berapa dia angkat anak masuk tdo dalam bilik aku pun tak sedar. Pagi ni baru ubby sedar napa aku hangin sgt malam tadi n say sorry.

So, beware..jgn suka2 nak tengking anak kecik yang tak tau bahasa sgt. Ajarlah dengan penuh berhikmah dan kasih sayang. Nak marah pun, marah lah dengan elok jangan nak menegking jek tak tentu pasal.

Thursday, July 12, 2007

:-(.

Baru lepas tapau nasi....Adus..hari ni dah hari Khamis. Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru jek hari Isnin. Memang lah suka weekend, tapi kalau keje banyak tuh..almaklumlah..tak cukup tangan rasanya.

Hari ni rasa tak berapa best sgt. Kenapa tetiba rasa macam kite ni lilin yang membakar diri sedangkan org lain seronok dengan cahaya yang kite terangi? Ntah lah, kekadang rasa aku ni cerewet dan beria-ia sgt sedangkan benda tu kecik jek.

Lagi satu, makin lama aku rasa makin kecil nilai wang di tangan. Aku yang boros ke atau memang barang yang mahal? Aku rasa kan kalau dalam sehari ada org suruh abiskan RM1,000 beli barang2 kegunaan harian sekejap jek aku leh abiskan. Uish..ntah ler...hutang berlambak2...Dapat gaji bayar hutang. Kadang tu pejam mata jek nak manjakan diri beli barang yang tergolong dalam golongan 'KEHENDAK'. Kalau ikut keperluan tiap2 bulan memanglah abis duit macam tu aje. Nasib buat jugak potongan gaji untuk simpanan walaupun sikit. Tapi kengkadang tuh korek jugak.

Ntah apa lah yang aku merepek hari ni. Kesimpulannya....emosi aku kurang stabil hari ini.....

Tuesday, July 10, 2007

My Baby (BUKU)

It's going so smooth n steady! Untuk booklet sudah sampai ke SUB, maybe esok lusa dah boleh hantar ke printing. Tapi, kulit jek lum dapat contoh lagi. Dah 3 hari Ketua Unit Penerbitan cuti n MC. Adus...selalunya benda2 macam ni lah yang melambatkan penerbitan baby2 aku ni. Tapi takpelah..janji side aku dah settle.

Sekarang aku tgh berusaha untuk baby aku lagi satu ni. Buku tahunan yang besar ni. Sekarang dalam proses key in data. Harap2 segalanya berjalan lancar, so aku leh panggil meeting untuk buat pengesahan data by the end of this month.

Rindu

Sejak sibuk kebelakangan ni, tak sempat nak melawat blog kengkawan. Rindu pulak nak baca citer kak PB, kak Lady, kak Sya, n sume lah yang tersenarai...Nak menaip entry ni pun curi2 sambil key in data. Takut tak siap jek karang buku nih. Sesekali tu berym gak ngan member2 lama.

Kakak (SIL)

Adik ipar aku sekarang dah mula kerja di Bukit Mertajam, berdekatan ngan umah dia. Alhamdulillah..Tuhan permudahkan segala urusan penempatan. Mula2 masa lapor diri kat JPA tu takut jugak kena hantar tempat yang bukan2. Tgk2 petang tu dia dapat penempatan di Kementerian yang sama dengan aku. Syukurnya yang amat. Lagi pulak Sofea dah start duduk di Taska ofis aku ni. LAgi lah senang sebab kakak pun ada kereta. Sekali jalan jek. Tapi, tulah kita merancang Tuhan yang tentukan...Dapat pulak dia ditempatkan balik ke utara jugak. Takpelah, dekat ngan suami dia lagipun dia tgh mengandung 4 bulan. Dari pihak aku n ubby mengharapkan agar dia dapat tinggal di KL sebab rasa kat utara tu jauh sangat nak pegi. Tapi takpelah...biarlah dia berdikari. Kami doakan semoga semuanya selamat.

Sofea

Sofea sekarang aku dah hantar ke Taska yang baru di buka di bawah ofis aku ni. Dia memang tak kisah jek, lagipun suasana kat taska baru ni aku rasa lagi elok berbanding tempat lama. Dua hari pertama nampak anak aku kurang terurus sebab pekerja2 kat situ pun masih baru kebanyakkannya.. Tapi start hari ke tiga semuanya dah ok. Tapi satu hal pulak Sofea ni tiap2 pagi melalak dulu sebelum berpisah ngan aku kat pintu taska. Adus...aku tinggalkan jek kat org tu tak kisah la macam mana sebab bila dia masuk dalam nanti dia ok sendiri. Ikutkan hati memang tak sampai hati nengok dia nangis, tapi apakan daya...ibu ada keje.

So, sekarang ni takdelah nak naik motor lagi...Ubby akan hantar aku dan balik ambil. Kalau lambat pun tak kisah sebab anak dah ada dengan aku. Kitorg plan nak beli second car, tapi lum ada rezeki lagi. Budget masih belum mengizinkan. Tengoklah nanti kalau permohonan kuaters aku berjaya, mungkin boleh lah beli second car.

Mimpi

This weekend kawan baik aku masa sekolah rendah akan melangsungkan perkahwinan dia. Aku tumpang gembira....tapi malam tadi aku mimpikan kematian dia. Dan mimpi tu seolah2 benar. Aku jadi takut n pagi tadi rasa tak bermaya sebab terkejut. Dalam mimpi tu, aku datang ke majlis dia tapi family dia kata dia dah tak da, Ya Allah...menangis2 aku dalam mimpi tu.
Harap takde yang buruk berlaku...mimpi kan permainan tidur. Mungkin aku terlalu letih sampai termimpi yang bukan2. Masyaallah....

Wednesday, July 04, 2007

DiHambat

Ofis

Keje bertimbun2. Nak calling2 orang lagi. Adus letih benor rasanya. Masa pulak sangant lah mencemburui aku. Tup,tup dah petang. Nak menelefon orang pun, asyiklah takde kat tempat jek. Naik bosan aku. Deadline pun...dah dead dah...ni nampaknya memanglah lewat dalam seminggu. Nasib bos ok, lagipun tahun ni rasanya sume lembab nak submit data. Nasiblah aku ni sabar orgnya, tapi kalau dah kena sound ngan bos tu, kelam kabut gak aku menghambat org lain pulok...

Kenduri

Bulan ni, dari awal bulan berderet kenduri kahwin tiap2 minggu. Minggu lepas umah Cik Tulip. Next umah sepupu aku 2 org lagi tuh kat Melaka. Next week satu lagi kawan sekolah aku kat kampung. Letih la..tiap2 minggu takde kat umah.

SIL

Adik ipar aku dah dapat keje. Alhamdulillah..Nanti aku nak citer pasal dia.

Hari ni ada date ngan Auntie Yan. Lama dah set nya tapi baru hari ni free sket.
Semoga semua berbahagia selalu....wish me luck supaya dapat siapkan Buku2 ni ikut time!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...