Kerja
Cepat sungguh masa berlalu. Hari ni genap 3 tahun aku bekerja di sini sebagai SO. Keje kat sini ok, agak senang sebab takde keje rutin. Keje mengikut keadaan dan keperluan. Aku senang di sini, cuma bila dah lama bekerja, ada lah sedikit mana-mana yang tergigit lidah atau terasa hati. Dulu, aku sukar mengawal emosi, tetapi sekarang aku mengambil keputusan untuk bercakap bila perlu. Selamat ulangtahun bekerja yang ke 3 bagi Tulip, Kak Ma, Kak Nurul, Saiful dan diri aku. Tak lama lagi boleh lah keluarkan duit KWSP sebab sume memilih taraf berpencen. Syok ah...Aku dah berangan nak simpan duit tu untuk masuk rumah baru tahun depan nanti.
Kebelakangan ni, hidup aku agak kelam kabut. Mana taknya, bos kecik nak buat bengkel, surat jemputan dah hantar, surat kelulusan KSU sampai la ni tak settle lagi. Tak tahulah mana yang lembab, bhgn PSM ke, KSU yang lambat sain. Nak di ikutkan ni bukan lah keje aku, tapi sebab member yang incharge pasal ni org baru terpaksalah aku memberi pertolongan dan...taulah bos kecik aku yang kelam kabut tuh....Naik pening kitorg dibuatnya...Dah suruh member tu buat keje, pastu pesan kat aku lagi. Last-last jadi dua kali keje. Pening kepala member aku yang baru nih. Kesian kat dia, tak faham dan keliru. Aku sabar kan jek la hati ni.. Nak marah, bos...
Pening, pening....
Aku
Aku bercadang untuk tinggal di kuaters dan surat rayuan telahpun di hantar. Lepas tu kami bercadang untuk memiliki second car sebab taska kat bangunan aku dah buka. Tu lagi satu pening, suruh daftar anak, tapi tak tau yuran bulanan berapa, apa aktivitinya...tgklah macam mana nanti baru aku fikirkan.
Mak
Aku cuba berlagak biasa walaupun aku rasa luar biasa. Ubby masih lagi belum mahu pulang ke kampung. Dan kami bercadang untuk tidak pulang ke kampung bulan ni. Hanya telefon sebagai penghubung berita. Kalau nak jumpa cucu pun, jemputlah datang ke KL.
Setakat ini buat tika ini, SELAMAT BERHUJUNG MINGGU!
1 comment:
Salam adeq,
Oh, adeq di kerja di Putrajaya ke? Kat Kementerian mana? Akak duduk di Putrajaya gak, Presint 8. Nanti mungkin boleh makan tengahari sama2 :)
Post a Comment