Friday, June 08, 2007

Bengkel

Setelah berhempas pulas menyediakan bahan untuk bengkel...akhirnya Isnin depan aku akan melaksanakannya. Tak tau lah macam mana bengkelnya nanti. Persiapan bukan main lagi. Prof. yang dilantik untuk memberi ceramah tu nanti....pada pendapat aku la...pasti aku akan menguap2 sepanjang masa di sana. Mana taknya masa perbincangan pun aku terpaksa menumpukan sepenuh perhatian pada dia sbb cara dia cakap amatlah lemah lembutnya dan ber slang pulak tuh...Aduhai....so, kawan2 aku akan berbengkel dari 11 (my besday) - 13 Jun 2007 di Shah Alam,Selangor... Wish me luck ok.

Weekend

This weekend aku akan balik kampung, menghantar adik aku yang seminggu berada di sini dengan senang hatinya tanpa membawa bahan bacaan..memang lah malas belajar! Sekarang ni aku tengah menunggu ubby yang tak sampai2 . Pagi tadi kata ok, cepat balik. Tapi, petang nih kata banyak keje lak....kalau tau aku bwk motor sendiri. Boleh balik dulu, macam2 leh buat. Saja je mau menimbulkan marah. SELAMAT BERHUJUNG MINGGU SEMUA!

Hati

KISAH RUMPUT DAN ORANG YANG DISAYANGI

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajarbertanya pada seorang guru yang sedang mengajar.Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secaraam.Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagaiorang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nakberkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yangsaya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarangjuga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput didepan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagiwalaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang beradadi depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumputyang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumputyang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang adabanyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya punterus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh kebelakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yangpaling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itutapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalahrumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpadengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yanglebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kitasebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yangberlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang.Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita bolehperbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyakperkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kitasayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnyawalaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, makabarulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada didepan kita dengan tulus dan ikhlas.


"...kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari..Kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..Puas kita menangis,mencari di mana matahari, rupa2nya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI..."

3 comments:

akirasuri said...

kak!
hepi belated besday :)

Izariza said...

Salam berbahagia di hari ualng tahun kelahiran :) Maaflah agak terlewat mengucapkannya.

Kisah rumput itu begitu berbekas di hati. Begitulah, bersahabat biar beribu, bermusuh jangan sekali dicari...

~adeQ~ said...

tq kira n kak iza

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...