Thursday, May 17, 2007

Seminggu tak mengupdate, tangan ni dah gatal sesangat dah. Tapi apakan daya, internet pun dah selalu mengong kat sini. Banyak sebenarnya nat tulis tapi tu lah, bila ada masa ni tak pulak idea tu nak tubik.

Hari Ibu

Masa malam sebelum Hari Ibu tu, aku dah siap2 call mak n mak mertua aku untuk wish Selamat Hari Ibu. Tapi masa call mak aku tu, aku rasa ada satu kelainan..dahlah rasa macam nak nangis, pastu aku rasa sangat jauh hati ngan mak. Aku sendiri tak pasti kenapa. Dengan mak mertua aku pulak aku rasa macam nak cukupkan syarat jek sbb aku memang takde apa-apa feeling waktu tu. Kenapa ye? mungkin sebab semenjak dua menjak ni aku sering melayan perasaan. Aku rasa terpinggir...rasa jauh dan rasa tak dihargai walaupun aku dah cuba sedaya upaya untuk mengambil hati dan mengambil berat pada semua.


Hujan

Disebabkan oleh hujan yang lebat pada hari Rabu 9/5/2007, aku terpaksa ambik EL sebab hujan tak berenti dari pagi sampai ke pukul sebelas .Ubby pula sudah bertolak ke Lumut awal2 pagi lagi kerana ‘site visit’ . Kerana kenderaan yang selalu kugunakan untuk ke tempat kerja tidaklah berbumbung dan bertingkap.....



Weekend

Weekend lepas kami tak kemana-mana pun. Cuma hari Sabtu tu jek menyibukkan diri ke Mid Valley. Kononnya ke Mummy n Me Fair yang ada kat tingkat atas tuh. Tapi lepas masuk kat situ, rasa macam tak banyak benda yang menarik perhatian kami. Lagi pulak bila ubby sudah terperangkap dengan sorang jurujual program kanak2 ni. Aku tak kisah jek nak dengar penerangan orang tuh, tapi yang aku geram tu cara dia mengapproach kami sungguhlah tidak bersopan. Nada yang asyik mencemuh dan mengutuk org2 yang tidak tahu berbahasa inggeris. Aku tak menafikan bahawa bahasa antarabangsa itu amat penting zaman sekarang, tapi cara dia seolah2 mengagung2kan bahasa itu membuatkan kami meluat sekali. Nak aja aku cakap kat dia takkan aku nak bagi anak aku tgk kartun sepanjang hari? Ishh...Dedulu takde program macam ni pun, berjaya jugak makcik pakcik yang kat kampung tu membesarkan anak2 mereka sehingga jadi org berjaya. Memanglah program2 macam ni adalah salah satu pemangkin untuk anak2 sekarang lebih awal membaca dan pendedahan sebegini memanglah bagus.

Bila dah tak tahan sangat telinga kami mendengar ulasan dan penerangan si jurujual ni, (siap kata masa dulu mesti mak bapak awak bergolok bergadai nak sekolah kan awak, nak aja aku tangankan muka dia ni, sampai macam tu sekali…mana dia tau mak bapak aku miskin ke kaya?) aku terus cakap kat ubby, jomlah kite dah lambat ni, n ubby pun kata kat dia nanti kitorang akan fikirkan. Nak tau dia balas apa? Jangan lah kedekut sangat duit tu, ni untuk masa depan anak2. Ewah-ewah…sedap mulut jek nak kata org kedekut. Aku terus blah n tak toleh belakang lagi. Spoil betul, pepagi dah buat orang marah.

Disebabkan mood yang tak stabil kitorang terus ke One Utama n melepak kat situ sampai petang. Benci betul, malas nak pegi lagi tempat2 macam tu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...