Friday, May 04, 2007

Malas

Malas nak menulis, asyik post jek, takde line. bengang jek. Sejak balik dari kampung harituh badan ni rasa malas jek. Dengan selsema yang tak kering2 ni. Badan pun rasa tak selesa. Macam demam, tapi dahi tak panas pun. Dalam badan rasa bahang jek. Asyik sakit jek..nanti ubby pun jadi boring. Kain baju melambak kat umah tak lipat lagi, beg balik kg pun tak kemas lagi. Sempat kemas beg Sofea jek.

Birthday

Sofea dah genap 2 tahun 29 April lepas. Tak buat majlis apa-apa pun. Balik kampung, beli kek sebiji n celebrate among family jek. Hadiah dari mak aku dah dapat advanced masa sambut besday Aimi bulan 1 aritu. Dapat basikal. Tu pun baru2 ni jek dia nak naik, kalau Aimi punya dah nak buruk dah kena lenjan. Belah family ubby cuma bagi duit jek. Selalunya benda2 macam ni aku jek yang lelebih. Taska, aku bagi budak2 goodies, Ofis pulak aku tempah muffin n fruit tart dari kak Sya. Muffin untuk ofis aku n fruit tart untuk ofis ubby. Nasib ada lebih fruit tart tu sbb rasanya memanglah amat sedap dan aku bagi full marks untuk fruit tart yang enak itu...(heheeh...kembang kak Sya, tapi serius memang sedap) .
Sofea pulak sejak menjejaki umur 2 tahun ni, memacam perangai dah ubah. Sekarang ni, kalau tak dapat apa benda jek nak nangis. Kalau balik dari taska mesti nak suruh gi jalan. Taknak pusing ke jalan balik umah. Manja sangat. Sikit2 nangis nak coklat...Aduss..lemah gak nak melayan karenah dia ni. Cepatlah dapat adik Sofea....baru berdikari sikit agaknya. Tapi takut jugak kalau perangai dia makin menjadi2 pulak.

Abang

Hari Khamis lepas dah bawak abang gi urut kat Kg. Labu Lanjut,Salak Tinggi. Jumaat tu tanya dia kata ada kurang. Oklah, aku suruh dia pegi lagi kalau ada masa. Semalam call dia tanya khabar. Dia boleh pulak jawab endah tak endah jek. Macam aku ni buat salah pulak. Kenapa ntah. Cara cakap tu sangat lah menyakitkan hati. Geram aku. Agaknya dia marah ke aku balik kampung n tak bawak dia gi urut lagi. Dia pun tak cakap ke, pesan ke suruh aku hantar dia. Ntah la..takkan sume benda nak bersuap je. Aku pun ada masalah dan hal sendiri jugak. Tak tau macam mana lgi nak bagi pertolongan.


2 comments:

aNIe said...

Happy Belated birthday buat sofea...moga dia akan membesar menjadi anak kebanggaan adeq...

Hehehe...budak2 biasalah...nama pun bebudak...tak dpt aper pun nak nangis...lama2 nanti dia pandailah... :D

Pasal kerenah abang tu...sabar ajelah...kita tak dpt nak puaskan semua orang...betul tak?

pB said...

Selamat Hari Jadi Buat Sofea

Nama lagi kanak kanak. Sifat manja tu memang tak akan hilang ...

Setuju kata Kak Lady,
Bukan senang nak puaskan hati semua insan yang ada di keliling kita ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...