Monday, May 07, 2007

Sabtu

Awal pagi sudah keluar wo...Ke mana? Apalagi, gaji ubby sudah masuk, maka kami anak beranak beronggengan ke Genting Highlands. Siap pau ubby breakfast kat McD tuh. Bukan lah nak sangat main permainan kat sana, cuma nakkan rasa sejuk yang natural itu. Tapi, kehampaan melanda bilamana suasana taklah sesejuk yang dijangka. Agak tak best pulak jadinya. Separuh hari saja kami di atas, terus turun dan melangsaikan hutang piutang ubby di bank2 yang berhampiran. Sebelum balik, tapau nasi goreng kampun bersama sup ekor dan makan di rumah. Malam bukan main cepat lagi aku n Sofea melelapkan mata. Keletihan lah katakan....

Ahad

Seharian menghabiskan masa di rumah. Terbaring melepek dilanda sakit mata,pipi n gigi gara-gara selesema yang semakin teruk ini. Adus...tak larat nak bangun, masa solat pun sujud cepat2 jek sebab rasa muka ni macam nak jatuh pulak. Masing-masing tak selera nak makan, so, aku pun dengan malasnya masak lah bubur daging. Sofea bukan main suka lagi. Malam, lepas gosok baju, terus membuta kan mata....

Today

Muka dah tak sakit lagi. Keje macam biasa. Buat keje-keje yang terbengkalai, akhir Jun ni ada satu dateline...ntah sempat ke tidak... Chaiyok! chaiyok!

7 comments:

Izariza said...

Salam adeq,

apa khabar? Syukurlah dah sihat ye :)
Gitulah, ada masa kita sihat ada masa terkehel jugak kan. Wah wah ke Genting pulak. Temepklah gambar kat sana..

Kak Lady said...

Hehehe...kak lady ni tak pernah lagik sampai ke Genting...anak dara tu tak tahan jalan belok2...dia cepat mabok...jadi maybe takkan pergi lah agaknya sampai bila2...Tapi teringin sangat nak pi Cameron...

pB said...

Salam adeQ ..

kuat jugak masalah resdung adeq ni.
Dulu kak pB macam ni jugak.
Kalau kena serang, rasa nak berdiri pun tak larat. Sampai rasa longgar kepala lutut.

Tapi sejak dpt treatment dari HUKM dan makan ubat yang diberi, alhamdulillah , dah banyak kurang masalah resdung ini.

Cubalah berubat secara moden. Memang resdung tak hilang 100 persen, tapi insyaallah akan kurang beban yang ditanggung

Sori...terpanjanglah pulak..

pssttt...kenapa tak letak gambar sofea ...??

~adeQ~ said...

Kak iza,
InsyaAllah..nanti next entry kite letak k.

Kak Lady,
Bagi anak dara tu makan ubat mabuk n ubat tdo dulu..hehehe..pastu mesti dia tak sedar nya sampai atas. Cameron best woo....rugi kalau tak pegi. Tapi, jgn gi masa cuti sekolah, memang pack!

Kak PB,
Rasa nya ni bukan resdung kak PB. Makan n guna jugak ubat dari hospital tu. Tapi ntah lah ek..mungkin sebab tak setia memakan ubat ni lah padahnya...

kalau nak tgk gambar Sofea, jemputlah ke fotopages. Ada link kat tepi tu...

akirasuri said...

berusahalah kak :)

he he he.

akirasuri said...

oh lupa. selamat hari bunda :)

ummibatrisya said...

salam,

happy belated mother's day. lama tak menjenguk. bestnya pegi genting. dah lama ummi tak pegi sana. last pegi masa bercinta dengan abah. sekarang dah anak satu. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...