Test dulu sebelum turun kolam
Malam tu, jalan2 cari makan kat area Cherating....mahal gak makan kat sini, kalah makan kat KL. Lagipun kitorg tak biasa sangat ngan area tuh.
Sabtu (19 Mei 2007)Bangun dalam pukul 9 pagi n terus terjun ke kolam renang. Bukan main suka lagi Sofea. Lama gak kitorg berendam sampai kul 11 lebih. Ni sume sbb Sofea taknak balik bilik. Dah menggigil pun nak mandi jugak.
Posing dulu ni
Taknak naik ikan tu...nak berenang..
Lepas berendam, kitorg jalan-jalan cari makan. Nak makan kat mana? tak tau....last2 kitorg decide pegi bandar Kuantan. Lepak2 n makan2 kat Kuantan Parade, rasanya la..kat situ ada Parkson n macam2 kedai. Karaoke Box pun bukan main banyak lagi kat tingkat paling atas. Dan yang bestnya tu, bukan main ramai lagi peminat menunggu beratur kat kotak2 tu...ehehehe...org Kuantan suka karaoke ek??
Makan kat Pizza Hut, jalan2 secukup rasa then kitorg balik bilik n debummm....berehat2 lagi sambil tgk tv n tdo.
Petang baru pegi jalan2 kat tepi laut dan bermandi mandi sepuas-puasnya. Sofea seronok kemain lagik.
Mana istana ni??Ahad (20 Mei 2007)
Bangun lewat, siap2 n terus ke Pekan, umah Mak Lang lagi sebab masa hantar kucing haritu Mak Lang takde. Sampai umah Mak Lang, lunch, lepak-lepak. Petang sikit kitorg gi tapau Murtabak Mekasar (glamor oo..masuk JJCM lagi) dan terus ke Kuala Pahang cari sata n otak2 yang dikatakan sedap di situ. Lepas beli sata tu kitorg terus mencari port tepi pantai n bersantai sambil memenuhkan perut lagi. Masa tu Sofea sedap tdo...nasib dia tdo, kalau tak mesti nak turun ke laut.
Sebelum ke Pekan
Sampai Kuala Pahang, masih tdo..
Balik bilik dah malam, lepas siap2 apa yang patut kitorg terus deboommm lagik!
Isnin (21 Mei 2007)
Bangun awal, terjun ke kolam dulu sebelum balik. Dalam kul 11.30 pagi baru kitorg check out n bertolak pulang ke KL. Dalam perjalanan tu sempat lah singgah2 beli keropok n apa2 yang menarik kat tepi jalan tuh.
Sampai umah dalam pukul 5 ptg.
3 comments:
dulu pernah gi holiday villa tu, tapi masa tu gi meeting so pegi sorang jer...
kat kolam tu ada jakuzi, try tak?
jakuzi kat sebelah eastin pavilion...hehehe...
cuti2 ni mmg bagus, bila balik, rasa seperti start idup yang baru, pikiran pun lebih tenang dan positif
Post a Comment