Wednesday, May 30, 2007

Aku suka, Kau suka, Tak suka, Jangan BACA.

Entry ini adalah entry cerita suka-suka dan entry ini agak panjang.
Gembira
Gaji naik, aku suka! lambat sket buat entry naik gaji sebab bukan dapat sekarang pun...Tu ha, bulan 7 nanti tau. Kenaikan tahunan pun dah 2 bulan tangguh...banyaklah dapat nanti...hehehe....(simpan,simpan...jgn joli!)


Kisah aku
Kadang-kadang rasa malng jek diri ni. Dari sekolah rendah sampai ke sekarang, aku jarang ada kawan rapat. Bukan lah takde langsung, tapi usia persahabatan tu pasti tak lama. Aku ni jenis berkawan sepenuh hati, selagi daya aku akan bagi pertolongan.....tapi selalunya aku pasti dikhianati. Kenapa aku dapat balasan macam tu? Bila aku dah sayang sgt kawan aku, mesti ada jek yang tak kena. Selalunya pada mak jek aku luahkan semua ni. Kekadang aku keliru, keliru yang amat. Selalunya kawan lelaki yang kekal lama dengan aku, sebab biasa lah kalau berkawan berlainan jenis, taklah selalu melibatkan emosi. Lelaki ni kan straight jek, takde nak cemburu2 sgt. Betul tak?

Masa sekolah rendah dulu, aku rapat ngan Mak Iti, Bad dan Hishamuddin . Kitorg selalu pegi n balik sekolah sesama. Mak Iti, alhamdulillah sampai sekarang panggil mak aku 'mak'. Masih rapat sebab kami berjauhan tapi sekampung. Bad, sekarang masih belajar . Yang aku tahu sekarang dia tgh hangat bercinta dengan budak RK masa sekolah menengah dulu. Semoga bahagia hingga ke jinjang pelamin. Hishamuddin, aku tak tau khabar dia sekarang.  Ada satu lagi kwn baik aku, Nur Ezati Solikin...dia ni sekampung tapi duk jauh sket kat pendalaman..kami mula rapat bila darjah 6. Sampailah membawa ke Tingkatan 1. Dia ni nakal sket, tapi baik hati. Otak sentiasa kreatif, pendek kata tak boleh duk diam.


Masa sekolah menengah....aku takde kawan rapat sebab kawan baik aku, Nur Ezati Solikin telah berpindah ke Muar..... Aku kawan biasa2 jek ngan sume org. Lagi pulak aku masuk kelas khas aliran agama, ramai bebudak asrama yang ada kat kelas tu. Pertengahan tahun masa Form 1, aku dilantik jadi pengawas sekolah. Lagi la aku tak ramai kawan. Aku garang tau (poyo!). Masa dah jadi pengawas ni lah, aku ada peminat rahsia. Selalu berkirim salam tapi aku tak tahu sape gerangannya. Sampailah satu hari si dia ni menelefon ke rumah...hehehe..aku punya lah takut, terus kata salah nombor. Aku kan pemalu...Aku nak gelarkan dia sebagai N.
Lama juga kami berhubungan...selalu jugak dating kat sekolah tapi biasa lah, aku kan pengawas, takleh nak tunjuk belang sangat. Selalunya kalau dating kat luar, yang jadi mangsa adik atau mak aku. Hehehe...aku tak ramai kawan lagipun aku lebih suka bawak mak.
Sampai lah N masuk ke Kolej Matrikulasi di Londang, aku masih pergi melawat dan bawak N keluar jalan2. Masa tu aku form 5, dah ada lesen kereta, selalu la balik Melaka ngan mak. Bukan mak jek, kenkadang tu dengan mak ngah aku pun aku angkut sekali. Nasib lah kan.. Ayah langsung tak tahu menahu pasal ni. Pandai mak aku simpan rahsia.Kami akan berutus surat selalu. Aku simpan surat2 tu sume tapi banjir memusnahkan segalnya dan aku redha.....Pernah jugak dia tidak membalas surat aku, lama jugak. Aku tertanya-tanya ntah2 dia berubah hati....tapi tak lama lepas tu semua kembali seperti biasa dengan alasn dia agak sibuk.

Masa aku masuk UiTM Shah Alam, usia perhubungan tu mencecah ke 4 tahun. N pun dah masuk UUm, Sintok. Lupa nak bagitau, N ni memanglah hensem dan tinggi orgnya. Sekali imbas, maca Hrithik Roshan...bermata coklat, memang cair hati aku. Tapi tu lah, bila dah mauk U ni, aku jadi sibuk lelebih lagi bila aku sertai PALAPES Laut. Aku kurang berikan perhatian pada N dan paling malang sekali masa tu sms 017 free. Adalah satu mamat ni telah mengusha aku melalui sms. Dan kami sering berbalasan sms walaupun tidak kenal antara satu sama lain.

Sms pertama yang aku terima hari Jumaat ."Jom gi semayang jumaat" Aku pelik, salah nombor kot. Aku jawab jugak..."salah nombor la, saya tak gi semayang jumaat". Dia mintak maaf dan hari tu berlalu begitu sahaja. Seminggu lepas tu, dapat lagi sms dari mamat nih. Aku nak bagi gelaran P. P ni rajin sangat sms dangan aku sejak dari hari tuh. Dan aku, melayan lah pulak. Ntah macam mana, lama kelamaan hati ni jatuh suka. Masa tu P kat UTM, Skudai. Dan aku selalu pula bergaduh dengan N, dan akhirnya kami putuskan hubungan dan masa yang sama aku dah declare dengan P. (jahatnya aku bila pikir sekarang nih)

Masa clash dengan N ni maka terbongkarlah rahsia yang masa dulu bila dia tidak balas surat2 aku di Kolej Matrikulasi, rupanya dia dah tergoda dengan seseorg dan hubungan itu sudah sampai ke tahap berpegangan tangan. Sedihnya aku masa tuh, dan satu lagi pengakuan N, dia memang merokok dan pernah ikut kengkawan ke seberang Utara. Bengang giler aku dan memang aku tak menyesal langsung berpisah dengan N. Yang tak bestnya lepas clash dan mengaku sume tu, boleh pulak dia call mak aku untuk pujuk aku balik dengan dia. Menangis2 lah cakap telefon dengan mak aku. Dan mak aku pujuk jugak, tapi hati aku memang keras (lagipun dah ada pengganti) maka kau tolak mentah2.

Lepas kejadian tu, N jugak sertai PALAPES Laut di UUMdan aku senior dia 2 intake. Pernah jugak kami belayar bersama masa di latihan tahunan yang melibatkan semua U. Tapi akukan senior, sebelah mata pun aku tak pandang. Masa tauliah pun aku ditempatkan di UUm, langsung kami buat2 tak kenal kalau terserempak. Memang kejam giler la masa tuh. Tapi masa tauliah tu aku dah couple ngan ubby.

Berbalik pada cerita P pulak, lepas clash ngan N kami menjadi pasangan jarak jauh sebelum aku serius dgn ubby. Masa tu aku dah kenal ubby tapi kami hanya berkawan biasa dan jarang menghubungi satu sama lain. Masa tu sms 017 free. Aku tak tau macam mana aku boleh percaya sangat pada P...ntahkan gemuk ke,hodoh ke...aku redah jek masa tu. Dia belajar di UTM, Skudai dan aku di UiTM, Shah Alam. Boleh dikatakan kami akan bersms sepanjang hari, setiap hari dan kadang2 P akan menelefon aku. Pertama kali berjumpa lepas declare, P datang dari JB ke Shah Alam naik motor. Meredah hujan dan panas selama 6 jam semata-mata nak jumpa aku. Kami berjmpa, gi makan2 dan P bermalam di rumah kawannya aku tak ingat dimana. P taklah sehensem mana, tapi aku akui senyumannya ikhlas dan manis dipandang dan itu yang membuatkan aku sangat tertarik padanya. Masa awal bercinta, semuanya indah belaka.

Lepas perjumpaan tu, aku ajak dia ke rumah. Dan sebagai anak muda yang baik, dia datang ke rumah dari Kuantan (rumah ‘P’) dengan buah tangan keropok lekor dan ketupat pulut....Tapi masa tu ayah aku tak berapa suka P. Aku pun tak tau kenapa mungkin sebab masa dia sampai ayah belum balik keje. Dan bila ayah balik, kami baru pulang dari bandar dan berdua aja. Memang kepantangan ayah kalau aku buat macam tuh. Tapi masa tu takde sape nak diajak untuk jadi peneman. Mak aku tak kisah sangat tapi ayah...memang sangat garang! Apalagi habis di lecture nya P. Tapi P sabar sebab sikit sebanyak dia tahu tentang family aku.
Lepas tahu kat mana rumah aku, selalunya P akan singgah ke rumah membawakan keropok lekor untuk mak aku walaupun aku kat Shah Alam sebelum dia balik ke Skudai sebab dia memang lalu kat bandar Segamat. Sampaikan pernah satu hari mak takde kat umah, P tinggalkan keropok kat jiran aku suruh bagi mak aku nanti. Bukan main suka lagi mak aku tgk ada org ingat kat dia. Segalanya berjalan lancar. Tapi, aku ni nakal jugak.


Dalam masa yang sama aku mula rapat dengan ubby. Perkara ni terjadi di luar dugaan aku. Memang aku tak nafikan masa mula2 kenal dengan ubby ( nanti aku citer macam mana aku kenal dgn ubby) aku dah memang menaruh harapan kat dia. Tapi takkan nak bagitau awal2 kan?
Bila dah selalu sgt bersms, bergayut, aku jadi rimas. Kadang2 kami bergaduh. Memang lah perkara biasa. Tapi makin lama aku seolah2 bosan dengan sikapnya. Aku pulak jenis yang suka pendam perasaan….jadi makin lama makin teruk. Part yang aku tak tahan bila P ungkit yang dia selalu call aku hari2, bayar bil semua tuh…Aku jadi marah sgt sbb bukan aku yang suruh, dia yang rajin nak bergayut ngan aku. Memanglah suka sama suka tapi kalau dah melampau aku pun…naik berang lah. Lalu..terjadilah satu peristiwa yang sangat aku takkan lupakan sampai bila2 dan aku tak mahu cerita di sini. Peristiwa itu melibatkan kawan baik aku.

Sejak dari hari tuh, kami clash tapi aku masih tak dapat lupakan P. Jauh di sudut hati aku, aku sangat sayangkan P tapi keadaan tak menyebelahi kami masa tu. Kini, aku terfikir, memang salah aku ke ataupun masa tu aku terlalu muda untuk menilai cinta….

Ubby

Nanti bila ada kelapangan aku sambung lagi entry nih. Banyak lagi yang jadi masa aku dah couple dengan ubby.


Thursday, May 24, 2007

MARI,MARI!

Penyakit M dah sampai...lagipun sejak dua menjak ni agak sibuk ngan keje-keje di pejabat (bukanlah sebelum ni tak sibuk...). So, hari ni mari kite bercerita yang indah-indah ya kawan-kawan...
Kali ni nak citer pasal percutian kami ke Cherating Jumaat hingga Isnin yang lepas. Secara umumnya, memang seronok dan santai sekali..dapat merehatkan minda dan fizikal sambil menghabiskan masa untuk Sofea. Terpaksa membuat alasan ubby bekerja di Kuantan sebab taknak mana-mana pihak kecil hati sbb kami bercuti tak ajak sesiapa. Lagipun, ni pertama kali kami bercuti anak beranak sejak kawin..huhuhu..aku tak gi honeymoon pun tau!

Jumaat (18 Mei 2007)

Seawal jam 5 pagi kami dah bangun, ubby siapkan keperluan kucing (nini & chumba) yang akan dihantar ke rumah Mak Lang. Bukan dah tak sayang, tapi masa tak mengizinkan untuk kami memberikan sepenuh perhatian kepada binatang peliharaan. Sementara aku pula, sibuk mengemas beg buat kali terakhir sebelum dimasukkan ke dalam bonet kereta. Dalam pukul 6.30 pagi, kami dah bergerak keluar dari rumah. Sofea aku tak mandikan pun, just tukar pampers lagipun aku tak bercadang nak berenti kat mana-mana. First place to go, umah Mak Lang kat Pekan, Pahang.
Pukul 10.30 pagi kami sampai ke Pekan, anak Mak Lang memang dah tunggu. Tak lama kat situ, lepas mandikan Sofea dan pastikan segala kelengkapan kucing siap, kami pun terus bertolak ke Cherating.
Kami menginap di Hotel Holiday Villa. Ubby dah booking awal2 bilik untuk kami 3 beranak. Bilik macam chalet.Best jugak sebab depan swimming pool. Sofea bukan main suka lagi.
Ni petang sebelum keluar makan dinner
ubby tengah merenung masa depan...
aksi comel dari Sofea

Test dulu sebelum turun kolam

Malam tu, jalan2 cari makan kat area Cherating....mahal gak makan kat sini, kalah makan kat KL. Lagipun kitorg tak biasa sangat ngan area tuh.

Sabtu (19 Mei 2007)

Bangun dalam pukul 9 pagi n terus terjun ke kolam renang. Bukan main suka lagi Sofea. Lama gak kitorg berendam sampai kul 11 lebih. Ni sume sbb Sofea taknak balik bilik. Dah menggigil pun nak mandi jugak.

Posing dulu ni

Taknak naik ikan tu...nak berenang..

Lepas berendam, kitorg jalan-jalan cari makan. Nak makan kat mana? tak tau....last2 kitorg decide pegi bandar Kuantan. Lepak2 n makan2 kat Kuantan Parade, rasanya la..kat situ ada Parkson n macam2 kedai. Karaoke Box pun bukan main banyak lagi kat tingkat paling atas. Dan yang bestnya tu, bukan main ramai lagi peminat menunggu beratur kat kotak2 tu...ehehehe...org Kuantan suka karaoke ek??

Makan kat Pizza Hut, jalan2 secukup rasa then kitorg balik bilik n debummm....berehat2 lagi sambil tgk tv n tdo.

Petang baru pegi jalan2 kat tepi laut dan bermandi mandi sepuas-puasnya. Sofea seronok kemain lagik.

Mana istana ni??

Ayah, jom berenang!
Malam tu, tapau makanan jek n lepak2 kat bilik sambil dengar ERA (AF final) n tgk Smallville.

Ahad (20 Mei 2007)

Bangun lewat, siap2 n terus ke Pekan, umah Mak Lang lagi sebab masa hantar kucing haritu Mak Lang takde. Sampai umah Mak Lang, lunch, lepak-lepak. Petang sikit kitorg gi tapau Murtabak Mekasar (glamor oo..masuk JJCM lagi) dan terus ke Kuala Pahang cari sata n otak2 yang dikatakan sedap di situ. Lepas beli sata tu kitorg terus mencari port tepi pantai n bersantai sambil memenuhkan perut lagi. Masa tu Sofea sedap tdo...nasib dia tdo, kalau tak mesti nak turun ke laut.

Sebelum ke Pekan


Sampai Kuala Pahang, masih tdo..

Murtabak Mekasar

Balik bilik dah malam, lepas siap2 apa yang patut kitorg terus deboommm lagik!

Isnin (21 Mei 2007)

Bangun awal, terjun ke kolam dulu sebelum balik. Dalam kul 11.30 pagi baru kitorg check out n bertolak pulang ke KL. Dalam perjalanan tu sempat lah singgah2 beli keropok n apa2 yang menarik kat tepi jalan tuh.

Sampai umah dalam pukul 5 ptg.

Bilik kitorang kat belah kiri tu.

Bestnya bercuti...nak pegi lagi!!!!!

Wednesday, May 23, 2007

TUNGGU..........

Nantikan cerita bergambar percutian kami ke Cherating....Sedang dalam proses menulis....hehehe, ntah bila nak publish tuh...Sabar ye kawan-kawan....

Thursday, May 17, 2007

Seminggu tak mengupdate, tangan ni dah gatal sesangat dah. Tapi apakan daya, internet pun dah selalu mengong kat sini. Banyak sebenarnya nat tulis tapi tu lah, bila ada masa ni tak pulak idea tu nak tubik.

Hari Ibu

Masa malam sebelum Hari Ibu tu, aku dah siap2 call mak n mak mertua aku untuk wish Selamat Hari Ibu. Tapi masa call mak aku tu, aku rasa ada satu kelainan..dahlah rasa macam nak nangis, pastu aku rasa sangat jauh hati ngan mak. Aku sendiri tak pasti kenapa. Dengan mak mertua aku pulak aku rasa macam nak cukupkan syarat jek sbb aku memang takde apa-apa feeling waktu tu. Kenapa ye? mungkin sebab semenjak dua menjak ni aku sering melayan perasaan. Aku rasa terpinggir...rasa jauh dan rasa tak dihargai walaupun aku dah cuba sedaya upaya untuk mengambil hati dan mengambil berat pada semua.


Hujan

Disebabkan oleh hujan yang lebat pada hari Rabu 9/5/2007, aku terpaksa ambik EL sebab hujan tak berenti dari pagi sampai ke pukul sebelas .Ubby pula sudah bertolak ke Lumut awal2 pagi lagi kerana ‘site visit’ . Kerana kenderaan yang selalu kugunakan untuk ke tempat kerja tidaklah berbumbung dan bertingkap.....



Weekend

Weekend lepas kami tak kemana-mana pun. Cuma hari Sabtu tu jek menyibukkan diri ke Mid Valley. Kononnya ke Mummy n Me Fair yang ada kat tingkat atas tuh. Tapi lepas masuk kat situ, rasa macam tak banyak benda yang menarik perhatian kami. Lagi pulak bila ubby sudah terperangkap dengan sorang jurujual program kanak2 ni. Aku tak kisah jek nak dengar penerangan orang tuh, tapi yang aku geram tu cara dia mengapproach kami sungguhlah tidak bersopan. Nada yang asyik mencemuh dan mengutuk org2 yang tidak tahu berbahasa inggeris. Aku tak menafikan bahawa bahasa antarabangsa itu amat penting zaman sekarang, tapi cara dia seolah2 mengagung2kan bahasa itu membuatkan kami meluat sekali. Nak aja aku cakap kat dia takkan aku nak bagi anak aku tgk kartun sepanjang hari? Ishh...Dedulu takde program macam ni pun, berjaya jugak makcik pakcik yang kat kampung tu membesarkan anak2 mereka sehingga jadi org berjaya. Memanglah program2 macam ni adalah salah satu pemangkin untuk anak2 sekarang lebih awal membaca dan pendedahan sebegini memanglah bagus.

Bila dah tak tahan sangat telinga kami mendengar ulasan dan penerangan si jurujual ni, (siap kata masa dulu mesti mak bapak awak bergolok bergadai nak sekolah kan awak, nak aja aku tangankan muka dia ni, sampai macam tu sekali…mana dia tau mak bapak aku miskin ke kaya?) aku terus cakap kat ubby, jomlah kite dah lambat ni, n ubby pun kata kat dia nanti kitorang akan fikirkan. Nak tau dia balas apa? Jangan lah kedekut sangat duit tu, ni untuk masa depan anak2. Ewah-ewah…sedap mulut jek nak kata org kedekut. Aku terus blah n tak toleh belakang lagi. Spoil betul, pepagi dah buat orang marah.

Disebabkan mood yang tak stabil kitorang terus ke One Utama n melepak kat situ sampai petang. Benci betul, malas nak pegi lagi tempat2 macam tu.

Monday, May 07, 2007

Sabtu

Awal pagi sudah keluar wo...Ke mana? Apalagi, gaji ubby sudah masuk, maka kami anak beranak beronggengan ke Genting Highlands. Siap pau ubby breakfast kat McD tuh. Bukan lah nak sangat main permainan kat sana, cuma nakkan rasa sejuk yang natural itu. Tapi, kehampaan melanda bilamana suasana taklah sesejuk yang dijangka. Agak tak best pulak jadinya. Separuh hari saja kami di atas, terus turun dan melangsaikan hutang piutang ubby di bank2 yang berhampiran. Sebelum balik, tapau nasi goreng kampun bersama sup ekor dan makan di rumah. Malam bukan main cepat lagi aku n Sofea melelapkan mata. Keletihan lah katakan....

Ahad

Seharian menghabiskan masa di rumah. Terbaring melepek dilanda sakit mata,pipi n gigi gara-gara selesema yang semakin teruk ini. Adus...tak larat nak bangun, masa solat pun sujud cepat2 jek sebab rasa muka ni macam nak jatuh pulak. Masing-masing tak selera nak makan, so, aku pun dengan malasnya masak lah bubur daging. Sofea bukan main suka lagi. Malam, lepas gosok baju, terus membuta kan mata....

Today

Muka dah tak sakit lagi. Keje macam biasa. Buat keje-keje yang terbengkalai, akhir Jun ni ada satu dateline...ntah sempat ke tidak... Chaiyok! chaiyok!

Friday, May 04, 2007

Malas

Malas nak menulis, asyik post jek, takde line. bengang jek. Sejak balik dari kampung harituh badan ni rasa malas jek. Dengan selsema yang tak kering2 ni. Badan pun rasa tak selesa. Macam demam, tapi dahi tak panas pun. Dalam badan rasa bahang jek. Asyik sakit jek..nanti ubby pun jadi boring. Kain baju melambak kat umah tak lipat lagi, beg balik kg pun tak kemas lagi. Sempat kemas beg Sofea jek.

Birthday

Sofea dah genap 2 tahun 29 April lepas. Tak buat majlis apa-apa pun. Balik kampung, beli kek sebiji n celebrate among family jek. Hadiah dari mak aku dah dapat advanced masa sambut besday Aimi bulan 1 aritu. Dapat basikal. Tu pun baru2 ni jek dia nak naik, kalau Aimi punya dah nak buruk dah kena lenjan. Belah family ubby cuma bagi duit jek. Selalunya benda2 macam ni aku jek yang lelebih. Taska, aku bagi budak2 goodies, Ofis pulak aku tempah muffin n fruit tart dari kak Sya. Muffin untuk ofis aku n fruit tart untuk ofis ubby. Nasib ada lebih fruit tart tu sbb rasanya memanglah amat sedap dan aku bagi full marks untuk fruit tart yang enak itu...(heheeh...kembang kak Sya, tapi serius memang sedap) .
Sofea pulak sejak menjejaki umur 2 tahun ni, memacam perangai dah ubah. Sekarang ni, kalau tak dapat apa benda jek nak nangis. Kalau balik dari taska mesti nak suruh gi jalan. Taknak pusing ke jalan balik umah. Manja sangat. Sikit2 nangis nak coklat...Aduss..lemah gak nak melayan karenah dia ni. Cepatlah dapat adik Sofea....baru berdikari sikit agaknya. Tapi takut jugak kalau perangai dia makin menjadi2 pulak.

Abang

Hari Khamis lepas dah bawak abang gi urut kat Kg. Labu Lanjut,Salak Tinggi. Jumaat tu tanya dia kata ada kurang. Oklah, aku suruh dia pegi lagi kalau ada masa. Semalam call dia tanya khabar. Dia boleh pulak jawab endah tak endah jek. Macam aku ni buat salah pulak. Kenapa ntah. Cara cakap tu sangat lah menyakitkan hati. Geram aku. Agaknya dia marah ke aku balik kampung n tak bawak dia gi urut lagi. Dia pun tak cakap ke, pesan ke suruh aku hantar dia. Ntah la..takkan sume benda nak bersuap je. Aku pun ada masalah dan hal sendiri jugak. Tak tau macam mana lgi nak bagi pertolongan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...