Monday, March 26, 2007

;-)

Alhamdulillah...segalanya sudah kembali seperti biasa. Betul kata Kak Luna, semua tu macam angin lalu. Sekejap jek, dan sekarang aku mampu berterus terang tanpa melukakan hati sesiapa dan si dia juga cuba memperbaiki diri seadanya. Aku kembali bahagia. Tq kepada semua yang sudi memberi nasihat. Walaupun perkara kecil, tapi ia pengalaman bagi aku yang baru setahun jagung menempuh alam yang dinamakan alam rumahtangga.

Usia aku bakal menjejak 25 tahun pada tahun ini. Begitu cepat masa berlalu. Serasa seperti baru semalam aku melalui zaman persekolahan. Alam yang paling menyeronokkan. Aku rasa seperti belum dewasa. Walaupun angka itu sudah mencecah ke suku abad. Mungkinkah aku belum cukup matang seperti yang sepatutnya? Aku seorang anak,isteri,menantu,kakak ipar, adik ipar,ibu saudara, ibu.....banyak sungguh tanggungjawab peribadi belum lagi dicampur tanggungjawab sebagai kakitangan kerajaan. Cukup matangkah aku atau semua ini sebenarnya terlalu cepat bagi aku?

Ofis

Pagi ni lewat ke ofis. Perut ni buat hal pulak. Mau berkali2 aku ke toilet. Tunggu dah tak ribut dlm perut baru aku ke ofis. Tu yang sampai ofis dekat kul 9 pg. Bukan selalu..Aku terpaksa jek pagi tadi.

Weekend

Minggu ni kitorg duk kat umah jek. Aku ada operasi penting yang diselesaikan. Dah lama tertangguh. Alhamdulillah, minggu ni menjadi. Operasi kemas bilik stor berjalan dengan lancar sekali pada hari Jumaat malam Sabtu. Org sume dah tdo, aku pun mulakan operasi. Kacau jugak ubby sbb ada barang yang berat2 dia kena angkat. Nasib baik aku kemas kalau tidak, mesti hadiah2 perkahwinan aku berderai sebab meja yang menampung tu dah melendut tunggu masa nak patah.
Sekarang sume barang susun kat bawah jek. Dah nampak clear sket walaupun bilik tu dah agak padat tapi tersusun. Tenang sket mata aku bila bukak bilik tuh nak basuh kain sbb mesin basuh kat situ.

Ahad, kitorg bantai tdo sampai tgh hari. Ingat nak masak tomyam, tapi jiran aku bagi lauk ayam masak kurma pulak. Wah, aku pun mengambil kesempatan masak nasi jek la! Petang baru keluar jalan2 ke Alamanda, beli buah2 sket.

Sofea

Sofea sekarang dah menunjukkan tanda2 seorang kakak. Sebab kat Taska dia ada 2 org baby tak silap aku, dia pun mula lah berangan panggil bantal kecik dia adik. Abis sume bear dia susun n berlagak konon2 suapkan bear di makan. Nak jadi kakak ye..nanti ibu usahakan.heheheh...

8 comments:

akirasuri said...

wah! mahu dapat adik lagi ek sofea ;)

pB said...

senang hati sebab hati adeq dah tenang...

boleh lah, lepas ni , mencuba dan terus mencuba...

selamat maju jaya..

~adeQ~ said...

akira,

doakanlah semua berjaln lancar.

kak PB,
tQ...ni tgh usaha la ni..hehehe

kakLuna said...

hehe..dah ok ni..mmg cepat la kot dpt adik..

biasa la adeq..mmg smua org melalui mslh rtangga..tp kalau dh settle tu, idup bertambah manis pulak,kan...itulah hikmahnya :D

zino said...

salam kenal..

lompat dari rumah PB hehe

Kak Lady said...

Adeq...banyak entry dah terlepas...sejak cik abe ade ni...tak dpt kak lady nak masuk blog kengkawan selalu...

Apa-apa pun kak lady doakan semoga segalanya baik2 sahaja...Insyaallah

~adeQ~ said...

Kak Luna,
Thanks a lot!

Bro Zino,
Salam kenal.

Kak Lady,
biasa lah tu aabe balik pun bukan selalu....tak sempat dtg sini, kite dtg sana...

jamri said...

selamat berusaha untuk menjadikan sofea seorang kakak yea...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...