Wednesday, March 21, 2007

Dapat ke?

Sume yang aku kenal dah dapat. Aku lum lagi. Boleh dapat ke? Takut pulak ada sebarang komplikasi. Aku masih berusaha dan terus berusaha. Tawakal kepada-Nya. Semoga segalanya seperti yang aku ingini.

Baru-baru ni pegi appointment di Hospital Putrajaya. Kes tonsil yang membengkak dan agak aktif tahun lepas. Aku jumpa pakar ENT. Menurut doktor yang cek aku haritu, aku lebih kepada sinusitis dan alergitis. So, doktor bagi aku ubat dan antibiotik untuk mengurangkan bersin dan selsema aku yang teruk. Selalunya setiap pagi aku akan sohsehsohseh menghembus mukus yang banyak kat idung ni. Tapi sejak aku makan dan guna ubat yang doktor bagi, segalanya dah mula kurang dan kadang2 seharian aku tak bersin pun. Alhamdulillah...mengantuk dan letih2 pun dah kurang. Tapi aku ada next appt. bulan 4 nanti dan satu ujian tidur di HKL pertengahan bulan 4 juga. Harapnya lepas ni, segalnya ok dan aku tak kena sakit tekak lagi bile demam. Seksa...
Dan satu lagi takdelah nanti doktor menyebut istilah operation untuk tekak aku ni. Aku takut...

5 comments:

akirasuri said...

oh ohh sakitkah?

~adeQ~ said...

taklah teruk sgt..tapi risau jugak kalau dibiarkan lama-lama. Lagi pulak MedikTV selalu siarkan mengenai sinus n tonsil.

oren said...

uiks..ada ujian tido??? dasat eh....

bwk meh email add, akak invite...

pB said...

Adeq..

ada masalah sinus jugak ker?

Kak pB pun since g berubat kat HUKM dah kurang banyak. Pagi pagi dah tak bersin dan selsema. Kalau makan seafood pun dah buleh mkn byk byk...

Ujian Tidur??
Kenapa Adeq perlu ujian itu?

~adeQ~ said...

Kak oren,

navygal842004@yahoo.com
tQ kak.

Kak PB,

ujian tdo untuk tgk samada masa tdo tu pernafasan kite terhenti ke tak. Tu lah yang doktor tu terangkan. But i'm not sure mcm mana, nanti dah pegi...saya update lg.
Tapi memang lega lah bile dah tak bersin n selsema pada awal pagi. Rasa lega sgt2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...