Thursday, March 22, 2007

BUKAN AKU

Lately, emosi ini cepat benar tersentuh. Perkara kecik pun nak ambil hati (jika pada waktu waras,kalau emosi tu benda kecik pun rasa besar).
Dah dua kali dalam minggu ni perkara seperti ni terjadi. Aku serba salah tapi egoku terlalu sakit untuk menjernihkan keadaan. Zahirnya nampak tenang tapi dalam hati mendongkol perasaan tak puas hati. Adakah memang selalunya perkara ini akan berlaku? Usia hubungan ini baru setahun jagung. Aku juga tidaklah sesempurna mana, mungkinkah aku terlalu cerewet untuk bertoleransi dalam hal2 yang berkaitan dengan rumahtangga.
Dan kala inilah anasir-anasir luar datang mengganggu seolah-olah sengaja membakar kesabaran hatiku ini. Aku takut nanti nafsu memakan diri menyebabkan kewarasan akal hilang entah ke mana. Tanggungjawab berat ini rasanya tak terpikul dek insan yang kerdil seperti aku. Ya Allah, bantulah hambamu yang lemah ini. Aku tak mahu nanti menyesal di kemudian hari.
Wajarkah selalunya aku yang beralah dan berkorban? Kesabaranku ada batasnya.

6 comments:

ummibatrisya said...

salam,

ummi tak tahu apa masalah yang anjer hadapi. dan ummi jugak tak pandai sangat nak nasihat. cuma ummi harap anjer bersabar dan bijak membuat keputusan. dan jangan lupa berdoa kepada Allah.

~adeQ~ said...

masalhnya tak lah besar sgt kak, tapi begitu mendera perasaan bila org yang marah tu mendiamkan diri. Takde balasan walaupun kita dah provoke dia. Tu yang buat kite bengang.

pB said...

adeq

dlm dunia rumah tangga ni banyak sungguh pancaroba dan halangan dan dugaan dan cubaan nyer..

kdg kdg kita kena letak emosi jauh jauh. kita kena lebih gunakan akal fikiran...

kak pB pernah kalah dulu dan hampir menyerah kalah, tapi mujurlah pasangan hidup kak pB tu berfikiran waras , maka rumah tangga kak pB kembali bahagia (masih berusaha untuk terus bahagia)

Orang senyap kdg kdg susah untuk kita pujuk. Bykkan sabar dan jangan putus asa...ok

~adeQ~ said...

tQ kak Pb...selalu sabarkan hati.Pujuk diri sendiri supaya jadi org yang lebih matang. Kalau nak ikut emosi keanak-anakkan memang dah lama lari dari umah. hehehe..beranganjek tuh..byk sgt tgk action movie...

kakLuna said...

adeq..apapun yang adeq alami mungkin kakLuna pun penah merasainya..ia memang pedih..tp itulah hakikat perkahwinan, banyak dugaan dan perlukan kekuatan untuk menghadapi. mungkin bukan salah adeq, tapi perlu juga adeq fikir agaknya kenapa berlaku begini. Perlu berfikiran positif selalu dan banyak berdoa..manusia tak sempurna, begitu juga dia..teruskan bersabar, kelak pasti ada ganjaran yang baik dari Allah.

akirasuri said...

kak..
ngeh ngeh ngeh.
saya tak kawen lagi.
cuma.
banyak bersabar ;)
wanita itu 9 nafsu, dan kerapan nafsu yang 9 itu menjerat akal yang 1. mudah-mudahan bertemu solusi.
insya-ALlah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...