Setahun yang lepas, saya melahirkan anak yang ketiga. Niat di hati nak seratus peratus menyusukan anak dengan susu badan sendiri. Saya berpantang di rumah ibubapa saya di kampung. Biasalah zaman teknologi maklumat yang serba canggih ni, ibu-ibu dalam pantang sibuk mencari maklumat di laman sesawang walaupun sudah berpengalaman melahirkan anak.
Kali ini saya melahirkan anak secara c-sect. Seminggu pertama memang sengsara bagi saya. Mungkin saya jenis yang tak tahan sakit. Minggu kedua barulah bernafas sedikit, masa ni baru dapat sesuaikan diri dengan keadaan baru kerana sebelum ini dua anak saya lahirkan secara normal.
Saya amat tertarik dengan maklumat-maklumat yang saya baca dari ibu-ibu yang berjaya menyusukan anak. Dan 90% daripada pembacaan saya, ibu-ibu ini menggunakan makanan tambahan untuk kekal cergas bertenaga. memandangkan niat saya untuk menyusukan anak denagn susu badan sepenuhnya, saya mula mencari bagaimana cara untuk mendapatkan makanan tambahan yang dicanang-canang ini.
Kebetulan pula, jiran saya adalah pengedar. Apalagi, terus tanya dan saya cuba dulu set percubaan yang terdiri dari 30biji Vita-Lea, 3o biji B-Complex, 30 biji Vita C dan 90 biji Alfalfa.
Set sebenar, set percubaan lebih kecil
Seminggu makan seperti yang disarankan memang memberi kesan kepada badan saya. Rasa lebih bertenaga walaupun kerap berjaga malam dan bila tak tidur tengah hari pun masih boleh tahan mata.
Saya teruskan set ini sehingga tempoh habis berpantang dan naik bekerja. Masa tu saya dah upgrade tambah ESP dan Ostematrix
Lain pula ceritanya selepas naik bekerja....
Saya sambung lagi nanti.....SABAR!!! =)
**Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.
**Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment