Inilah makanan tambahan yang saya akan makan setiap selepas sarapan pagi. Saya wajib ambil sarapan pagi berat, jadi saya akan ambil lecitin sebanyak 3 biji, alfalfa 4 biji dan b-complex sebiji. Jaga makan memang kena jaga sebab saya menyusukan anak, tetapi mahu kurus juga!!!
VIVA Saya
Viva saya terlibat dalam kemalangan sebulan yang lepas. Syukur ubby yang bawa tak apa-apa, cuma sakit dada sebab tekena stereng. Kena langgar dari belakang dan menghentam kereta depan. Jadi Viva saya depan belakang kemek.
Ubby dah sakit dada dan kami belum pernah mengalami situasi kemalangan seperti ini. Tips untuk kawan-kawan di luar sana, bila mengalami kemalangan seperti ini, jangan panik. DAN JANGAN ikut cakap TONTO yang datang untuk tarik kereta dan sebagainya. Sebolehnya jangan sign apa-apa borang dari TONTO tersebut.
Selepas mengalami kemalangan, jika kereta sahaja yang rosak dan anda tidak cedera, buat panggilan ke agensi insurans yang cover kenderaan anda. Bagitahu yang anda kemalangan dan pihak insurans akan guide apa yang perlu dibuat selanjutnya. Pihak insurans boleh tunda kereta anda secara percuma jika kereta anda tidak boleh bergerak ke balai polis terdekat untuk buat laporan. kemudian, anda boleh pilih bengkel yang anda kenal untuk membaiki kereta anda dengan bantuan pihak insurans.
Kami tersilap langkah dan mebiarkan kereta dibaiki oleh TONTO yang datang. Hasilnya tidak berapa memuaskan hati.
Semalam baru ambil kereta semula dan petang semalam bateri kong pulak. Memang dah smpai masa tukar pun. Mujur saya balik awal jadi bila kereta buat hal banyak masa lagi nak minta tolong kawan-kawan ofis semua.
Pagi ni baru ubby tukar bateri dan Alhamdulillah dah boleh start. Ada 3 minggu lagi warranty kalau ada apa-apa hal lagi kat bengkel tu. Sian Viva saya...=(
No comments:
Post a Comment