Hari ni saya bekerja bertemankan Sofea dan Syameel di ofis. Syazwan, di
taska kerana taska tak cuti. Emak dan ayah saya datang rumah semalam.
Sibuk jugak semalam dengan aktiviti memasak. Sebab mak ada, saya minta tolong ajar masak asam pedas. Eh dah 9 tahun kahwin pun tak pandai masak???
Memang saya mengaku, setakat masak sambal ngan goreng sayur saya pandailah. Masak lemak cili api, sup ayam, buat kek tu pun boleh. Tapi asam, pedas, kari atau tom yam saya tak selalu masak. Jadi memang lah tak pandai. Setelah berhempas pulas, akhirnya jadi jugaklah asam pedas ayam. Kebetulan abang dan adik saya ada datang juga. Diorang kata bolehlah untuk percubaan kali pertama.
Hari raya AidilAdha tahun ni, kami sambut di sini sahaja. Tidak dapat pulang ke kampung memandangkan kekangan cuti yang dah semakin susut. Apa nak masak esok? Aishh.... kalau kat kampung mestilah mak atau MIL dah masak sedap-sedap....heheheh
Apapun, di mana pun kawan-kawan sambut, saya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua. Berhati-hati ya semasa memandu pulang ke kampung atau ke mana-mana sahaja.
COMEL tak ABANG TON????
No comments:
Post a Comment