Rasanya baru je buka order untuk Vitamin C, sekejap sangat dah habis stok. Makan nasi ke makan vitamin diorang ni???
Tuesday, October 29, 2013
Perghh...
Rasanya baru je buka order untuk Vitamin C, sekejap sangat dah habis stok. Makan nasi ke makan vitamin diorang ni???
Friday, October 25, 2013
Inilah kehidupan...=)
Inilah makanan tambahan yang saya akan makan setiap selepas sarapan pagi. Saya wajib ambil sarapan pagi berat, jadi saya akan ambil lecitin sebanyak 3 biji, alfalfa 4 biji dan b-complex sebiji. Jaga makan memang kena jaga sebab saya menyusukan anak, tetapi mahu kurus juga!!!
VIVA Saya
Viva saya terlibat dalam kemalangan sebulan yang lepas. Syukur ubby yang bawa tak apa-apa, cuma sakit dada sebab tekena stereng. Kena langgar dari belakang dan menghentam kereta depan. Jadi Viva saya depan belakang kemek.
Ubby dah sakit dada dan kami belum pernah mengalami situasi kemalangan seperti ini. Tips untuk kawan-kawan di luar sana, bila mengalami kemalangan seperti ini, jangan panik. DAN JANGAN ikut cakap TONTO yang datang untuk tarik kereta dan sebagainya. Sebolehnya jangan sign apa-apa borang dari TONTO tersebut.
Selepas mengalami kemalangan, jika kereta sahaja yang rosak dan anda tidak cedera, buat panggilan ke agensi insurans yang cover kenderaan anda. Bagitahu yang anda kemalangan dan pihak insurans akan guide apa yang perlu dibuat selanjutnya. Pihak insurans boleh tunda kereta anda secara percuma jika kereta anda tidak boleh bergerak ke balai polis terdekat untuk buat laporan. kemudian, anda boleh pilih bengkel yang anda kenal untuk membaiki kereta anda dengan bantuan pihak insurans.
Kami tersilap langkah dan mebiarkan kereta dibaiki oleh TONTO yang datang. Hasilnya tidak berapa memuaskan hati.
Semalam baru ambil kereta semula dan petang semalam bateri kong pulak. Memang dah smpai masa tukar pun. Mujur saya balik awal jadi bila kereta buat hal banyak masa lagi nak minta tolong kawan-kawan ofis semua.
Pagi ni baru ubby tukar bateri dan Alhamdulillah dah boleh start. Ada 3 minggu lagi warranty kalau ada apa-apa hal lagi kat bengkel tu. Sian Viva saya...=(
Wednesday, October 16, 2013
Emosi seorang ibu
Bila anak-anak depan mata, bising-bising gaduh, buat sepah, kita marah-marah.
Bila anak-anak ke sekolah/tadika/taska, kita ke pejabat, teringat-ingat keletah anak-anak.
Terbayang-bayang si kecil explore rumah sebab baru 'dapat kaki', ternampak-nampak anak dara makan nasi lauk simple yang ibu masak sedap sangat katanya....terasa-rasa sibujang tengah baring-baring peluk ibu gemuk n buat mata comel minta air kotak dalam peti....
Aishhhh....terus rasa nak nyanyi lagu 'Kalau aku kaya!!!!'
Monday, October 14, 2013
Selamat Hari Raya AidilAdha!
Hari ni saya bekerja bertemankan Sofea dan Syameel di ofis. Syazwan, di
taska kerana taska tak cuti. Emak dan ayah saya datang rumah semalam.
Sibuk jugak semalam dengan aktiviti memasak. Sebab mak ada, saya minta tolong ajar masak asam pedas. Eh dah 9 tahun kahwin pun tak pandai masak???
Memang saya mengaku, setakat masak sambal ngan goreng sayur saya pandailah. Masak lemak cili api, sup ayam, buat kek tu pun boleh. Tapi asam, pedas, kari atau tom yam saya tak selalu masak. Jadi memang lah tak pandai. Setelah berhempas pulas, akhirnya jadi jugaklah asam pedas ayam. Kebetulan abang dan adik saya ada datang juga. Diorang kata bolehlah untuk percubaan kali pertama.
Hari raya AidilAdha tahun ni, kami sambut di sini sahaja. Tidak dapat pulang ke kampung memandangkan kekangan cuti yang dah semakin susut. Apa nak masak esok? Aishh.... kalau kat kampung mestilah mak atau MIL dah masak sedap-sedap....heheheh
Apapun, di mana pun kawan-kawan sambut, saya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua. Berhati-hati ya semasa memandu pulang ke kampung atau ke mana-mana sahaja.
COMEL tak ABANG TON????
Anda menyusukan anak?
Sebelum mula bekerja saya dah mula tambahkan dari Set Asas kepada Set Menyusukan seperti di atas. Niat di hati selain menambahkan khasiat kepada diri sendiri dapat juga manfaat kepada bayi kan. Memang susu jadi lebih pekat dan Syazwan cepat kenyang.
Seminggu pertama naik kerja, ramai yang tegur kulit saya nampak 'glowing'. Bukan nak masuk bakul angkat sendiri, saya menafikan mungkin sebab lama duk di rumah jadi kulit tak kena cahaya matahari secara terus. Lama kelamaan baru saya sedar dulu celah pelipat tangan saya selalu naik ruam kalau panas atau makan makanan yang buat saya alahan macam makanan laut. Sejak saya amalkan pemakanan tambahan ni, celah tangan tu bersih je. Takde rasa gatal, mata dan hidung pun kurang gatal dan berair.
Syukur sangat sebab saya dah jumpa amalan pemakanan yang sihat untuk diri saya dan saya ingin berkongsi dengan kawan-kawan semua.Ubby pun saya bagi makan jugak, dan Alhamdulillah memang nampak kesan pada dia juga.
Walaupun susu tak semeriah kawan-kawan yang lain tapi masih dapat menampung keperluan si kecil dan saya berjaya menempuh penyusuan secara ekslusif 6 bulan pertama kelahiran.
Syukur,syukur...=)
**Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.

Friday, October 11, 2013
Permulaan =)
Setahun yang lepas, saya melahirkan anak yang ketiga. Niat di hati nak seratus peratus menyusukan anak dengan susu badan sendiri. Saya berpantang di rumah ibubapa saya di kampung. Biasalah zaman teknologi maklumat yang serba canggih ni, ibu-ibu dalam pantang sibuk mencari maklumat di laman sesawang walaupun sudah berpengalaman melahirkan anak.
Kali ini saya melahirkan anak secara c-sect. Seminggu pertama memang sengsara bagi saya. Mungkin saya jenis yang tak tahan sakit. Minggu kedua barulah bernafas sedikit, masa ni baru dapat sesuaikan diri dengan keadaan baru kerana sebelum ini dua anak saya lahirkan secara normal.
Saya amat tertarik dengan maklumat-maklumat yang saya baca dari ibu-ibu yang berjaya menyusukan anak. Dan 90% daripada pembacaan saya, ibu-ibu ini menggunakan makanan tambahan untuk kekal cergas bertenaga. memandangkan niat saya untuk menyusukan anak denagn susu badan sepenuhnya, saya mula mencari bagaimana cara untuk mendapatkan makanan tambahan yang dicanang-canang ini.
Kebetulan pula, jiran saya adalah pengedar. Apalagi, terus tanya dan saya cuba dulu set percubaan yang terdiri dari 30biji Vita-Lea, 3o biji B-Complex, 30 biji Vita C dan 90 biji Alfalfa.
Set sebenar, set percubaan lebih kecil
Seminggu makan seperti yang disarankan memang memberi kesan kepada badan saya. Rasa lebih bertenaga walaupun kerap berjaga malam dan bila tak tidur tengah hari pun masih boleh tahan mata.
Saya teruskan set ini sehingga tempoh habis berpantang dan naik bekerja. Masa tu saya dah upgrade tambah ESP dan Ostematrix
Lain pula ceritanya selepas naik bekerja....
Saya sambung lagi nanti.....SABAR!!! =)
**Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.
**Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.
Thursday, October 10, 2013
Friday, October 04, 2013
Syazwan tak sihat
Menangis nak titik ubat mata dan ubat hidung untuk selesema.
Doktor kata selesema dia yang buat dia gatal mata. Dalam mata tak merah, tapi luar mata bengkak.Ni siap kena bedung lagi...dah umur setahun 2 minggu pun berbedung sebab taknak bagi mata gatal.
Subscribe to:
Posts (Atom)