Friday, January 11, 2013

Rutin oh rutin!!!


Bukan mudah nak adapt rutin baru dalam hidup. Dengan baby baru, rutin memerah susu, anak-anak bersekolah, nak keadaan dalam rumah kemas dan sempurna dan macam-macam lagi. Masa yang ada memang diperuntukkan untuk buat semua benda. Rasanya masa untuk diri sendiri cuma masa mandi dan makan sahaja. Itu pun terkejar-kejar dan sambil memikirkan apa nak buat lepas ni.

Sebagai seorang pekerja, saya nak semua pekerjaan yang saya lakukan betul dan sempurna. Begitu juga sebagai seorang isteri dan ibu saya inginkan rumahtangga saya sempurna juga. Rumah yang bersih, kemas, masak untuk suami dan anak-anak, membasuh/menyidai/melipat/menggosok baju kerja suami/baju sekolah anak/baju kerja sendiri, melayan karenah suami dan anak-anak. Tapi saya cuma insan biasa, saya letih selepas seharian di pejabat, pulang dari kerja berkejar-kejar membersihkan botol2 susu, keluarkan baju2 kotor anak2 dari beg sambil mulut mengarah anak2 mandi dan solat. Lepas maghrib kalau baby tak nangis bolehlah isi perut makan yang simple-simple dengan anak-anak sambil si ayah take turn tgkkan baby

Kalau baby meragam, awal dah masuk bilik tidur menyusukan dia (mengempeng) sambil saya pun terlelap sekali. Jam 1-2 pg baru terjaga, solat Isyak, sukat susu baby, turunkan stok EBM beku. Tengok-tengok baju yang dibasuh dah siap disidai oleh si ayah. Baju sekolah/baju keje dah siap digosok oleh si ayah. Masuk tidur semula dengan pam manual di tangan sebab jam 4pg mesti bangun dan tandem pum sambil menyusukan Syazwan dengan keadaan duduk tersengguk-sengguk.

5.30 pagi dah kena bangun. Tu pun lajak jugak sampai 5.45pg. Lepas tu kelam kabut mandi dan solat Subuh. Kejutkan anak-anak bangun masuk bilik air, si ayah gosokkan gigi anak-anak dan sudahkan diorang mandi. Saya pulak sambil sukat EBM dah cair masuk ke botol sambil kemas beg baju anak masukkan barang, kemas apa yang patut, kadang-kadang kena usung gak si kecik kalau dia bangun awal dan ready untuk tolong anak-anak bersiap pakai baju. Bila anak-anak dah siap, suruh diorang solat Subuh, saya pulak sibuk nak salin baju kerja sambil-sambil hulurkan beg-beg untuk si ayah masukkan dalam kereta. Dah siap semua dalam jam 6.50pg atau paling lewat jam 7.00 pg dah kena gerak.

Buat masa ni saya tak berani nak drive sendiri sebab kemengantukan tahap Gaban di waktu pagi. Pernah sekali saya makan jalan orang on the way ke ofis lepas hantar Syazwan n Syameel sebab khayal melawan ngantuk sampai kena hon dek kereta bertentangan. Jadi, ubby pun tak berani nak suruh saya drive sendiri.

Saya selalu suka merangka apa yang saya nak buat dalam otak sebelum perkara tersebut berlaku. Jadi bila apa yang saya plan tak menjadi, saya tak suka. Hati mula rasa nak memberontak, apa orang lain buat akan nampak tak kena di mata saya. Tu lah satu perangai buruk yang saya kena ubahkan. Terimalah orang lain seadanya supaya saya tak stress dan simpan perasaan.


Saya akui, suami memang mainkan peranan penting dalam membantu menguruskan hal-hal rumah dan anak-anak. Kalau tak macam mana nak saling melengkapi??? Saya rendam baju dalam mesin basuh dan tertidur, siapa yang nak tolong sidaikan? Saya tak larat nak gosok semua baju, siapa nak hulurkan bantuan? 

Semoga saya lebih kuat dan tabah untuk melalui hari-hari yang akan datang. AMIN...

p/s: Ampun dan maaf kalau ada terkasar bahasa pada suami tersayang...

2 comments:

1na said...

Semua isteri dan ibu yang tiada bibik mcm tu pagi2 syidah. alhamdulillah ada suami yang sanggup tolong... kalau tidak... sampai ke buang sampah pun isteri yg buatkan... jgn x percaya, zaman skrg masih ada suami yang goyang kaki shj..

Alhamdulillah... =)

Irfa said...

kamu beruntung sbb suami ringan tulang.ada orang yg suaminya lgsung x membantu,siap mengarah lagi isteri lagi ada.maka senyumlah ye

dulu2 masa anak kecik akak sibuk jugal.skrg anak dah besar sikit so xdelah kelam kabut sgt pepagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...