Friday, January 04, 2013

Rutin 2013

Anak ketiga ni rasanya dah puas mendalami ilmu penyusuan. Ilmu diperoleh melalui pembacaan blog ibu-ibu yang menyusukan memang sangat mudah untuk diaplikasikan. Jadi saya bertekad dari masa mengandung lagi nak menyusukan anak kali ini dengan susu ibu sepenuhnya sekurang-kurangnya 6 bulan dan jika di permudahkan olehNya sehingga 2 tahun. Dengan sokongan suami dan keluarga, gajet penyusuan yang lengkap, dan  ilmu yang diperolehi, Alhamdulillah...setakat hari ini bermula dari 20/9/2012 saya berjaya menyusukan Muhammad Syazwan Nasree dengan jayanya.

Saya ingin berkongsi sebagai kenangan di blog ini rutin mengepam di ofis. Masa mula-mula tu gigih juga ke surau. Tapi lepas tu, tengok macam line clear je, saya pam di meja je.

 Kalau dah berselubung ni maknanya....

 Operasi sedang dijalankan

 Close up pam yang berjasa...di ofis saya guna bateri.

 Masih bawa pam manual in case apa-apa yang tak diduga berlaku...Dari kiri ponco, botol-botol, corong pum, milk collector dan dalam beg polkadot tu, pam elektrik/bateri.

Hasil tuaian 3 kali pam.paling banyak 6 oz, paling sikit 3.5oz.

p/s: sekadar perkongsian dan kenangan....

5 comments:

1na said...

masa pam tu takde bunyi2 ker? hehehehe

1na said...
This comment has been removed by the author.
~adeQ~ said...

Bunyi slow je, xperasan sgt... Hehehe

tulip said...

kat meto ada nilik pam namanya.. hehehe linda ketuanya.. hihi

Cik Zaiey said...

bgus2..breastfeed t'bekk kak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...