Hari ni ada check up Syazwan kat klinik. Last check up buat kat kampung sebab masa tu ada cuti tersepit Krismas kot. Jadi dah selang-selang kejap kat kampung kejap kat sini. Tarikh hari ni klinik kat kampung bagi, tapi saya dah confirm dan booking tarikh semula dengan klinik kat sini. Tadi masa panggil nama, nurse kata takde booking tarikh harini, nak menyirap jugak dengar. Saya dah call dah awal-awal lagi.
Fine, habis pasal tu, dapat nombor. Nombor sekarang 7002, nombor saya 7009. Masa tu jam 9.08pg. Saya sampai dalam 8.15pagi. Tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu....kul 11pg baru panggil ok! Harini takde injection pun, cuma pemeriksaan biasa je. Sangat bersabar di sana!!
Balik dari klinik, Syazwan melalak macam nak apa. Mengantuk rasanya, tdo tak lena dari tadi. Singgah beli nasi ayam (perut mak kau lapar jugak), dukung dan dari kedai ke rumah pangku sambil drive. Sila jangan contohi. Sampai rumah terus susukan dia dan dia pun ok bertenang nak lepak2 dalam swing. Saya makan cepat-cepat dan bersiap. Terpaksa balik rumah dulu sebab nak bawa bekalan susu ke tadika. Taknak nanti tak cukup sejuk pulak kalau nak bawa susu awal-awal.
On the way ke taska, dari rumah ok je, sampai separuh jalan menagis lagi sampai muntah. Mau lah saya tak keruan memandu, berenti sekejap lap muntah dan tenangkan dia. Tapi bila letak semula kat tempat duduk dia menangis lagi. Eh tak boleh jadi ni....mengada pulak... saya letak jugak, drive dan saya buka semua tingkap dan biar angin masuk, dia merengek-merengek dan terus diam. Ok, berjaya....tak lama lepas tu baru tidur....
Nampaknya susah nak handle budak kecik ni sorang-sorang, tapi kalau ubby ikut membazir je masa dia kat klinik. Macam-macam keje boleh buat. Tapi tu lah, nak meroyan saya dibuatnya melalak si budak kecik ni.
Separuh hari habis menguruskan pemeriksaan anak di klinik. Sampai ofis petang dah nak habis tenaga. Nasib tak sibuk sangat, masih lah boleh berpoya-poya sambil buat kerja. Ishh, tak produktif langsung!
p/s: respek lah ibu-ibu yang PJJ ngan suami uruskan anak kecik sorang-sorang....
No comments:
Post a Comment