Aduss...harini perut tak berapa sihat. Sakit perut dan loya dari malam tadi, mem'bery' nya jam 5.30pg tadi. Rasa lemah badan. Nak 'berangin' pun kena gi toilet...tak berani wooo!
Nasib Syazwan tak apa-apa, cuma buat 'kueh' macam biasa je pagi tadi. Tak perasan pulak sebarang keganjilan. Apalah yang buat perut ni meragam agaknya....
Dua tiga hari ni tak busy sangat. Semalam sempat ke Hospital Pantai KL melawat sahabat dari ofis lama yang tidak sihat. Susup-sasap jugak la mencari hospital. Saya ni mana lah pernah drive masuk KL, teman 2 orang yang ikut pun tak tahu jalan. Tapi kami redah kan ajalah. Alhamdulillah niat yang baik untuk menziarah orang sakit, walaupun sesat taklah teruk sangat. Cuma orang lain jalan dekat, kita jalan jauh sikit lah kan...=)
Jumaat ni saya ambil cuti rehat, jadi malam ni atau esok pagi sudah mahu pulang ke kampung. Tapi minggu depan kena balik lagi sebab ada majlis Maulidur Rasul. Majlis ni adalah aktiviti di kampung yang memang setiap tahun diadakan. Memandangkan tempat paling strategik adalah di kawasan depan rumah saya, jadi majlis ni diadakan di kawasan ini. Oleh kerana dah memang ada majlis dan sememangnya majlis yang dihadiri oleh orang Islam, saya mengambil kesempatan untuk buat akikah Muhammad Syazwan Nasree sekali. Sama seperti anak-anak yang lain, saya memang akan tunggu majlis ini untuk buat akikah. Senang sebab dah memang ada orang yang datang untuk dengar ceramah semua.
Kelahiran Sofea dan Syameel memang dalam bulan Rabiulawal, jadi masa dalam pantang lagi dapat buat akiakh diorang joined majlis yang sama. Syazwan ni lambat sikit sebab lahir bulan Zulkaedah kan...
Semput jugak tu nak balik 2 kali bulan ni. Mohon dipermudahkan olehNya sebab nak buat benda elok kan...
1 comment:
semoga apa yang dirancang , selamat dilaksanakan
Post a Comment