Seronok hidup kalau tiada masalah, tapi rasa tak mencabar pulak kan??
Semalam, lepas dah satu seksa sepanjang saya bekerja di ofis sekarang, saya terlibat dengan data dan penerbitan. Sejak 3 tahun yang lalu, penerbitan yang dirancang tak keluar-keluar. Dalam bahagian dah bentang banyak kali. Dengan pihak atasan sejak akhir 2012 dah bentang tapi masih belum mendapat kelulusan. Dari saya mengandung sampai melahirkan, semalam barulah pembentangan kepada pihak atasan berjaya. Terima kasih banyak pada bos atas-atas saya sebab banyak membantu walaupun baru masuk ke bahagian ni. Nak harapkan bos atas saya, nak buat garisan satu pun tak boleh nak bagi keputusan.
Habis pasal kelulusan, maka setiap suku tahunan saya akan mula sibuk dengan data. Data ini perlu diterbitkan lebih awal dari data KDNK. Februari ini adalah cabaran pertama dalam menyediakan dan menerbitkan data bagi suku tahun ke empat 2012. Data akan diterima 6minggu selepas suku tahun rujukan. Jadi saya akan sibuk pada Feb, Mei, Ogos, Nov dan seterusnya....Tahun ni rasanya akan sibuk hari-hari sebab ada pengasasan semula.
Ish...cukuplah cakap pasal kerja....2013 pasti mencabar saya rasa. Dengan anak kecil, dengan jadual mengepam lagi...dengan 'hal-hal lain' luar dugaan lagi...
SOFEA
Pagi ni, pagi2 lagi saya dah mengamuk dengan Sofea. Mana taknya, kain biru sekolah tak bawa balik. Ntah mana dah ditinggalnya. Saya kejutkan dia dan tanya, terus bagitau semalam dia tukar kain di bilik air bukan di surau. Tu la, kalau kat surau mesti nampak longgok kain tu, ni kat bilik air mesti gantung dan kemudian terlupa nak ambil kan.... Adoyaiiii!!!!
Dah pesan tiap-tiap kali balik sekolah kain sekolah terus keluarkan dari beg dan masuk bakul. Ni tidak, semua ibu dia nak kena ingatkan.Masa hantar tadi suruh dia ke bilik air semalam tengok ada lagi ke tidak kain dia. Dahlah kain baru beli untuk tahun ni....kalau hilang kan sayang. Ayah ngan ibu ni bukan pergi cop duit anak oiii.... Nasib baik ada...Syukur masih ada rezeki di situ.
SYAMEEL
Ok-ok sahaja ke SRK, cuma kadang-kadang asyik bisik2 ngan ayah nak gi 7E dulu....Ayah pula ikutkan je...Alahai anak, kering poket ayah nanti...
SYAZWAN
Kulit dia sensitif juga macam Sofea. Rasanya dia pun tak boleh pakai bedak. Mana taknya, pipi merah dan kering, kat dada dan atas perut pun ada tompok yang sama. Pagi ni dah pesan pada pengasuh dia jangan pakaikan bedak dan saya tak bekalkan pun bedak. Jangan diorang sapu bedak orang lain dah la... nanti saya update gambar pipi dan dada Syazwan.
Saya jumpa ni di blog orang lain dan dia dapat dari babycentre, jadi saya nak kongsikan di sini...
Apa itu ekzema?
Ekzema
ialah kondisi kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa
mengakibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak. Ianya selalu
ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia dua tahun.
Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan
beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat
dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai.
Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma
dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan
rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang
lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.
Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini
boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk.
Apa yang menyebabkan ekzema?
Kita
tak tahu apa yang menyebabkan ekzema tetapi ianya lazim berlaku dalam
keluarga-keluarga tertentu. Kondisi alergi termasuk ekzema, asma dan demam alergi semakin meningkat tetapi tiada yang mengetahui apa sebabnya.
Ekzema menjejaskan kulit semasa ianya "meradang" atau "bersemarak".
Kulit bayi anda mungkin bertompok-tompok merah dan gatal selalu, tetapi
masa dia meradang tempat-tempat ini menjadi lebih teruk dan mungkin
memerlukan rawatan yang lebih intensif.
Radang ekzema boleh berlaku jika ada iritasi kulit yang disebabkan oleh
kimia, seperti bahan pencuci dalam mandian buih, syampu, serbuk cuci
dan pelembut fabrik. Ini diberi nama ekzema sentuhan. Kanak-kanak
menghidapi ekzema atopik boleh mendapat ekzema sentuhan juga, jadi
kedua-duanya boleh menyerang sama-sama. Gunakan emolien bukan sabun dan
bahan pencuci dalam mandian dan anda boleh juga menukar serbuk cuci
anda dan melihat jika ini meredakan ekzema bayi anda.
Ekzema alergi sentuhan boleh juga diperolehi. Ini selalunya adalah
reaksi kepada bahan spesifik seperti nikel dalam barang kemas. Adalah
didapati, reaksi alergi itu boleh merebak dan menjangkiti lain-lain
tempat juga.
Ekzema amat menjengkelkan bayi sebab mereka tak mengelak daripada
menggaru, dan ini boleh mencetuskan infeksi. Dalam beberapa kes, ekzema
boleh mengganggu tidur anak anda dan menjejaskan keyakinannya, yang boleh mendatangkan kesan ke atas kualiti hidupnya.
Apakah rawatan untuk ekzema?
Rawatan
ekzema bergantung kepada keterukkannya. Jika anak anda mempunyai
ekzema ringan dengan sedikit saja ruang merah dan gatal, anda mungkin
hanya dinasihatkan untuk menggunakan losyen emolien, krim atau salap,
kadangkala ditambahkan dengan penggunaan krim rendah steroid untuk
jangka masa yang pendek.
Sudah nyata bahawa kekeringan kulit membuat ekzema menjadi lebih teruk,
oleh itu mencegah keradangan dengan melembapkan kulit adalah penting.
Kanak-kanak menghidapi ekzema perlu menggunakan kuantiti banyak
emolien beberapa kali sehari untuk mencegah kulit mereka daripada
menjadi kering.
Terdapat banyak variasi pelembap dan emolien. Anda mungkin perlu
mencuba beberapa untuk mendapatkan satu yang paling sesuai bagi anak
anda. Ini datang dalam bentuk krim, salap, losyen dan bahan tambahan
mandian. Krim akueus ialah satu emolien yang murah yang selalu
dipreskripsikan untuk ekzema, tetapi elok dielakkan sebab ia mengandungi
bahan cuci yang boleh melecetkan kulit bayi anda.
Anda mungkin perlu menggunakan sekuantiti emolien yang banyak pada
kadar yang kerap. Doktor anda seharusnya mengulangi preskripsi anda
setelah menetapkan yang mana paling mujarab. Juga baik untuk meminta
kuantiti emolien yang ekstra untuk disimpan di prasekolah anak anda atau
tadika.
Adakah penggunaan steroid membahayakan anak saya?
Doktor
selalunya mengesyorkan bayi yang menghidap ekzema atopik menggunakan
krim steroid dari semasa ke semasa. Ramai ibubapa telah mendengar
tentang kesan sampingan dari penggunaan steroid secara berlebihan,
menyebabkan mereka enggan menggunakannya, terutama sekali untuk bayi
dan kanak-kanak kecil. Walau bagaimanapun, steroid adalah selamat jika
digunakan secara betul. Kesan sampingan utama ialah membuat kulit jadi
nipis jika digunakan bagi jangka masa panjang, tetapi tiada bukti
yang penipisan ini akan berkekalan.
Adalah penting untuk menggunakan krim steroid pada kekuatan yang betul,
bergantung kepada keterukan ekzema, oleh itu steroid harus digunakan
dengan seliaan doktor.
Apabila menggunakan krim steroid, gunakan secara minima atas
ruang-ruang yang terjejas sahaja, tidak lebih dari dua kali sehari, dan
jangan lupa untuk menggunakan banyak krim emolien - menggunakan
emoilien yang banyak tak menjadi masalah.
Apakah rawatan lain yang ada?
Pil
antihistamin kadangkala dipreskripsikan jika ekzema anak anda itu
tersangat gatal dan jika ianya mengganggu tidurnya, tetapi ini tidak
digunakan secara rutin dalam rawatan ekzema. Yang digunakan bagi anak
kecil selalunya membuat dia mengantuk, oleh itu selalunya diberi di
sebelah malam. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor anda sebelum
memberi anak kecil antihistamin.
Jika bayi anda menghidapi ekzema yang lebih teruk dia akan memerlukan
krim steroid yang lebih kuat dari semasa ke semasa. Jika ekzemanya
tidak reda setelah dirawat, dia mungkin perlu dirujukkan kepada ahli
dermatologi untuk mendapatkan rawatan lain.
Lain-lain rawatan yang boleh meredakan kes-kes ekzema teruk termasuk
pembalut kering dan satu teknik yang dikenali sebagai balutan basah -
di mana pembalut direndam dalam emoilien atau krim steroid dan dibalut
selapis lagi dengan pembalut kering. Ini membantu ubat rawatan itu
meresap ke dalam kulit.
Rawatan alternatif apa lagikah yang saya boleh cuba?
Setengah
ibubapa mendapati bahawa homeopati dan lain terapi alternatif
kadangkala boleh membantu dalam rawatan ekzema walaupun tiada bukti
teguh yang ianya efektif.
Herba Cina boleh membantu bagi setengah kes, tetapi pastikan anda melawat pengamal berdaftar yang berkelayakan dan berpengalaman sebab sebilangan herba Cina mendatangkan kesan toksik ke atas hepar.
Apa yang akan berlaku jika ekzema itu dijangkiti?
Ekzema
boleh menjadi rumit ditambah dengan infeksi kulit yang selalunya
berlaku jika kulit digaru sehingga melecet. Jika ekzema bayi
dijangkiti, ia mungkin berdarah, berkerak atau meleleh cecair dan
memerlukan antibiotik untuk menghilangkan infeksi.
Jika hanya ruang kecil sahaja yang terjejas, bayi anda mungkin
dipreskripsikan krim antibiotik tetapi jika melibatkan ruang yang besar
dia perlu mengambil ubat antibiotik melalui mulut.
Bolehkan saya berbuat sesuatu untuk mengelakkan anak saya daripada mendapat ekzema dari mulanya?
Inilah apa yang kami tahu:
• Menyusu badan untuk tempoh sekurang-kurangnya empat bulan boleh membantu melindungi daripada ekzema dan alergi lain. Kementerian Kesihatan mengesyorkan penyusuan badan secara ekslusif selama enam bulan.
• Setengah kanak-kanak yang diserang ekzema mungkin juga alergik kepada
susu lembu, namun adalah penting untuk bercakaplah dengan doktor
dahulu sebelum mengeluarkan susu lembu (atau formula susu lembu)
daripada diet bayi anda. Jika anak anda mengambil susu formula, doktor
mungkin mengesyorkan anda mencuba dahulu formula protin hidrolisis.
Formula berasaskan susu soya dan susu kambing tidak disyorkan.
• Tiada bukti kuat yang mengelakkan makanan tertentu semasa anda
menyusu atau semasa kehamilan boleh menghindar bayi anda daripada
mendapat ekzema, namun begitu tanyalah doktor jika anda menyusu badan
dan makan sesuatu makanan tertentu yang seakan-akan menyebabkan reaksi
kepada bayi anda. Jangan ganti diet anda sebelum berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu.
• Terdapat sedikit bukti yang mengambil probiotik (samada dalam bentuk
pil atau makanan seperti yogurt) semasa hamil boleh mengurangkan
kebarangkalian anak anda mendapat ekzema, tetapi kajian lanjut
diperlukan.
Adakah apa-apa yang lain yang boleh saya lakukan?
Terdapat lain-lain langkah bantu diri yang anda boleh cuba:
• Elok jika anda menyimpan diari untuk melihat dan mengesah apakah yang
mencetuskan ekzema anak anda dan membincang ini dengan doktor anda.
• Setengah pakar percaya yang pendedahan kepada makanan tertentu akan
membuat ekzema lebih teruk. Reaksi kepada makanan secara berasingan
sudah tentu boleh ditangani dengan mengelakkan makanan itu, tetapi
jangan tukarkan diet bayi anda secara drastik tanpa berbincang dengan
doktor. Satu penyemakan semula kajian mendapati bahawa mengugurkan
makanan tertentu seperti telur dan susu hanya membantu mereka yang sudah
mempunyai alergi makanan yang disyaki. Hanya lebih kurang 10 peratus kanak-kanak yang mempunyai ekzema terjejas oleh makanan.
• Setengah doktor percaya bahawa kutu habuk rumah mencetuskan setengah
kes ekzema walaupun tiada bukti kukuh yang ini benar. Anda boleh cuba
mengurangkan jumlah habuk berderak merata rumah dengan menggunakan
kain basah bukan bulu ayam untuk menyuci. Membasuh kain-kain katil
diperbuat benang setiap minggu pada suhu yang tinggi (50 darjah C atau
lebih) disangkakan boleh membantu, sama seperti mengudarakan bilik
bayi anda sehari sekali dan memvakum tilam sekali seminggu. Namun agak
sukar untuk menghapuskan kutu habuk sama sekali dan ramai doktor
percaya lebih baik memberi fokus kepada rawatan ekzema.
• Pakaian jenis kain benang boleh membantu, tetapi wul dan benang sintetik boleh membuat keadaan lebih teruk.
• Bilik yang panas boleh membuat ekzema lebih teruk, oleh itu pastikan
kain-kain katil dan pakaian itu ringan dan berlapis, untuk membolehkan
anda mengubahsuai suhu bayi anda dengan lebih mudah.
• Pastikan kuku bayi pendek untuk mengelak iritasi kulit akibat menggaru.
p/s : kadang-kadang mulut cakap nak berubah tapi perangan tak ubah-ubah juga, macam nak bagi starlite je!