Wednesday, August 24, 2011

Mood Raya

Mood nak cuti dah mari. Buat kerja pun tak senang. Asyiklah tak fokus. Lagi-lagi takde motivasi langsung dari 'Kakak' belakang tuh! Mak n ayah ada kat umah, umah dah macam raya dah. Seronok! Sofea nak gi sekolah pun berat jek. Syameel lagilah! Keje membuli atuk jek.

Syoknya duk umah ni melayan mak. Cuti pun dah susut banyak, so kenalah berjimat cermat.....


Tuesday, August 23, 2011

Mak @ ICU PSH,Melaka



15 Ramadhan(Isnin) - pagi2 lg saya sudah bertolak membawa kereta ayah dari Segamat ke Melaka. Anak2 saya tinggalkan di bwh jagaan PIL. Sesampai di hospital, lihat mak nampak segar berbanding semalam. Ayah maklumkan yang doktor ingin berbincang dgn saya dan ayah kerana mak ada peningkatan.

Doktor menyarankan agar mak buat prosedur angiography. Tapi bukan sekarang, kerana jantung mak masih bengkak. Sekurang-kurangnya jantung mak kena kuat dan stabil semula. mak tinggal semalam lagi di ICU.

16 Ramadhan (Selasa) - Dalam jam 11pagi, doktor datang dan keadaan mak semakin stabil. Doktor kata mak dah boleh pindah ke wad biasa semula. Alhamdulillah....Doktor nak monitor mak sehari dua lagi di wad. kami tak kisah, janji mak semakin sihat.

18 Ramadhan ( Khamis) - Mak dah boleh keluar hospital. Dengan berbekalkan surat rujukan keadaan mak ke Hospital Serdang dan lampiran laporan perubatan termasuk x-ray mak. Mulanya kami nak ke IJN, tapi Dr. Suhaimi kata Serdang pun ok. Petang tu juga kami pulang ke Segamat. Malam tu jugak saya kemaskan barang-barang mak, kosongkan isi peti sejuk mak dan kemaskan rumah apa yang patut. Mak hanya berehat dan memeberi arahan saja kepada saya.

19 Ramadhan ( Jumaat) - Pagi-pagi lagi kami sudah memulakan perjalanan ke BBST. Mengikut persetujuan bersama, mak akan tinggal di rumah saya sehingga pulih. Dalam keadaan mak sekarang ni, mak tak boleh stress, dikerumuni orang ramai dan buat kerja-kerja berat.

Terpaksa singgah semula ke Hospital Putra di Melaka kerana hset ayah tertinggal di wad dan nurse dah simpankan. Samapai rumah saya dalam jam 12 tengah hari. Mak terus rehat.

20 Ramadhan (Sabtu) - BP mak naik dan mak rasa tak selesa. Mak nak ke hospital. Kami terus bawa mak ke Hospital Serdang - Kecemasan. Lama juga tunggu untuk blood test dan sebagainya, akhirnya mak diberi ubat turunkan BP dan stabilkan denyutan jantung. Kemudian mak dibenarkan pulang sebab result blood test semua ok.Sampai di rumah, mak terus rehat-rehat dan saya rasa keadaan mak tengah hari tadi sebabkan dia masih trauma dengan keadaan dia masa terkena gangguan dulu.

21 Ramadhan (Ahad) - Alhamdulillah mak semakin ok dan stabil.

22 Ramadhan (Isnin) - Bawa mak ke Hospital Serdang, tapi cuma boleh tahu tarikh temujanji dalam masa 2-3 minggu lagi. Ubat mak cuma hanya sehingga Khamis ni saja. Saya tanya macammana nak dapatkan ubat sehingga tahu tarikh temujanji, saya disuruh ke unit Kecemasan dan dapatkan ubat dari sana. Ubat mak ada 7 jenis, cuma 4 jenis saja yang dapat dibekalkan dalam tempoh sebulan. 3 jenis lagi terpaksa kami cari di Farmasi. Boleh tahan juga harga ubat untuk penyakit ni...

23 Ramadhan (Selasa) - Setelah seminggu bercuti dan keadaan mak semakin stabil, hari ni baru saya masuk kerja. Nampaknya cuti raya saya kena batalkan. Lagipun mak ada kat sini, saya cuma akan ambil cuti Isnin sebelum raya je nampaknya bagi cover cuti saya untuk bertahan 3 bulan lagi sebelum akhir tahun.

Semoga mak diberi kesihatan semula seperti sediakala...AMIN...

Monday, August 15, 2011

Mak @ Putra Specialist Hospital



Petang Jumaat, mak call suruh balik n bw dia ke hosp. pakar. Saya mmg dah ajak beberapa hari yg lepas. Jadi, ptg tu juga kami pulang ke kmpg. Awal pg 13 Ramadhan(Sabtu), sampai shj di hospital berbekalkan surat rujukan dr klinik, mak terus masuk ke emergency utk pemeriksaan. Oleh kerana mak pernah dtg membuat rawatan di situ, kami request doktor yang sama merawat mak. Lepas doktor dtg dan membuat pemeriksaan, doktor memutuskan mak mempunyai masalah jantung dan menyarankan mak dimasukkan ke wad utk pemeriksaan lanjut. Selepas membuat pembayaran deposit, mak disorong ke wad 7 di aras 7.

Bermula lah episod mak di hospital. Sekejap mak ok, sekejap lagi mak 'lemas'(dahi berpeluh, dada sesak dan kaki sejuk dan lenguh) hingga ke tengah malam. Saya di sisi mak sepanjang masa kerana ayah perlukan rehat setelah beberapa lama xlena tidur malam dan diserang demam selesema.

Ramadhan 14(Ahad), jam 11.00pg doktor dtg dan mengesahkan jantung mak agak besar dan degupannya xsekata. Doktor terus masukkan mak ke ICU dan kami dimaklumkan keadaan mak adalah membimbangkan. Jantung mak berfungsi cuma 15%, dan perkara ini telah berlarutan agak lama. Doktor bimbang jika ianya terlewat utk dirawat. Tiada prosedur dpt dijalankan melainkan memberi ubat bg menguatkan dan menstabilkan semula jantung. Jika itu berjaya barulah prosedur mengenalpasti punca kegagalan jantung mak berfungsi dgn baik dpt dilakukan.

Di ICU, hanya mak pesakit yg sedar. Yang lain semuanya dlm keadaan koma. Alhamdulillah mak masih berselera makan dan dijaga dgn baik.

Malam itu juga saya pulang semula ke Segamat utk mengambil pakaian ayah dan kereta kerana ubby terpaksa ke JB atas urusan kerja.

Thursday, August 11, 2011

Hari ke 9 & 10 Ramadhan

Ramadhan ke-9
Bersahur dengan mee goreng udang atas permintaan ubby. Sofea pulak makan nugget jek. Mudah dan cepat.



Menu buka petang tu, sampai umah kul 7.15ptg. Bersilat ler apa lagi...nasib memang dah defrost daging burger tu. Ubby ajak buka kat luar, tapi macam malas pulak. Next time yer....


Orang tak puasa yang lelebih. Orang lain makan burger tapi dia suka sosej. Jadi kena lah goreng sosej khas untuk orang tak puasa ni.


Ramadhan ke-10

Sahur dengan nasi + kupang (kakak 1 bagi) sambal + sawi & kobis masak air.



Berbuka di Jabatan. Ada majlis sembahyang terawikh sekali. Alhamdulillah....Nasi berlauk ikan sweet sour, ayam goreng ketumbar, daging masak hitam, kobis masak lemak dan sambal belacan.

Dah lama tak solat terawikh di masjid/surau. Alhamdulillah, tahun ni dapat. Sofea pun ikut sampai habis.

p/s: Sofea dah boleh bawa ke masjid, tapi Syameel - mcm2 ragam ayah dia kata, wallaupun tak merayap ke mana-mana...

Tuesday, August 09, 2011

Hari ke 5 - 8 Ramadhan

Ramadhan ke-5
Bersahur dengan lauk sardin masak cili potong dan sup sayur. Petang ni nak balik ke kampung.

 Gerai burger di tepi jalan

Berbuka dalam perjalanan pulang ke kampung. Singgah di 7-E Gemencheh. Ntah macam mana ada satu gerai jual burger di hadapan kedai. Ada lah sorang budak perempuan dalam linkungan umur 7-8 tahun, duduk termenung di meja. Sayu hati saya, ni mesti anak penjual burger tu. Mak dia tengah sibuk buat persiapan untuk jualan. Saya terus ajak ubby beli burger untuk berbuka, daripada bungkus makan dalam kereta, kami duduk lepak kat meja tempat budak perempuan tu duduk.

'Adik puasa?' tanya saya

'Puasa,' jawab dia.

'dah nak buka ni, lagi 5 minit lagi,' saya bagi semangat kat dia. Dia senyum je.

Tiba-tiba datang 3 orang budak cina bercakap-cakap depan budak perempuan tadi. Saya pelik, apa lah mabuk budak cina ni cakap-cakap macam orang paham. Datang mak budak perempuan tadi dengan pesanan kami, terus cakap ngan anak dia, 

'Suh diorang main jauh-jauh, orang nak buka ni. Jangan kacau.'

Terus anak dia cakap cina ngan 3 orang budak cina tadi. Ha, terlopong kejap saya. Mak dia terus kata, dia sekolah cina. Selain pesanan kami, mak dia bagi sepotong besar tembikai untuk kami juga. 

Saya terharu sangat tengok budak ni, anak-anak saya waktu ni (senja) tengah bersenang lenang dalam rumah sambil menonton tv, sedangkan dia dengan sabar dan berpuasa menanti mak dia yang berjual burger di situ. Insafnya....Terus suruh ubby beli Slurpee bagi kat budak ni satu. Emosi saya memang lah sangat tersentuh. Betapa bersyukurnya saya diberi kehidupan yang boleh dikatakan senang, tak perlu kerja berbumbung langit sampai ke malam.


Ramadhan ke -6
Bersahur di rumah mak saya. Lauk sotong masak kicap, kangkung goreng dan ikan kembung goreng.

Seharian mak saya di dalam bilik, mengaduh perutnya kembung, kakinya seram sejuk dan peluh di dahi walaupun kipas dah dibuka. Saya urut-urutkan kepala, perut dan kaki mak sampai lega. Tapi sebelum tu asyik lah mengatakan 'benda' tu datang lagi. Saya malas nak kata apa-apa, cuma nasihatkan agar buat pemeriksaan menyeluruh di hospital pakar. Suruh makan ubat kembung perut pagi sahur tadi taknak pula. Tak naklah saya gesa-gesa pula, lagipun saya tak tahu apa-apa....

Petangnya, salah seorang perawat datang dan membuat rumusan bahawa memang penyakit mak saya seharian tu adalah penyakit yang nyata, bukan gangguan dari benda-benda yang ghaib. Barulah nak percaya. Susah jugak kalau dah trauma dengan benda-benda macam ni. Dan-dan tu terus segar dan Alhamdulillah lepas maghrib sebelum saya ke rumah mertua mak dah ok. Mana lah tak kembung perut kerana semalamnya buka minum jus jambu batu, dan tak makan makanan berat. Lewat malam saya sampai semalam baru nak makan.

Berbuka dengan kuih-muih - popia,tepung pelita, roti jala dan puding roti karamel yang agak keras sikit saya buat. Air jek 4 jenis - cincau sejuk dan panas, sirap selasih sejuk dan air barli sejuk.

Ramadahn ke-7
Bersahur di rumah mertua saya. Masak lemak cili padi ikan sepat + nenas dan sayur campur. Ada botok-botok jugak. Bertambah lah jugak saya makan sahur tak pernah-pernah. Heheheh

Seharian melepak di rumah, tgh hari keluar sekejap ke Giant beli barang dapur mak dan ke Dataran Segamat. Ada jualan di situ. Alang-alang cari juga songkok dan sampin Syameel.


Susah tu mamat ni nak cuba songkok...asyik ke sana-ke mari jek....

Berbuka di rumah mertua dengan murtabak singapura, nasi beriani sebungkus jek beli, bubur lambuk dari masjid dan betik. Air sirap bandung ais krim soda dan cincau panas.

Lepas bebuka baru balik ke BBST, sampai umah dalam pukul 11.30mlm.


Ramadhan ke- 7
Sahur cuma panaskan nasi, lauk sardin dan ulam-ulaman. Goreng telur dadar untuk Sofea.
Selsema saya makin teruk nampaknya. Anak-anak pun sama, Syameel pun badan dedar je. Lepas sahur baring semula, pastu tak larat bangun. Akhirnya ke klinik jua dan dapat MC dan ubat-ubatan. Masih berpuasa, lepas buka baru makan ubat.

Semalam buka simple jek kat kedai. Bihun ladna dan nasi goreng daging merah untuk ubby. Sofea kongsi dengan saya.


p/s: Tak berjaya jugak nak masak buka sendiri, ada jek aral melintang...haissshhhh!!!


Friday, August 05, 2011

Hari Ke-4 Ramadhan 2011

Alhamdulillah sekejap jek dah empat hari berlalu....Setakat hari ni semua berjalan lancar, cuma pagi gi kerja jek tergesa-gesa sikit mengejar punch kad sebab nak lewatkan hantar Sofea. Yerlah kelas kat SR mula jam 8.45pagi, kalau masa WP3 dulu sedang elok lah. Ni WP2 dalam 7.30pg dah kena sampai kat SR kalau tak, memang ubby kena pecut laju2 lah.

Sahur
Menghabiskan sambal telur, masak semangkuk kecik jek pun. Boleh ulang 2 kali sahur. hehehe....Tambah lauk kobis masak lemak putih dan telur dadar untuk Sofea. Saya malas makan nasi, cicah sekeping roti dengan sambal telur jek. Air kopi Goji Susu Kambing segelas share dengan ubby.


 Berbuka
Petang hujan. Ubby lambat sket ambil sebab ada kerja di Shah Alam. Suruh dia terus ambil anak-anak di Presint 15. Saya singgah juga ke pasar sebelah ofis dan beli ayam golek seekor. Tapi bagi 1/4 bahagian pada Kakak 1. Macam banyak pulak seekor. Beli akok, kuih dadar gulung dan donut. Beli singgit jek sume. Jalan toksah cakap lah jem dari Uniten ke Serdang, last-last tumpang kereta kakak 1 sebab sehala. Nasib lah kakak1 dah nak balik juga. Kalau tunggu ubby datang ambil memang lagi lambat la.

Sampai umah ngam-ngam jek hidang terus masuk waktu berbuka. Alhamdulillah, semua habis takde pambaziran. 

Sebut pasal membazir, haritu beli jambu air, banyak jugak lah. Masuk dalam peti sejuk, bulan puasa ni nak makan tak sempat-sempat. Malam tadi konon nak siap potong-potong lah masuk tupperware, senang nak makan. Sekali tengok apsal jambu ni semua macam dah beku air batu, potong tengok dah 'bonyo' jek. Nampak selaput beku kat luar dia. Rupanya suhu peti sejuk dah sampai maksimum. Ntah sapelah tangan gatal yang memusing pengawal suhu tu...Habis buang macam tu jek jambu tu. Sayang....

p/s: konon taknak makan nasi, nak tengok tahan ke tidak...hehehe

Thursday, August 04, 2011

Hari Ke-3 Ramadhan 2011

Sahur
Nasi + Sambal telor hancur dan goreng bendi berkicap. Sofea moody sket pagi ni, nak bersuap pastu buat mcm nak muntah. Saya sumbat jugak. Sambil makan buat homework SR, tu ler malam tadi leka tengok tv.

Buka Puasa
Ntah macam mana ada orang foward voucher Pizza Hut pulak. Terus pakat-pakat nak buka reramai. Port biasalah umah Kakak 1. Kakak 2 dan 3 follow jer. Siap ada tambahan ayam golek sedap kat sebelah ofis ni. Makan berlima macam tak cukup. Hehehehe...

Gambar tak sempat snap, masing-masing dah tak sabar.





 Alhamdulillah, dapat solat Maghrib, Isyak dan Terawikh berjemaah sekali. Ada rezeki kita buat lagi yer...

 Tukang snap adalah orang yang ber'cuti' dan menjaga kanak-kanak ribena.


Wednesday, August 03, 2011

Hari Kedua Ramadhan 2011

Sahur
Masih lagi makan nasi, sambal sotong dan ulam tenggek burung dan timun. Sofea macam biasa, sup sayur,kicap dan telur dadar. Pagi ni dia bangun bersemangat jek, siap makn sendiri lagi. Lepas makan, bagi dia tdo sekejap pastu baru kejutkan untuk mandi dan bersiap. Awal sampai ofis hari ni.


Berbuka puasa
Hari ni ubby nak makan lempeng. Ok gak, sambil menghabiskan sambal sotong sahur dan cili potong ikan bilis buat cicah. Gorengkan nugget utk Sofea dan dia nak air bandung. Bukan main pink lagi...heheheh

 Selamat berbuka...

 
Kuih tambahan, dah lama dalam peti sejuk beku. Tak berapa sedap sebab rasa dia wangi sangat.

Tuesday, August 02, 2011

Hari pertama Ramadhan 2011

Alhamdulillah, dapat lagi berjumpa dengan Ramdhan pada tahun ini. Sahur hari pertama dimulakan dengan sambal sotong dan sup sayur (saleri, tomato dan lobak). Sofea macam biasa mesti nak telur dadar dan kicap.
Saya cuti sebab taska diorang ambil cuti peristiwa.

Tengah hari anak-anak main kat luar, ntah macam mana anak jiran sebelah sebaya Syameel ada jugak main-main. Dia makan roti, bagi Syameel sikit. Keluar Sofea pun dia bagi juga. Sofea terlupa yang dia berpuasa terus makan roti tu. Nasib saya perasan, terus suruh dia keluarkan n kumur. Nangis Sofea, saya tak marah pun. Lepas pujuk-pujuk baru ok.Kesian dia...

Jumaat petang saya perasan rambut Syameel macam kena tokak, dah confirm dengan teacher diorang takde main gunting. Haru betul, saya rasa gunting ni dapat dari beg budak darjah 1 yang transit kat situ.




Berbuka semalam dengan mee goreng (ubby request nak kering macam mak dia selalu goreng), Sofea nak kerang rebus dan air mangga.



Tak lupa juga dessert puding kastard berkuah.



p/s : tahun ni kalau boleh taknak beli kat PARAM. nak masak sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...