Friday, May 22, 2009

Kejar!

Rasanya baru buat entry 'happy weekend'....dah Jumaat semula. Cepatnya masa berlalu. Tak terkejar rasanya, dengan karenah manusia di sekeliling, keluarga, anak-anak.....dah le subuh keluar rumah, maghrib baru balik umah semula. Rasa baru tido dah nak tdo balik??? Baru bangun, eh bangun pagi lagi??? Cepat betul!

Cepat masa berlalu, maka cepat jugak lah bertambah usia. Kadang-kadang saya fikir, sikitnya amalan saya untuk bekalan di akhirat nanti, terkejar-kejar urusan dunia sampai alpa....Alhamdulillah, dalam minggu ni saya dah mula semula mengajar Sofea mengaji, sembahyang maghrib bersama, dan saya sempat jugaklah mengaji beberapa helai mukasurat. Memang rasa letih dan tak terkejar, esok2 bila Sofea dah mula sekolah...macam mana agaknya? Nak tengok dia buat homework, saya ni dah ler sedikit cerewet....Tapi masalhnya saya ni takleh mengajar...saya cepat marah...garang ker saya??Sofea pulak selalunya kalau saya dah naik antu, dia lagi tak dapat....huhuhuhu...haru betul.

Sabtu ni nak ke Seremban, kenduri kahwin ofismate ubby. Saya ingat nak singgah makan cendol Pak Leman Dawi. Terpengaruh betul tengok 'Warung Kita'. Anyway, ceria selalu!!!!

1 comment:

Tiara said...

santan berlemak
lemak manis kelapa muda
lemak lemak
lalalalalala

hi hi selamat berhujung minggu
makan puas2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...