Mengikut plan asal, saya sekeluarga akan pulang ke rumah mak saya. Tapi mak kata nak balik kampung di Melaka dan terus ke Kedah melawat pakcik saya yang akan ke Mekah tahun ini.Ok ler jugak kalau nak ikut. Last minit mak saya tukar plan dan bertolak pada hari raya kedua. Tak dapatlah saya ikut sebab masa tuh masih lagi berada di Pontian. Jadi sepanjang minggu saya di rumah mertua dan sesekali balik ke rumah mak utk siram pokok.
Lepas solat Jumaat sambung beraya ke rumah kawan saya lagi di Segamat baru, tak ambil gambar sebab anak2 sibuk nak tdo. Kawan saya ni kahwin dengan cikgu matematik sekolah menengah kitorg dulu...syahdu wei cite dia...
Singgah pulak ke rumah kawan saya area yang sama, tapi dia kat UK ler pulak. Keje dgn Proton dan Proton hantar dia utk projek apa ntah...syoknya...berjaya sume kawan2 saya....tak ambik gambar jugak sebab borak ngan parents dia jek...kitorg ni dulu2 berkawan, abis sume mak bapak kenal...
Ni pun sama....kawan dari sekolah rendah. Yang dukung syameel tuh. Dia sekarang bertugas di Qatar, uruskan projek di sana. Balik2 kampung kena pulak chikukunya....(betul ke idak ejaannya nih).So 2 in 1 jugak ler nih, sambil beraya sambil melawat dia yang sakit. Dah petang, takut anak2 kena gigit nyamuk, kitorang cepat2 balik.Raya ke empat
Tak ke mana-mana. Lepak-lepak jek. MIL masak laksam tapi pakai laksa jek mi dia. Sedap ooo....ubby makan guna tangan jek, dia kata baru feel....
Sebelah malamnya, kami anak beranak menghabiskan voucher Pizza Hut MIL, ada lah dalam RM60 gitu....hehehe....dah boring makan ketupat rendang....
Fil&Mil, anak 3 jek...tapi baru 2 orang kawin dah penuh satu meja....tinggal adik bongsu ubby jek yg masih belajar....dari 5 anak beranak dah jadi double...
Pagi Ahad, lepas kemas2 kami pun pulang ke BBST.....Jem gak walaupun keluar awal. Sampai umah dalam kul 3 lebih....Kemas2 n lepak2.....
No comments:
Post a Comment