Wednesday, June 20, 2007

Yang teringin...

Dah dapat ditunaikan pun....

Cornetto Royale...marvellous!!!

this is for ubby....

this is for me....

Yang semalam....

dah tak tau nak makan apa lagi for dinner.....


let's try this!

which one, ibu?

test,test!

sedapnya eskrem Pia...
i'M BUSY....tak sempat nak menaip. ni pun kira ok sempat masukkan gambar sesikit. so, kenkawan, enjoy! don't miss me, kalau ada masa nanti update lagi k.

Tuesday, June 19, 2007

TIME!

BUKU

Rasa tak cukup masa jek nak menyiapkan buku-buku ni. Dengan meeting yang tak diduga, keje-keje yang datang tak kira masa. Deadline dah dekat...data masih terawang-awang. Nak buat diskusi ngan bos besar n kecik pun tak sempat-sempat lagi. Wish me luck to finish all this things!

BENGKEL

Tak sudah lagi citer pasal bengkel haritu. Sekarang, masa untuk output pulak. Baru pagi tadi, my bos kecik sudah suruh buat itu draf laporan. Adusss..aku lagi! Petang ni ada diskusi untuk menyiapkan laporan bengkel dan perkara-perkara berbangkit.

WEEKEND

Weekend ni, tak kemana-mana pun. Hari Sabtu tu hujan sepanjang hari, so, kitorg isytihar Saturday is tdo day! Hari Ahad tu baru sibuk nak mengemas n lepak2 tgk cd jek kat umah.


Friday, June 15, 2007

Huh-uh!

Bengkel dah selesai. dapatlah input sesikit, tapi pada pendapat aku, agak lari dari objektif yang sebenar-benarnya.

Hari ni, gi Intekma lagi sebab aku dah tersalah ambik L.O form. Aku pun blurr....hehehe..tapi takpe kejadian ini rupanya ada hikmah di sebaliknya... Aku dapat jumpa kak PB. Seronok kemain, rasa nak melonjak2 je. Comel jek orgnya kak PB ni, siap belanja breakfast lagi. TQ so much! nanti datang sini kite belanja akak pulak.

Petang ni mungkin kena ikut ubby gi meeting kat PJ Hilton. Adus...mana tempat aku nak singgah ni? Subang Prade maybe? tgk lah nanti.

Thursday, June 14, 2007

Friday, June 08, 2007

Bengkel

Setelah berhempas pulas menyediakan bahan untuk bengkel...akhirnya Isnin depan aku akan melaksanakannya. Tak tau lah macam mana bengkelnya nanti. Persiapan bukan main lagi. Prof. yang dilantik untuk memberi ceramah tu nanti....pada pendapat aku la...pasti aku akan menguap2 sepanjang masa di sana. Mana taknya masa perbincangan pun aku terpaksa menumpukan sepenuh perhatian pada dia sbb cara dia cakap amatlah lemah lembutnya dan ber slang pulak tuh...Aduhai....so, kawan2 aku akan berbengkel dari 11 (my besday) - 13 Jun 2007 di Shah Alam,Selangor... Wish me luck ok.

Weekend

This weekend aku akan balik kampung, menghantar adik aku yang seminggu berada di sini dengan senang hatinya tanpa membawa bahan bacaan..memang lah malas belajar! Sekarang ni aku tengah menunggu ubby yang tak sampai2 . Pagi tadi kata ok, cepat balik. Tapi, petang nih kata banyak keje lak....kalau tau aku bwk motor sendiri. Boleh balik dulu, macam2 leh buat. Saja je mau menimbulkan marah. SELAMAT BERHUJUNG MINGGU SEMUA!

Hati

KISAH RUMPUT DAN ORANG YANG DISAYANGI

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajarbertanya pada seorang guru yang sedang mengajar.Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secaraam.Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagaiorang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nakberkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yangsaya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarangjuga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput didepan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagiwalaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang beradadi depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumputyang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumputyang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang adabanyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya punterus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh kebelakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yangpaling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itutapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalahrumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpadengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yanglebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kitasebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yangberlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang.Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita bolehperbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyakperkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kitasayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnyawalaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, makabarulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada didepan kita dengan tulus dan ikhlas.


"...kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari..Kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..Puas kita menangis,mencari di mana matahari, rupa2nya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI..."

Tuesday, June 05, 2007

Friday, June 01, 2007

MASA ITU EMAS

Kerja

Cepat sungguh masa berlalu. Hari ni genap 3 tahun aku bekerja di sini sebagai SO. Keje kat sini ok, agak senang sebab takde keje rutin. Keje mengikut keadaan dan keperluan. Aku senang di sini, cuma bila dah lama bekerja, ada lah sedikit mana-mana yang tergigit lidah atau terasa hati. Dulu, aku sukar mengawal emosi, tetapi sekarang aku mengambil keputusan untuk bercakap bila perlu. Selamat ulangtahun bekerja yang ke 3 bagi Tulip, Kak Ma, Kak Nurul, Saiful dan diri aku. Tak lama lagi boleh lah keluarkan duit KWSP sebab sume memilih taraf berpencen. Syok ah...Aku dah berangan nak simpan duit tu untuk masuk rumah baru tahun depan nanti.

Kebelakangan ni, hidup aku agak kelam kabut. Mana taknya, bos kecik nak buat bengkel, surat jemputan dah hantar, surat kelulusan KSU sampai la ni tak settle lagi. Tak tahulah mana yang lembab, bhgn PSM ke, KSU yang lambat sain. Nak di ikutkan ni bukan lah keje aku, tapi sebab member yang incharge pasal ni org baru terpaksalah aku memberi pertolongan dan...taulah bos kecik aku yang kelam kabut tuh....Naik pening kitorg dibuatnya...Dah suruh member tu buat keje, pastu pesan kat aku lagi. Last-last jadi dua kali keje. Pening kepala member aku yang baru nih. Kesian kat dia, tak faham dan keliru. Aku sabar kan jek la hati ni.. Nak marah, bos...
Pening, pening....

Aku

Aku bercadang untuk tinggal di kuaters dan surat rayuan telahpun di hantar. Lepas tu kami bercadang untuk memiliki second car sebab taska kat bangunan aku dah buka. Tu lagi satu pening, suruh daftar anak, tapi tak tau yuran bulanan berapa, apa aktivitinya...tgklah macam mana nanti baru aku fikirkan.

Mak

Aku cuba berlagak biasa walaupun aku rasa luar biasa. Ubby masih lagi belum mahu pulang ke kampung. Dan kami bercadang untuk tidak pulang ke kampung bulan ni. Hanya telefon sebagai penghubung berita. Kalau nak jumpa cucu pun, jemputlah datang ke KL.

Setakat ini buat tika ini, SELAMAT BERHUJUNG MINGGU!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...