Alhamdulillah...segalanya sudah kembali seperti biasa. Betul kata Kak Luna, semua tu macam angin lalu. Sekejap jek, dan sekarang aku mampu berterus terang tanpa melukakan hati sesiapa dan si dia juga cuba memperbaiki diri seadanya. Aku kembali bahagia. Tq kepada semua yang sudi memberi nasihat. Walaupun perkara kecil, tapi ia pengalaman bagi aku yang baru setahun jagung menempuh alam yang dinamakan alam rumahtangga.
Usia aku bakal menjejak 25 tahun pada tahun ini. Begitu cepat masa berlalu. Serasa seperti baru semalam aku melalui zaman persekolahan. Alam yang paling menyeronokkan. Aku rasa seperti belum dewasa. Walaupun angka itu sudah mencecah ke suku abad. Mungkinkah aku belum cukup matang seperti yang sepatutnya? Aku seorang anak,isteri,menantu,kakak ipar, adik ipar,ibu saudara, ibu.....banyak sungguh tanggungjawab peribadi belum lagi dicampur tanggungjawab sebagai kakitangan kerajaan. Cukup matangkah aku atau semua ini sebenarnya terlalu cepat bagi aku?
Ofis
Pagi ni lewat ke ofis. Perut ni buat hal pulak. Mau berkali2 aku ke toilet. Tunggu dah tak ribut dlm perut baru aku ke ofis. Tu yang sampai ofis dekat kul 9 pg. Bukan selalu..Aku terpaksa jek pagi tadi.
Weekend
Minggu ni kitorg duk kat umah jek. Aku ada operasi penting yang diselesaikan. Dah lama tertangguh. Alhamdulillah, minggu ni menjadi. Operasi kemas bilik stor berjalan dengan lancar sekali pada hari Jumaat malam Sabtu. Org sume dah tdo, aku pun mulakan operasi. Kacau jugak ubby sbb ada barang yang berat2 dia kena angkat. Nasib baik aku kemas kalau tidak, mesti hadiah2 perkahwinan aku berderai sebab meja yang menampung tu dah melendut tunggu masa nak patah.
Sekarang sume barang susun kat bawah jek. Dah nampak clear sket walaupun bilik tu dah agak padat tapi tersusun. Tenang sket mata aku bila bukak bilik tuh nak basuh kain sbb mesin basuh kat situ.
Ahad, kitorg bantai tdo sampai tgh hari. Ingat nak masak tomyam, tapi jiran aku bagi lauk ayam masak kurma pulak. Wah, aku pun mengambil kesempatan masak nasi jek la! Petang baru keluar jalan2 ke Alamanda, beli buah2 sket.
Sofea
Sofea sekarang dah menunjukkan tanda2 seorang kakak. Sebab kat Taska dia ada 2 org baby tak silap aku, dia pun mula lah berangan panggil bantal kecik dia adik. Abis sume bear dia susun n berlagak konon2 suapkan bear di makan. Nak jadi kakak ye..nanti ibu usahakan.heheheh...
Monday, March 26, 2007
Thursday, March 22, 2007
BUKAN AKU
Lately, emosi ini cepat benar tersentuh. Perkara kecik pun nak ambil hati (jika pada waktu waras,kalau emosi tu benda kecik pun rasa besar).
Dah dua kali dalam minggu ni perkara seperti ni terjadi. Aku serba salah tapi egoku terlalu sakit untuk menjernihkan keadaan. Zahirnya nampak tenang tapi dalam hati mendongkol perasaan tak puas hati. Adakah memang selalunya perkara ini akan berlaku? Usia hubungan ini baru setahun jagung. Aku juga tidaklah sesempurna mana, mungkinkah aku terlalu cerewet untuk bertoleransi dalam hal2 yang berkaitan dengan rumahtangga.
Dan kala inilah anasir-anasir luar datang mengganggu seolah-olah sengaja membakar kesabaran hatiku ini. Aku takut nanti nafsu memakan diri menyebabkan kewarasan akal hilang entah ke mana. Tanggungjawab berat ini rasanya tak terpikul dek insan yang kerdil seperti aku. Ya Allah, bantulah hambamu yang lemah ini. Aku tak mahu nanti menyesal di kemudian hari.
Wajarkah selalunya aku yang beralah dan berkorban? Kesabaranku ada batasnya.
Wednesday, March 21, 2007
Dapat ke?
Sume yang aku kenal dah dapat. Aku lum lagi. Boleh dapat ke? Takut pulak ada sebarang komplikasi. Aku masih berusaha dan terus berusaha. Tawakal kepada-Nya. Semoga segalanya seperti yang aku ingini.
Baru-baru ni pegi appointment di Hospital Putrajaya. Kes tonsil yang membengkak dan agak aktif tahun lepas. Aku jumpa pakar ENT. Menurut doktor yang cek aku haritu, aku lebih kepada sinusitis dan alergitis. So, doktor bagi aku ubat dan antibiotik untuk mengurangkan bersin dan selsema aku yang teruk. Selalunya setiap pagi aku akan sohsehsohseh menghembus mukus yang banyak kat idung ni. Tapi sejak aku makan dan guna ubat yang doktor bagi, segalanya dah mula kurang dan kadang2 seharian aku tak bersin pun. Alhamdulillah...mengantuk dan letih2 pun dah kurang. Tapi aku ada next appt. bulan 4 nanti dan satu ujian tidur di HKL pertengahan bulan 4 juga. Harapnya lepas ni, segalnya ok dan aku tak kena sakit tekak lagi bile demam. Seksa...
Dan satu lagi takdelah nanti doktor menyebut istilah operation untuk tekak aku ni. Aku takut...

Monday, March 19, 2007
Hai, hai..
Alhamdulilah...selamat pegi n selamat balik ke kampung. Macam-macam hal. Tu lah kalau balik 2 hari jek, memang tak cukup kaki nak ke sana -ke mari.
Sabtu : Malam tadi tdo umah mak aku dulu. So, siangnya dera mak masak pajeri terung (again) dengan kacang goreng sambal sebab nak bagi pada kak miza. Lepas zohor gi umah Ezamry (my classmate since sekolah rendah) Pakai baju kuning gitu. Memang raja sehari...hehehehe....seronok dapat jumpa kawan2 lama. Azaki, Syukur, Mak Iti, Lina, Nora, Cikgu Hazmir. Aku tunggu Khairil ngan Ayu, tapi diorg lambat pulok...tak pat jumpa.
Petang, pegi picnic kat kebun ayah..heheh..jakun jek bawak mangkuk tingkat nagn periuk nasi gi makan kat pondok ayah baru siap. Lepas maghrib baru balik umah mak ubby. Seharian Sofea tak tdo.
Ahad : Tolong abah ubby masak apa yang patut, lepak2 then lepas zohor gi ambik kete kat bengkel. Cat bumper yang di support sepenuhnya oleh mak ubby. TQ mak! dah cantik sket kete aku. Seronok2.....survey harga bungan telur untuk member India ubby then balik umah mak ubby, tdo....Petang siap2 then lepas maghrib baru gerak balik Kl. Nasib baik tak banyak kete. Tapi aku tdo jek ngan Sofea. Cian ubby kene drive sensorang.
Rumah bersepah, kain baju kotor berlambak. Petang ni kerja keras lah aku nampaknya. Anyway..enjoy!

Friday, March 16, 2007
Senyum
Tension gue, dah banyak kali try post entry pepanjang asyik error jek. Anyway Selamat Hujung Minggu sume!!! Minggu ni nak balik kampung. Kawan sekolah kawin.
Aku rasa macam bunga ros yang sedang berkembang. Hati ni berbunga-bunga jek 2 tiga hari ni. SYOKKKK...
Aku rasa macam bunga ros yang sedang berkembang. Hati ni berbunga-bunga jek 2 tiga hari ni. SYOKKKK...
Tuesday, March 13, 2007
Anniversary
HEPI ANNIVERSARY TO ME>>>yang ke 3
Ni hadiah surprise dari ubby. Hantar ke ofis tapi tak jadi surprise sbb budak yang hantar tu salah bangunan.
Subscribe to:
Posts (Atom)