Cuti 4 hari cepat jek berlalu. Jadual hujung minggu sentiasa padat. Takde ruang untuk berehat dan berbincang2 dengan ubby pasal masa depan.
Khamis; menyelesaikan hal-hal di satu tempat dan terlajak sampai ke Genting. Tak plan pun, just jalan2 n hiburkan hati. Sofea bukan main suka lagik!
Jumaat; Niat di hati nak keje, tapi sebab malam tadi Sofea meragam, muntah, n tak nyenyak tdo..terpaksa cuti. Lagipun badan dia macam suam2 jek. Ada aura nak demam lah tuh. So, sepanjang hari melepak kat umah dengan Sofea.
Sabtu; Kemas-kemas umah dan keluar makan di Alamanda sementara menunggu MIL & FIL datang. Malam, ubby belanja dinner kat Awae Tomyam. Makan busat ooo..aku yang tukang order…
Ahad; Pegi kenduri nikah di Keramat, balik singgah ke C4 Wangsa MAju n Tesco Ampanng. Mencari Gamat Healin. Bukan main hot lagi sekarang. Sume kedai kehabisan stok. Sebelum balik umah, tunjukkan MIL&FIL umah contoh yang kami beli. Nampak semua puashati. Diorg balik dalam pukul 6 petang. Kitorg terus keluar dinner kat Mama Chop Papa Grill kat Bangi.
Padat….Letih…
HIBURAN
Tgk ABPBH2006. Bagus Mawi menang! Tapi yang aku heran orang Melayu-Islam sekarang ni….perasan diri macam duk kat Hollywood pulak, pakaian memang lah tak menutup aurat. Yang pakai tudung pun tak sedar diri. Astaghfirullah…Dah pakai pakaian terdedah macam tu, naik pentas nak bagi ucapan, Bismillah…. Nampak janggal dan tak sesuai langsung. Macam mana lah orang Islam nak maju kalau benda remeh macam ni pun tak ambil berat…TAK PAHAM,TAK PAHAM.. Aku pun bukan lah baik sangat tapi ntahlah….
No comments:
Post a Comment