Hari ni birthday mak. Rindu mak walaupun baru jek dtg jenguk aku Sabtu lepas. Sorry banyak-banyak sebab tak dapat balik n celebrate sesama sebab ada hal yang tak dapat dielakkan. Aku dah berangan nak belanja mak makan ikan bakar kat Serkam..Takpelah..tunggu nanti aku balik next week InsyaAllah...
Aku adalah anak yang paling kurang kena marah/leter berbanding abang ngan adik perempuanku. Aku anak emas mak. Aku tak pernah melawan cakap mak. Seingat aku, rotan pun tak pernah kena. Mak selalu menyebelah aku, makan pun selalu aku akan dapat lebih. Bukan diskriminasi, tapi memang mak sangat sayang kat aku. Aku bangga jadi anak emas mak. Ingat lagi masa PMR dan SPM dulu….aku kurang baca buku sebab rutin harian yang padat membantu mak dengan keje rumah dan sebagainya. Mak aku tak macam mak orang lain, mak aku sakit kaki. Kaki dia tak berapa kuat akibat peristiwa semasa zaman kanak-kanaknya. Tapi Alhamdulillah…berkat taat setia yang tak berbelah bagi membantu mak aku, aku berjaya mendapat keputusan yang agak baik juga.
Aku ngan mak sangat rapat. Maklah segala-galanya bagi aku walaupun masa lepas SPM aku masuk UiTM berjauhan dari mak. Walaupun aku ada ramai kawan2 tapi semua tu tak setanding mak sebagai kawan baik aku. Aku ngan mak takde rahsia. Zaman remaja aku sume dikongsi bersama mak. Boyfren, cinta monyet, sedih, gembira, segala-galanya aku ceritakan pada mak. Dan sekarang pun kalau boleh segala hal aku nak ceritakan pada mak, tapi apakan daya.....takkan hal rumahtangga aku pun nak susahkan mak, nanti jatuh air muka ubby aku. Dulu aku pegi dating pun mak temankan. Aku pulak tak malu nak menceritakan segala-galanya pada mak. Bila balik dari UiTM, kami akan berbual sampai ke pagi kat bilik mak, sampai ayah halau suruh borak kat luar sebab ganggu dia tidur. Last-last kami borak kat ruang tamu dalam gelap. Cerita pasal segala-galanya, menangis, ketawa….walaupun gelap.
Sekarang ni dah tak macam dulu. Bukan aku tak sayang mak. Sayang aku masih macam dulu, tapi aku terpaksa kurangkan manja-manja aku pada mak sebab tak semua benda boleh aku ceritakan macam dulu. Aku tak mahu nanti terlepas cakap pada mak perkara-perkara yang menjadi rahsia rumahtangga kami. Mak sedar tu semua dan cuba sesuaikan diri. Alhamdulillah..mak memang memahami. Kesian kat mak, kalau boleh diulang masa lalu, aku taknak dewasa, taknak kawin….tapi semua tu kan kalau….
Realitinya, aku kini sudah dewasa, mempunyai keluarga sendiri dan bermacam tanggungjawab yang terpaksa aku pikul sendiri. Harapan aku Cuma satu, biarlah satu hari nanti anak2 aku akan membalas seperti apa yang aku buat pada mak.
Mak, I LOVE U SO MUCHHHH!!!
No comments:
Post a Comment