Tuesday, April 25, 2006

BTN-Biro TataNegara

Dari 19.4 ke 23.4 hari tu aku kena menghadiri kursus Kenegaraan anjuran BTN. Yang bestnya kursus tu kat Langkawi. Serronok giler aku, tapi tgh bulan pulak, maksudnya budget aku limited la gamaknya.
Aku gi sana naik flight awal. Kul 10 dah jejak kat bumi Langkawi. Memandangkan nak daftar pun lambat lagi, aku ngan best fren aku masa sekolah dulu gi sewa motor n kitorang gi merayau samapi Pekan Kuah. Apalagi, shopping la apa yang patut. Sempat jugak kitorang berposing2 kat burung helang tuh.hehehe....
Sampai masa pendaftaran, muka aku dah burn gile. Macam baru lepas mandi laut. Mana taknya naik motor tengah panas buta kul 12.
Excited nak berkursus, rupa-rupanya....kursus tak best. Macam biasa jek tak de yang luar biasanya. Absailing,flying-fox malahan kembara pun takdok. Benci aku! Tu yang aku tunggu2 tapi...hampes. Kesian kat aku, harapan terkubur. Cuma ada kelas,LDK,larian 2KM, n ujian kecergasan.
Hset semua kena ambik,jurulatih simpan. Macam nak pitam gak la 4 hari tak berhset. Tapi nasib ada public phone. terubatlah rindu kat Sofea.hehehe,rindu kat ubby jugak.
Paling best sekali ada surprise masa aku balik tuh. Anak aku dah pandai jalan!!!Seronok aku tgk. Syukur sangat.. Next week umur nak setahun. Syabas bete..hehehe...

Tuesday, April 18, 2006

W*Y 2*9


Hehehe...apa yang ku tunggu akhirnya tiba jua. Ptg semalam pegi ambik n today, aku dah guna dah. Nampaknya hari-hari mendatang ni lah peneman aku pegi dan balik. Setakat ni service memuaskan. Walaupun kemek tudung aku sampai kat ofis, takpe lah...nanti aku tukar helmet lain, yang lebih sesueiii..gitu!!

Friday, April 07, 2006

SEMALAM

Sofea demam!!!!Pukul 3 lebih a.m dia bangun, merengek. Aku ingat mcm biasa nak susu, rupanye badan dah panas. Petang sebelum tuh dah mcm kena selsema. Aku ingat tak apa2. Tak sangka pulak melarat. Nasib Cool Fever mmg ada dlm simpanan. Bagi makan ubat, terus tdo balik. Sofea ni bagus sbb kalau budak lain menolak makan ubat, tapi dia makin dihisapnya tempat injection yang takde jarum tuh (aku tak tau nama dia apa). Terpaksa lah aku cuti semalam. Sofea kalau demam, manjanya teramatlah sangat. Tdo pun nak atas dada ibu dia nih. Takleh berenggang langsung. Nasib baik ubby balik cepat sikit semalam petang. Dengan gas abis nak masak. Kelam kabut betul pagi semalam.
Petang gi kl sekejap, ambik adik ipar kat Pekeliling. Sampai umah dalm ul 9 lebih. Nasib Sofea tak meragam.

Hari ni, ubby pulak yang cuti jaga anak kat umah sebab aku rasa macam dah banyak sangat aku cuti dalam tempoh 3 bulan lebih nih.

p/s: ibu demam, ibu cuti, anak demam pun ibu cuti.

Wednesday, April 05, 2006

Minit

Bukan minit masa. Bukan, bukan. Ni minit mesyuarat. Apa yang terjadi hari ni, di sini, jam sebelum meeting kul 2.30pm.
"kenapa akak yang kena ambik minit. Tak pernah pun tahu pasal projek ** ni." kata insan yang menjadi mangsa.
Lalu, datanglah si bos kecik ni, " Boleh lah kak ye, saya kena buat benda lain."
Apa nak buat terpaksa lah akak mangsa ni bersetuju.
Patutkah situasi seperti ini terjadi?? Memanglah tak berkira bila nak buat kerja. Tapi, bila main tangkap muat jek tak bagus lah ntuk kesihatan emosi kan?
Ntah lah, saya yang menurut perintah. Terpaksa ikutkan saja.

p/s: Cerita ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. kadang2 kita kena jadi org yang pentingkan diri sendiri supaya tak senang kena pijak kepala.

APRIL

TASKA

Sofea sekarang dah bertukar babysitter. Mak long dah tak jaga lagi. Sekarang Sofea duk kat Taska Haifa Nasuha. Suka bukan main sebab ramai kawan n kat dinding taska tu ada banyak gambar2. Aku lega sebab dia takde masalah kat sana. Hari ni hari ke tiga Sofea berada di taska. Cuma aku tgk dia letih sket mungkin sebab ramai kawan n penat bermain.

CEPAT

Sekarang aku dah tukar waktu keje, 8-5. Aku lega sebab tak payah tunggu lama2 kat ofis. By 7.30 a.m aku dah sampai ofis sbb hantar Sofea dekat jek ngan rumah. Ubby pun sampai ofis awal. Balik pun awal sebab ubby masih lagi ke site waktu petang.

BARU

Aku sedang menanti anggota baru dalam keluarga aku. Baru nak tulis ada org call pulak pasal anggota baru dalam keluarga aku nih. Anyway, masih dalam proses, kalau ok next week 'dia' akan bersama2 kami. hehehe..nantikan 'dia'.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...