Sabtu lepas, pagi masuk melapor sekejap ke ofis. Siapkan kerja sehingga tengah hari. Dalam jam 2.30petang ubby dan anak-anak datang dan kami terus ke Shah Alam. Perancangan minggu ni, layan bola di stadium. PDRM vs JDT.
Sampai stadium, beli tiket dan terus ke Giant Shah Alam. Makan tengahhari dan jalan-jalan cuci mata. Terus ke Seksyen 7. Terjumpa lah kawasan yang dinamakan Laman Seni 7 ni.
Seronok sangat masing-masing posing termasuk si kecik. Selepas solat Asar dalam jam 6 lebih petang, kami terus ke stadium. Solat Maghrib di surau stadium. Surau perempuan selesa, sejuk. Surau lelaki je sesak sikit dan agak panas.
Keluar stadium dekat jam 11 lebih malam. Terus ke KL cari makanan sambil pusing-pusing jalan TAR tengok 'aweks'. Singgah di Kg.Baru, minum air buah gelas besar baru balik ke rumah. Esoknya masing-masing pengsan sampai jam 11pg!!!
p/s: Perancangan untuk penuhkan aktiviti hujung minggu bersama anak-anak setiap minggu tahun ni dan tahun-tahun seterusnya, In Sha Allah....
Tuesday, February 17, 2015
Monday, February 02, 2015
2015
Aktiviti yang baru bagi tahun 2015, masak sendiri
bekal untuk anak dan suami.
Saya selalu kemaskini di instagram dan fB, jadi
saya kongsikan di sini. Setakat ni saya akan bangun jam 5.00 pagi untuk masak
dan siapkan semua. Jam 6 pagi mesti dah siap basuh periuk kuali dan lap dapur.
Minggu lepas je rasa pening-pening sebab nak
biasakan diri bangun awal. Tapi minggu ni Alhamdulillah nampaknya, senang je
bangun dan tak lah kelam kabut sangat. Rasa seronok sangat sebab suami pun
dapat makan apa yang saya masak.

Semoga saya terus istiqomah dalam perkara
ini.Seronoknya masak-masak di pagi hari. Bila petang tunggu anak feedback.
Ada sekali tu balik je terus kata " Sedapnya mee goreng ibu... kalah satu
dunia!" Over tak anak bertuah ni! Ibu dia terus kembang je dengar....=)
Ni lah rupa depan pintu pagi-pagi sebelum pergi
kerja. Semua beg dan barang-barang nak masukkan dalam kereta dah siap beratur.
Syukur parking depan rumah je. Kalau pindah naik apartment ni acaner??
Nasiblah, masing-masing bawa barang sendiri lah jawabnya. =)
p/s: Last week ice skating, this week badminton, next week?
Tuesday, January 20, 2015
Ice Skating
Setelah seminggu pertama persekolahan berakhir, layankan anak-anak ni main di IoI City Mall. Lama dah nak pergi tapi masa mencemburui. Walaupun macam-macam hal sebelum pergi, dapat juga diorang habiskan 2 jam mengasah ais di sini.
Suka sangat gambar ni.
Lepas penat meluncur, mari penuhkan perut. Makan, makan dan makan!!!!
Ubby guna penyepit kat Taman Seoul je.
Apa lah yang dia nak lagi tu budak masyam ni???
Kenyang perut suka hati!
Sekian aktiviti hujung minggu kami. Dah dekat seharian pun tak habis pusing satu mall tu. Kena pergi lagi ni sambil syuuuhhhh jauh-jauh aura negatif dalam badan. -_-
Monday, January 19, 2015
Suami - Isteri
Suami,
Satu hari,
Jika tiba-tiba isteri buat perangai.... fahami lah....
Mungkin perkara itu kecil sahaja bagimu, tapi sebenarnya ia benar-benar mengganggu emosi, membebankan benaknya.
Percayalah, dia telah cuba sedaya upaya mengawal emosi di depanmu dan anak-anak.
Betapa susah selalu menahan perasaan, menahan nafsu demi mengutamakan kesejahteraan keluarga.
Kerana sukar untuk meluahkan secara berdepan, kerana pada dirinya mungkin perkara itu akan dianggap remeh olehmu.
Suami,
Jika ia mencalar egomu, isterimu mohon ampun dan maaf.
Sesungguhnya menjadi manusia yang melakonkan pelbagai karekter ini melelahkan!
Luahan hati,
Insan bernama Isteri,
Kampung Sebelah Nun Di sana.
p/s: Ni luahan jiran kampung sebelah bukan luahan saya.
Satu hari,
Jika tiba-tiba isteri buat perangai.... fahami lah....
Mungkin perkara itu kecil sahaja bagimu, tapi sebenarnya ia benar-benar mengganggu emosi, membebankan benaknya.
Percayalah, dia telah cuba sedaya upaya mengawal emosi di depanmu dan anak-anak.
Betapa susah selalu menahan perasaan, menahan nafsu demi mengutamakan kesejahteraan keluarga.
Kerana sukar untuk meluahkan secara berdepan, kerana pada dirinya mungkin perkara itu akan dianggap remeh olehmu.
Suami,
Jika ia mencalar egomu, isterimu mohon ampun dan maaf.
Sesungguhnya menjadi manusia yang melakonkan pelbagai karekter ini melelahkan!
Luahan hati,
Insan bernama Isteri,
Kampung Sebelah Nun Di sana.
p/s: Ni luahan jiran kampung sebelah bukan luahan saya.
Wednesday, January 07, 2015
Suamiku... Selamat Hari Lahir!
Semoga dipanjangkan usia untuk meneruskan hidup sebagai khalifah di bumi Allah dan melaksanakan kewajipan sebagai hambaNya dengan sebaik-baiknya...
p/s: Hadiah dan sambutan ditangguhkan pada masa yang ditetapkan bagi mendahulukan keperluan persekolahan anak-anak...heheheheh
Monday, January 05, 2015
2015 - Muhammad Syameel Nuqman
Alhamdulillah, dipanjangkan umur untuk meneruskan kehidupan di tahun baru, tahun 2015. Selamat Tahun Baru semua pembaca blog ini, semoga segala azam dan impian kita dapat dilaksankan dengan izinNya.
Syameel melangkah kaki ke alam persekolahan sebenar tahun ini. Persediaan persekolahan saya buat dari awal lagi. Syukur sangat Syameel tak banyak karenah dan kebanyakkan barang yang saya beli dia memang menurut sahaja.
Cuma kerisauan saya, sekolah ni adalah tempat baru juga bagi Sofea. Dalam proses nak bantu saya uruskan adik dia, dia juga perlu menyesuaikan diri dengan keadaan dan kawan-kawan baru di sekolah ini. Saya terpaksa tukarkan sekolah Sofea sebab Syameel tak dapat penempatan di sekolah lama Sofea. Alasannya, terlalu ramai yang beratur untuk masuk ke sekolah tersebut. Memang berat hati saya, namun terpaksa keluar dari zon selesa bagi menempatkan kedua-dua mereka di sekolah yang sama.
Tragedi di pagi hari, Forte buat perangai. Memang dah bagi amaran dah dari Rabu lepas....tapi rancangnya nak hantar ke Sevice Centre lepas Syameel Orientasi.Betul-betul sampai dekat dengan Stesen Petronas P16, ada keluar warning kat tempat meter tu dan berkelip2 dah....Nasib dah dekat...Ubby terus parking depan bengkel di Petronas tu. Ngam-ngam mekanik datang nak tengok enjin pun mati.
Saya terus bawa Syameel dan Sofea jalan kaki ke sekolah. Mujur dekat.....Ubby la yang uruskan pasal kereta. Terbarai lah juga poket tengah sesak-sesak belanja anak sekolah semua....
Ok, habis bab tragedi. Jom sambung orientasi Tahun 1 sekolah. Sampai di sekolah, semak nama di papan ni untuk tahu kena beratur di kelas mana. Lepas tu terus ke kaunter kelas yang dah dikhaskan dan ambil fail yang ada segala maknenek brang untuk diisi dan bayar RM11 untuk tanda nama.
Nama Syameel di Kelas 1
Masuk dalam kumpulan Kelas 1.
Ibu bapa dengar taklimat di sini dan anak-anak di urus sepenuhnya oleh pihak sekolah ke kelas dan sesi pengenalan. Tapi ada juga ibu bapa yang turut ke kelas. Cikgu ada tegur juga semasa ucapan untuk biar anak-anak berdikari dan percaya pada pihak sekolah supaya anak-anak boleh fokus kepada guru di hadapan daripada melambai ibu bapa di tepi tingkap. Tapi, keterujaan ibu bapa tu lah kot...hehehehe
Suami, sila isi borang-borang ye...
Pengagihan beg sekolah sumbangan Parlimen Putrajaya.
1 Malaysia!!!
Terima kasih kawan-kawan ofis yang sudi menjemput ubby di service centre dan bawakan ke sini untuk solat Jumaat dan jumpa isteri dia ni sementara menunggu kereta dibaiki. Sementara ubby solat, kami sempat makan-makan sama-sama.
Seharian Syameel berbaju sekolah
p/s: poket rabak....beg sekolah delayed ye anak-anak. Lagipun ada lagi seminggu sebelum sekolah kan....
Friday, December 19, 2014
Selamat hari Ulangtahun Ayahanda!!
Assalamualaikum!
Dah hujung tahun 2014, dah boleh mula fikirkan apa azam yang nak dicapai tahun 2015 nanti.
p/s: Hadiah untuk ayah tahun ni, bekalan Advanced Joint Health Tablet dan Ostematrik sehingga pulih sakit kaki ayah.
Dah hujung tahun 2014, dah boleh mula fikirkan apa azam yang nak dicapai tahun 2015 nanti.
Tenang, jangan tak tenang!
Sekarang suka benar nak main tembak-tembak.... tengokla mata dia tu!
Alhamdulilllah, 15 Disember 2014 genap usia ayahanda 63 tahun. Ayah kata doakan semoga dia sihat dan berupaya nak lakukan amal ibadat selagi boleh sebagai bekalan nanti.
Tak cukup korum : Abang dan isteri, ubby, Syameel
Beria Syazwan tunggu kek atuk. =)
p/s: Hadiah untuk ayah tahun ni, bekalan Advanced Joint Health Tablet dan Ostematrik sehingga pulih sakit kaki ayah.
Subscribe to:
Posts (Atom)

