Tuesday, February 17, 2015

Weekend again...

Sabtu lepas, pagi masuk melapor sekejap ke ofis. Siapkan kerja sehingga tengah hari. Dalam jam 2.30petang ubby dan anak-anak datang dan kami terus ke Shah Alam. Perancangan minggu ni, layan bola di stadium. PDRM vs JDT.

Sampai stadium, beli tiket dan terus ke Giant Shah Alam. Makan tengahhari dan jalan-jalan cuci mata. Terus ke Seksyen 7. Terjumpa lah kawasan yang dinamakan Laman Seni 7 ni. 




























Seronok sangat masing-masing posing termasuk si kecik. Selepas solat Asar dalam jam 6 lebih petang, kami terus ke stadium. Solat Maghrib di surau stadium. Surau perempuan selesa, sejuk. Surau lelaki je sesak sikit dan agak panas.











Keluar stadium dekat jam 11 lebih malam. Terus ke KL cari makanan sambil pusing-pusing jalan TAR tengok 'aweks'. Singgah di Kg.Baru, minum air buah gelas besar baru balik ke rumah. Esoknya masing-masing pengsan sampai jam 11pg!!!




p/s: Perancangan untuk penuhkan aktiviti hujung minggu bersama anak-anak setiap minggu tahun ni dan tahun-tahun seterusnya, In Sha Allah....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...