Monday, February 02, 2015

2015



Aktiviti yang baru bagi tahun 2015, masak sendiri bekal untuk anak dan suami. 
Saya selalu kemaskini di instagram dan fB, jadi saya kongsikan di sini. Setakat ni saya akan bangun jam 5.00 pagi untuk masak dan siapkan semua. Jam 6 pagi mesti dah siap basuh periuk kuali dan lap dapur.

Minggu lepas je rasa pening-pening sebab nak biasakan diri bangun awal. Tapi minggu ni Alhamdulillah nampaknya, senang je bangun dan tak lah kelam kabut sangat. Rasa seronok sangat sebab suami pun dapat makan apa yang saya masak.




Semoga saya terus istiqomah dalam perkara ini.Seronoknya masak-masak di pagi hari. Bila petang tunggu anak feedback. Ada sekali tu balik je terus kata " Sedapnya mee goreng ibu... kalah satu dunia!" Over tak anak bertuah ni! Ibu dia terus kembang je dengar....=)





Ni lah rupa depan pintu pagi-pagi sebelum pergi kerja. Semua beg dan barang-barang nak masukkan dalam kereta dah siap beratur. Syukur parking depan rumah je. Kalau pindah naik apartment ni acaner?? Nasiblah,  masing-masing bawa barang sendiri lah jawabnya. =)






p/s: Last week ice skating, this week badminton, next week?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...