Setiap kali nak tulis dalam blog mesti hilang idea. Bila tak buka depan mata, macam-macam dah karang dalam kepala. Ni dah depan PC, semua jadi blurrr....mungkin banyak sangat perkara nak cerita.
Baiklah, kita cerita ikut urutan lah macam ni...
SOFEA NAFEESA
Keputusan peperiksaan sekolah kebangsaan Sofea Nafeesa dah keluar. Alhamdulillah, semua ok kecuali Matematik dan Dunia Seni Visual dapat B. Bila dapat kertas peperiksaan tengok dia banyak salah di tempat menyelesaikan masalah. Soalan yang guna ayat tu.Dah nampak di mana kelemahan dia. markah kat soalan macam tu je dah 5 markah, campur sub soalan lagi...dah dekat 15 markah kat situ. Sayang betul.
Tahun depan akan tukar sekolah, sebab nak samakan dengan Syameel. Dah tiup2kan semangat azam baru di sekolah baru tahun depan. Saya pun berazam nak masakkan bekal untuk sarapan dan makan tengah hari di sekolah nanti. Berbaloi nak masak sebab untuk 2 orang, saya dengan ubby pun boleh lah tumpang sekali.
Sekarang ni tengah tunggu keputusan sekolah agama KAFA, setakat beberapa kertas peperiksaan yang dah dapat semula Alhamdulillah, markah semua bagus-bagus.
SYAMEEL NUQMAN
Minggu depan giliran Syameel pula menghadapi peperiksaan di Smart Reader Kids. Minggu ni dah mula minggu ulangkaji. Saya tengok anak yang sorang ni tak kisah je, dalam pada tu dia ni seorang yang sangat prihatin. Contohnya kalau adik dia main mainan yang ada bucu tajam sikit, mesti dia dah bagitahu pada saya, "Ibu, jangan bagi adik main tu, bahaya..."
Anak yang nak hadapi peperiksaan, saya yang rasa bimbang. Haisshhhh..... Nanti nak tengok kemajuan jumpa cikgu lagi satu hal seram sejuknya.
Anak lelaki ni lain macam sikit, mungkin sebab sepanjang menjaga Sofea, tak banyak karenah pelik-pelik yang dia buat. Jadi sekarang ni kena ready mental dan fizikal je nak menangani perangai-perangai pelik yang terlebih aktif dan pintar tu. Bersangka baik pada anak-anak.
SEMALAM
Dapat berita gembira, kawan di pejabat yang kehilangan suami....pernah saya ceritakan
di sini, telah selamat melahirkan anak kembar. Dua-dua lelaki, semangat pulak tu. Sorang 2.7 kg, sorang lagi 3.2kg. Mak dia punyalah comel kecik je. Kawan ni sebelum bersalin, selain kehilangan suami, juga kehilangan ayah kerana sakit buah pinggang dan kencing manis. Allah Maha Adil dan Penyayang, kehilangan tersebut digantikan pula dengan 2 orang anak lelaki. Semoga anak-anak ini menjadi anak yang soleh sebagai penguat semangat ibu dan kakak-kakaknya...Amin....
KEHIDUPAN
Hidup ini ibarat roda kadang-kadang di atas, kadang-kadang di bawah, lagi kita inginkan kebaikan, lagi kita akan diberi ujian. Ujian yang membuatkan kita lebih bersabar, redha dan menerima qada' dan qadar dari-Nya.
Kadang-kadang rasa macam nak duk diam-diam di rumah, matikan telefon dan putuskan hubungan dengan dunia luar.
Kadang-kadang rasa macam nak naik kereta dan jalan sahaja tanpa hala tuju.
Kadang-kadang rasa nak tidur sepanjang hari sebab rasa macam tak cukup rehat.
Kadang-kadang rasa macam tak percaya saya sudah berkahwin, menjadi isteri dan ibu kepada 3 orang anak.
Kadang-kadang nak rasa nak kata LANTAKLAh KORANG, buatpe nak jaga hati orang tapi hati sendiri merana.
Hidup tak selalunya indah seperti dalam novel ciptaan.
Semoga saya sentiasa menjadi insan solehah yang menyenangkan orang lain, mendidik anak-anak dengan kejayaan dan bahagia hingga ke hujung nyawa.
AMIN....