Friday, April 04, 2014

Langkawi 2014 - Hari terakhir

Sabtu - 29 Mac 2014
Hari terakhir di Pulau Langkawi. Kami berpindah dari rumah 3 bilik ke bilik di sebelah depan kawasan homestay sebab ada kerja-kerja pengubahsuaian rumah dan meratakan tanah. Pemilik homestay nak kami selesa, jadi minta kami ke bilik depan dan benarkan kami checkout bila-bila masa yang kami suka. Memandangkan jadual flight malam. Bukan nak bermalam pun, cuma nak berehat-rehat sementara tunggu waktu balik. Bilik pun sangat selesa.

 2 katil Queen

  Cubaan nak buat peace yo!

 Adik dan abang

Kami bersantai-santai saja di bilik pagi tu. Lepas Zohor baru kami ke kawasan Pantai Chenang, makan-makan dan melepak. Cuaca memang panas.


 
 Mee Udang - RM12 berbaloi...udang segar!

 Atuk belanja cucu pizza besar punya!

 Buah hati pengarang jantung, abang takut adik kena panas terus bagi adik topi. Sayang adik yer...


Jalan-jalan sekitar The Zone dan Underwater World. Tak masuk dalam pun, cuma tengok ikan arapaima je kat depan.

 Kesayangan!


Dalam pukul 6.30 petang, balik semula ke bilik dan ambil barang-barang. Kami terus ke lapangan terbang. Tak jauh pun, cuma 5 minit sahaja dari homestay.Kami makan, solat maghrib dan isyak dan terus menunggu waktu nak naik kapal terbang.




 Sibuk nau budak kecik ni menekan sana-sini. Buka cerita dokumentari semut baru khusyuk.


Oh suami! Sempat melayan filem Hindi kegemaran!



 
Dah sampai KLIA!!! Tunggu beg, ambil teksi dan sampai rumah dalam pukul 12.30 malam. Tambang teksi ngam-ngam RM40.00.



p/s: semoga kami dimurahkan rezeki lagi untuk bawa mak-mak dan ayah-ayah jalan-jalan lagi!



1 comment:

Irfa said...

lama dah x gi lgkawi, wpun lgkawi ni pusing2 tpt sama je, tp suka pegi
makan2, singgah idaman suri beli senduk je pun tetap nak pegi, haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...