Friday, April 04, 2014

Langkawi 2014 - Hari Ketiga

Sambung lagi cerita Langkawi, percutian santai ngan mak dan ayah. Hari ketiga ni kami naik cable car. Risau jugka kalau-kalau kerusi roda mak takleh naik dan mak susah nak naik. Sebelum beli tiket dah tanya dulu, kalau orang kaki tak kuat boleh naik ke? Penjaga kaunter kata boleh, takde masalah sebab boleh perlahankan/berhenti cable car tu. Lega...

Posing dulu sebelum naik

Awal pagi dah sampai, tiket dewasa RM15, kanak-kanak RM10 (kena tunjuk mykad ye)

Entrance bawah


Ni dah sampai tingkat atas, kami tak beratur, cuma ayah, ubby dan anak-anak je gi beratur. nanti nak sampai turn baru kami menyusul.



Excited Atuk!

Mak sebelum naik. Nervous gak, tapi pekerja kat situ sume sporting. Jangan risau yer makcik, saya uruskan!




Akhirnya!!! Kali kedua ni saya, ubby dan Sofea naik.

Mak dan ayah di puncak.



KAMI!

Awat mata kuyu tu? Panaih sangat ka?


Atuk pun tak lepas peluang bergambar buat kenangan.Masa ni saya dengan mak mengeteh kat port sebelah tempat turun cable car tu.

Sibuk betul anak dara ni nak menulis dekat buku SkyCab dia tu


Dalam perjalanan balik dari menaiki cale car, singgah di Petronas. banyak kapal-kapal mewah kat situ. Singgah jap ambil gambar.




Banyak-banyak gambar, saya lupa nak ambil masa membeli belah di Pekan Kuah. Hehehe....

Singgah sekejap di Makam Mahsuri, tapi tak masuk pun. Cuma ambil-ambil gambar je dekat depan.




Balik homestay terus berehat-rehat. Makan malam kami masak lauk simple je. Masak nasi, beli salad dan timun, masak sardin hiris cili,bawang, halia dengan kicap.


=D

2 comments:

Irfa said...

dh lama teringin nak bawak mak ayah cuti2 lgkawi,, tp ada je halangan
harap tercapai satu hari nnt
mak dan awak sama2 lawa

Raja chidambaram said...

snapchat for pc
mobogenie for pc
mobogenie pc
snapchat pc
uc browser for pc
xender for pc

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...