Tuesday, April 01, 2014

Langkawi 2014 - Hari Pertama


Alhamdulillah, ada rezeki nak bawa mak ayah jalan-jalan tahun ni. Hajat hati nak bawa mak dan abah mertua sekali, tapi tak kesampaian sebab abah sibuk. Mak ayah saya belum pernah ke Pulau Langkawi. Kami pernah pergi tapi lama dulu... masa Sofea umur 2 tahun macam tu.

Kami pergi hari Rabu (26 Mac 2014) dan balik hari Sabtu (29 Mac 2014). Perjalanan santai, tak terkejar-kejar sebab memang aimed beberapa tempat utama sahaja. Kami ambil penerbangan tengah hari Rabu, jadi tak terkejar-kejar sangat. Lagipun lama tak naik kapal terbang kan....

 Seronok Sofea, lagi pulak atuk dan nenek ada.
 
 Check-in, beli tiket bulan Januari haritu.

 Sebelum naik kapal terbang, kasi urut dulu.

 Sebab mak kaki tak kuat, kami bawa juga kerusi roda dia. Maka dapat lah naik awal.

Sebaris anak-beranak.


 


 Budak kecik ni membuta mata pulak masa perjalanan pergi. Elok je naik dan duduk, dia pun zzzzzz...




 Aktiviti wajib turun kapal terbang...hehehe...

 Tunggu barang. pergi 2 beg, balik...berbeg-beg.


Homestay - Kami menginap di D'padi Homestay. Saya syorkan siapa-siapa yang nak ke Langkawi untuk menginap di sini. Sangat selesa. Rumah bersih. Kami menyewa rumah 3 bilik dengan kereta sekali.

 
 Tempat tinggal kami, tapi masa kami datang, depan rumah ada sedikit kerja-kerja penambahan jadi saya tak ambil gambar.

 Pandangan dari halaman depan. Rumah yang kami duduk di hujung, jangan risau, kereta boleh sampai depan rumah.

 
Masuk kawasan homestay akan nampak rumah hijau tu dulu.



Hari terakhir En.Azizi (pemilik homestay) menawarkan kami menginap di bilik depan sebab ada kerja-kerja meratakan tanah di hadapan rumah yang kami sewa. Kebetulan memang ada kekosongan, jadi dapatlah kami duduk sampai petang sebelum naik penerbangan malam.

Lokasi sangat strategik di Ulu Melaka, dekat dengan lapangan terbang dan tengah-tengah antara Pekan Kuah dan Chenang.



Sambung cerita hari pertama, lepas dah tahu rumah dan letak barang, kami jalan-jalan sekitar pantai Chenang.






 Malam pula, ke pekan Kuah cuci mata saja. Mungkin kami tak pandai cari kedai makan sebab makan malam di kedai tak berapa sedap.




Selesai hari pertama, hari kedua pula.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...