Monday, January 27, 2014

MARAH??


Petikan dari : Laman ini
Bagaimana hendak mengawal dan mengatasi sikap panas baran yang ada dalam diri saya?

Ketika saya berdepan dengan sesuatu hal, saya mampu bersabar pada mulanya, tetapi akhirnya saya tewas juga.

Kesabaran saya hanya dapat bertahan sekejap sahaja sungguhpun saya ada juga beristigfar.
Sesungguhnya kemarahan akan  mengumpulkan segala keburukan.
Reaksi seorang yang sedang marah dapat dilihat pada wajah dan anggota badannya seperti muka menjadi merah, urat – urat leher menegang, tubuh seakan – akan mengigil kerana geram, suara menjadi nyaring manakala lidah mula mengeluarkan perkataan yang buruk samada mengutuk atau mengeji.
Selain itu, akibat daripada emosi marah tanpa kawalan, seseorang itu boleh bertindak memukul, menumbuk atau membunuh.
Mendorong kepada perbuatan yang menyakitkan orang lain dan akhirnya mewujudkan permusuhan serta kebencian.

Emosi Marah

Walaupun emosi marah adalah sifat semula jadi kita, namun seorang muslim hendaklah berusaha untuk menjauhkan diri daripada segala perkara yang boleh menyebabkan kemarahan.
Saya ingin mencadangkan supaya kita mengamalkan tiga langkah kebijaksanaan atau tiga kaedah mengawal emosi marah supaya stabil.
Kemarahan selalunya berpunca daripada kegagalan kita mengawal emosi, emosi marah.
Pelbagai dugaan hidup akan melahirkan pelbagai emosi dalam diri kita yang kadang – kadang membuatkan emosi tidak menentu.

Mengawal emosi marah : Banyakkan Minum Air Kosong

Tiga langkah bertenang yang pertama adalah; banyakkan minum air kosong. Jika pakar kesihatan menyarankan kita supaya minum air lapan gelas sehari, seboleh mungkin capailah angka ini.
Mengapa?
Kerana air memang akan menenangkan dan menyejukkan. Syaitan dijadikan daripada api, maka siramlah api yang berada dalam badan dengan air.
Jangan lupa baca Bismillahirrahmanirrahim setiap kali hendak minum air
Selain itu, jika dapat berwudhuk adalah lebih baik.
Mohon kepada Allah agar api kemarahan yang sedang menyala di dalam diri menjadi kecil dan akhirnya terpadam. Biar terhapus emosi marah tersebut.

Mengawal emosi marah : Memakai Pewangi Setiap Masa

Kedua, amalkan memakai pewangi setiap masa.
Wangikan tubuh dan kawasan persekitaran. Kewangian akan membawa emosi marah kembali stabil manakala bau yang busuk pula boleh menyebabkan kita cepat marah.
Tanpa sebarangan wangian memanglah tiada apa – apa, tetapi jika wangi dapat merangsang diri untuk lebih tenang dan bijaksana

Mengawal Emosi Marah : Amalkan Teknik “Pause”

Konsep pause adalah cara yang baik bagi mengurus kemarahan. Konsep ini mendekatkan kita kepada tindakan secara rasional. Menjadi penyabar semasa marah adalah jalan terbaik. Tetapi kadangkala kita lupa sebenarnya bergerak ke satu kesabaran itu memerlukan kita pantas merasionalkan diri kita. Oleh itu, konsep “pause” boleh digunakan bagi membantu diri menjadi rasional semasa marah.

Aplikasi konsep pause mudah sahaja. Kita hanya perlu melakukan dua perkara iaitu:
1) Diam
2) Berfikir
Semasa kita dimarahi juga, kita perlu melakukan dua perkara diatas.

Langkah yang pertama, kita perlu diam. Kuasa diam begitu besar kerana secara tidak langsung ia mampu menerbitkan kesabaran akibat dari permulaan kita melakukan tindakan kedua iaitu berfikir.

Langkah kedua yang perlu dilakukan untuk mengawal marah ialah berhenti sejenak dan berfikir.
1. Mengapa aku perlu marah?
2. Apakah kesan kemarahan aku nanti?
3. Bagaimana pandangan Allah kepada aku?
Sekiranya persoalan – persoalan ini diteliti, ia mampu mengembalikan kita kepada realiti keadaan sebenar. Kita kembalikan diri kita kepada beberapa aspek rasional diri dan kesannya kita akan tersedar dari minda separa sedar semasa marah. Lalu akan terbit rasa timbang rasa kepada pihak yang menerbitkan rasa marah kita itu.

Sir Walter Scot, seorang pengarang Scotland mengatakan bahawa “Timbang rasa adalah laksana lantai perak atau benang sutera yang mempertalikan hati dengan hati, akal dengan akal dan tubuh dengan jiwa.
Oleh itu, konsep pause ini sedikit sebanyak mampu menerbitkan rasa sabar sebagai salah satu jalan mengurus perasaan marah yang meluap – luap itu. 

***


Semoga Allah menjadikan kita insan yang sangat tenang dan damai sepanjang usia yang masih berbaki. Tingkatkan amal ibadat dan basahkan bibir dengan zikrullah agar hati kita menjadi lebih lembut lagi tenang.
La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
.
Sumber Rujukan:
  • Kompilasi Jiwa Muslim, Dr Tuah Iskandar
  • Give & Take, Nurulain Ahmad

Thursday, January 23, 2014

Jatuh hati??

Entah kenapa semenjak dua ni, sudah jatuh hati pada benda ni. Selalu bila membeli-belah tak hairan pun kat benda ni. Tapi sekarang, mesti nak beli. 

Selain antioksidan, ia juga mempunyai serat yang tinggi. Tapi ingat ya, bukan sekali makan habis sebekas. Makan biarlah bersederhana....=)

Jom makan secara sihat!!!




Makanan tambahan pun makan juga, tapi makanan sebenar jangan pula tak makan ya.Gaya pemakanan kita, gaya hidup kita sebenarnya banyak menyumbang kepada mengapa kita perlukan vitamin. Misalnya dalam makanan yang dibeli terutama makanan segera dan makanan rapu mengandungi kandungan garam yang tinggi. Apabila mengambil kandungan garam tinggi, badan kita secara semulajadi memerlukan air. Pengambilan air yang banyak (tanpa mengambil vitamin) akan membuang Potassium dari badan kita. Kekurangan Potassium akan menyebabkan kita mudah tertekan, penat-penat dan lemah badan.
 
 





Nak sihat dengan produk SHAKLEE??

Email :navygal842004@yahoo.com
Sms/whatsapp : 019-2469010.
ID shaklee: 968170

Penghantaran ke seluruh Malaysia

COD/Self Pick-up untuk anda yang berhampiran KLCC, Seri Kembangan, Balakong, Bandar Baru Bangi, Sungai Merab, Bandar Baru Salak Tinggi, Kota Warisan, Jenderam, Dengkil, Putrajaya,KLIA, Nilai dan Sepang

**Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.


Monday, January 20, 2014

2014

Puh kanan,
Puh kiri...

Habuk sawang...tak menyempat nak bagi momentum berterusan mengemaskini blog.... Dari anak satu sampai anak 3 dah....

Banyak perkara nak berkongsi, tapi bila nak mengarang, terus idea ke laut. Tu yang terus jadi bahan bacaan tak berapa nak ilmiah kan.

Tahun 2013 telah berlalu dengan pantas sekali. Maklumlah bila ada anak kecil, memang rasa cepat je masa berlalu. Kesibukan mengurus anak-anak memang menjadi sesuatu yang mencabar bagi ibu-ibu yang berkerja.

Diantara aktiviti-aktiviti penghujung tahun 2013 yang kami buat :

Berkelah di tanjung Puteri, Melaka.

 Cucu kesayangan Atuk, memang manja giler dengan atuk. Kalau dengan atuk, orang lain tak pandang dah..

 Sofea dan Syameel lepas gian main pasir








 Dah mandi, tak mahu naik ke darat. Umpan dengan aiskrim,







Dan sambutan tahun baru 2014 semua berkumpul di rumah saya. Family sebelah saya.

Aktiviti steamboat dan panggang ayam/daging

 

Gambar orang takde sebab masing-masing sibuk memasak. =)



p/s: 2014 tambah cucu lagi , adik bongsu saya bersalin bulan Februari..Semoga dipermudahkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...