Monday, April 04, 2011

TASKA oh TASKA

Sofea mula ke taska sejak umur setahun. Taska pertama adalah Taska Haifa Nasuha (2007) di Taman Desa Saujana di Sungai Merab. Bertahan selama lebih kurang setahun kerana kami berpindah ke rumah kuaters di Presint 14 dan sejak itu, Sofea di tempatkan di Taska Si Comel, MOA(2009). Tak lama di taska tersebut kerana ada yang tak berkenan di mata saya dan Sofea di hantar ke Taska di bangunan KBS.(2009) Taska di sini sangat bagus dengan tempat yang selesa dan aktiviti yang padat. Syameel juga ditempatkan di taska ini selepas tempoh saya berpantang. Pada masa ini kami sudah mula tinggal di BBST, rumah sekarang.

Murah rezeki saya, dinaikkan pangkat pada 2010 dan terpaksa pulang ke HQ. Dan pada masa itu taska di KBS mengalami masalah di antara pengurus dan pekerja sehinggakan pernah ada mogok oleh pekerja-pekerja. Mereka sepakat tidak datang kerja dan anak-anak dibiarkan tanpa guru taska. Nasib ada ibu bapa kanak-kanak lain yang ada no saya. Masa tu saya dah bertugas di tempat baru di Wisma Minlon.

Oleh kerana masalah tersebut, maka saya mencari taska yang berdekatan dengan perjalanan saya ke ofis. Dan bermulalah episod di taska baru. Taska ke 4 bagi Sofea dan ke 2 bagi Syameel. Di sini anak-anak saya dijaga dengan baik. Jika ada yang saya tak berkenan sya berterus terang dengan pengurus taska dan sentiasa mempunyai komunikasi dengan guru yang menjaga anak-anak saya.

Hari ini, guru yang saya senangi mengurus dan menjaga anak saya berhenti kerja secara tiba-tiba. Saya minta penjelasan daripada pengurus taska dan jawabnya dia buat yang terbaik untuk taska jagaannya. Saya tak puas hati tanya pula pada guru berkenaan. Dan jawapannya; pengurus taska sudah tidak mempercayainya lagi. 

Saya dah dengar jawapan dari kedua-dua belah pihak. Dan hati saya sekali lagi tidak senang. Sebelum ni jika ada yang saya tidak berkenan saya telan saja kerana guru yang berhenti ini amat peka dengan penjagaan anak-anak saya. 

Tapi bila jadi macam ni, perasaan saya jadi tak selesa dan saya amat cenderung untuk mencari tempat lain. Dan saya menemui tempat ini. Walaupun sudah pasti akan membayar lebih, tapi nampaknya macam taska ini luas dan bersih. Apapun, saya akak ke sana dulu buat site visit barulah keputusan akan dibuat.

Saya yakin semua ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak-anak walaupun perlu membayar lebih. Wang boleh dicari tapi keselesaan dan keselamatan anak-anak paling penting.




2 comments:

oren said...

betui, keselamatan anak2 lebih penting..

walopun dh pindah tmpt lain, akak still hantar anak ke nuseri lama, yg dekat umah kampung tuh..sbb anak2 dh biasa kat situ, pengasuh2nya semua ok..

pshal, kat umah skrg nih, ada 2 nurseri..dlm tmn jugak, tapi malas nk test-try..hahaha...

shema said...

fuhhh..kesian kan jadi sofea..tp nk wat camane..kalo saya pn mmg akan wa camtu..mesti nk yg da BEST utk anak2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...