Tarikh: 8 April 2011(Jumaat)
Kategori: Hadith
Tajuk: Panduan Bagi Orang Yang Diuji
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Selamat pagi………………….. senyum selalu………
Semoga Allah mempermudahkan perjalanan hamba-hambanya ini di dalam pencarian
rezeki dengan keredhaaNya jua..........Amin
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Tidak ada keberanian yang paling disukai oleh Allah S.W.T selain
dari keberanian hamba menahan kemarahan. Tidaklah seorang hamba itu menahan
kemarahannya melainkan Allah S.W.T. akan mengisi dadanya dengan keimanan.”
Riwayat Ibn Abi Dunya
Intisari:
i) Menahan perasaan marah, memaafkan kesalahan orang lain dan berlaku ihsan
adalah antara sifat yang mesti dipupuk dalam diri setiap manusia kerana ia
boleh menambahkan keimanan.
ii) Marah umumnya menunjukkan sifat seorang yang lemah kerana gagal
mengawal emosinya sendiri. Ia merupakan tabiat yang sukar dihapuskan.
Apabila marah, kedua mata menjadi merah, urat leher pula kelihatan timbul.
Oleh itu Rasulullah s.a.w mengatakan bahawa kemarahan itu adalah bara api di
dalam hati anak Adam dan ia datangnya daripada syaitan yang dijadikan
daripada api di mana api hanya dapat dipadamkan dengan air. Maka Rasulullah
s.a.w menasihatkan apabila marah, hendaklah seseorang itu berwudhuk
(mengambil air sembahyang).
iii) Imam al-Ghazali pula berkata:” Kemarahan manusia itu
bermacam-macam-macam. Setengahnya cepat marah tetapi cepat tenang.
Setengahnya pula lambat marah dan lambat pula tenang dan setengah yang lain
pula, lambat marah tetapi cepat tenang. Maka yang ketiga inilah yang paling
terpuji.”
iv) Tidak semua kemarahan itu dilarang oleh Islam. Marah perlu ada
terhadap perkara yang tidak disukai yang menyalahi kebenaran sebagaimana
yang diajarkan oleh agama atau perkara yang terang-terang dilarang agama di
mana kita dilarang mendiamkan diri jika kehormatan peribadi dan agama
dihinakan.
Glosari
i. Marah: Ghadabun (Bahasa Arab)
ii. Marah: Angry (Bahasa Inggeris)
p/s : Kita semua suka melampiaskan kemarahan. Jadi marilah kita sama-sama mengawal emosi kita supaya iman kita terjaga.
1 comment:
akak pun suka marah-marah lately ni :) hehehehe
hormon bertukar kot atau akak yang tak control marah
so marilah kita sama-sama muhasabah diri
Post a Comment