Tuesday, November 30, 2010

Apa lagi yang saya nak?


Jumaat yang lepas, habis kerja terus ke JJ Balakong. Ubby dah amik tiket tengok Harry Potter jam 8.40 mlm. Takde masa lain dah. Nak harap hari keje mesti nanti lewat balik umah dan liat bangun pagi nak gi keje. Jadi Jumaat malam adalah paling sesuai sebab esoknya tak kerja. Habis jam 11.10 malam macam tuh, terus Sofea kata bilanak tengok citer Rapunzel? Alang-alang dah ada kat panggung, terus check tiket dan nasib baik masih ada seat kosong walaupun dah agak depan jugak. Ubby kata tengok jek lah dah alang-alang.

Ambik kau satu malam tengok wayang anak-beranak dekat RM100. Kitorang keluar panggung jam 1.15pagi dan sampai rumah dekat jam 2pagi. Gasak! Lepas solat Isyak, saya dah tak larat terus baring kat sejdah dengan telekung tak buka lagi. Konon-konon sekejap jek, sedar-sedar dah azan subuh. Terus bangun amik wuduk dan solat Subuh pastu kedebum sampai kul 10.30 pagi. Sofea n Syameel toksah cakap lah, memang tak menguit langsung tdo sampai siang.

Basuh baju sambil mengemas apa yang patut. Sambil tunggu PIL sampai. Diorang nak ke MAHA esok. Dalam pukul 8  lebih malam jugak diorang sampai, terus keluar makan kat Restoran kegemaran abah - Restoran SUNITA tu....balk jek semua pakat tdo awal sebab esok kena bangun pagi-pagi!


Kami bertolak dari rumah dalam pukul 8 pagi. Sarapan di Lot10, Kg. Abu Bakar Baginda, terus ke MAHA. Silap kali ni ikut pintu 2. Sepatutnya masuk ikut pintu 1 dekat dengan dewan.

Walaupun awal, dalam 9 pagi kereta dah berdedai nak masuk parking. Kami melawat-lawat area ternakan, bintang kesayangan pastu baru naik trem ke laman Nanas.

Dari Laman Nanas terus ke tempat perikanan dan rumah-rumah negeri. Lepas tu baru naik trem lagi ke Dewan Besar. Masa tu dah pukul 12 lebih.

Dari satu dewan ke satu dewan, dalam kul 3 lebih kitorang beratur pulak tunggu bas nak ke pintu 2. Panjang gile beratur siap hujan lagi. Nasib lah anak-anak tak demam.

Dengan barang yang dibeli, stroller, dukung Syameel lagi.....penat sangat! Memang lah dinasihatkan kalau bawak anak-anak, better parking kat pintu 1 sebab sudah pasti tak keluar tangan kosong dari dewan-dewan tuh.

Dah ramai-ramai orang tuh, kami tak dapat pergi ke laman sayuran. Pengangkutan kali ni nampak macam kelam kabut.Apa-apa pun memang seronok ke sana!

Takde gambar kali ni sebab bateri kamera tak charge.....

Ok, habis Bab berpoya-poya!

Sekarang ni saya rasa seolah-olah motivasi untuk bekerja amatlah merudum sekali. Setiap kali bangun dari tidur saya rasa sangat MALAS untuk bersiap-siap ke tempat kerja. Seolah-olah ada sesuatu yang mendongkol di dalam hati saya. Macam mana lah saya nak hilangkan rasa itu?

Sebenarnya saya sangat bengang membuat kerja yang tidak ada sebarang penetapan atau kata putus dari orang atasan. Saya tahu saya perlu menyumbang juga, tapi kalau dah dapat gaji beribu-ribu tapi tak mahu buat keputusan bak meh tukar portfolio dengan saya si pecacai hina ini. Nak tentukan nak guna variable apa pun tak berani, baik lah saya ni yang hidung tak mancung pipi tersorong-sorong menegakkan benang yang saya pun tak pasti basah ke lencun ke kering ke!

Yang sorang nih tak suka kena point, yang sorang lagi asyik nak selamatkan diri, jadi saya ni yang tersepit di tengah-tengah! Nak mengadap pegawai untuk mintak data, belum lagi disoal macam-macam. Cik kak atas saya nih pulak blur tak sudah-sudah dan asyiklah mengharapkan saya dan 2 org lagi pegawai seksyen saya untuk memberi input.

Saya takut nanti bila saya pendamkan perasaan seperti ini lama-lama saya terus give up dan jadi macam penukul dan paku sahaja. Maka sayalah paku itu yang mengharapkan ketukan dari Cik Kak Blur itu!

Sebab sekarang pun saya kalau menghadap Cik Kak tuh, saya dah gatal jek bontot nak bangun. Dah tak betah nak duk lelama menghadap muka dia. Semua nak guna pendapat kita. Baik saya jadi bos dia jek!

Dan disebabkan masalah 'kecil' di ofis, saya mula mengalirkan kemarahan saya pada orang lain. Ubby tak balas sms bengang, Sofea banyak tanya pun bengang, Syameel  nak manja-manja pun bengang! Mula lah high pitch je bila kat rumah.

Sorry banyak-banyak dan saya akan ubah perangai ni. Tak mahu bawak balik masalah kerja ke rumah. Kesian suami dan anak-anak saya.

1 comment:

Ummi said...

akak akan tinggalkan segala masalah di pintu opis, masuk semula baru akak ambik balik, kalau tak kesian kat family :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...