Tuesday, November 30, 2010

Apa lagi yang saya nak?


Jumaat yang lepas, habis kerja terus ke JJ Balakong. Ubby dah amik tiket tengok Harry Potter jam 8.40 mlm. Takde masa lain dah. Nak harap hari keje mesti nanti lewat balik umah dan liat bangun pagi nak gi keje. Jadi Jumaat malam adalah paling sesuai sebab esoknya tak kerja. Habis jam 11.10 malam macam tuh, terus Sofea kata bilanak tengok citer Rapunzel? Alang-alang dah ada kat panggung, terus check tiket dan nasib baik masih ada seat kosong walaupun dah agak depan jugak. Ubby kata tengok jek lah dah alang-alang.

Ambik kau satu malam tengok wayang anak-beranak dekat RM100. Kitorang keluar panggung jam 1.15pagi dan sampai rumah dekat jam 2pagi. Gasak! Lepas solat Isyak, saya dah tak larat terus baring kat sejdah dengan telekung tak buka lagi. Konon-konon sekejap jek, sedar-sedar dah azan subuh. Terus bangun amik wuduk dan solat Subuh pastu kedebum sampai kul 10.30 pagi. Sofea n Syameel toksah cakap lah, memang tak menguit langsung tdo sampai siang.

Basuh baju sambil mengemas apa yang patut. Sambil tunggu PIL sampai. Diorang nak ke MAHA esok. Dalam pukul 8  lebih malam jugak diorang sampai, terus keluar makan kat Restoran kegemaran abah - Restoran SUNITA tu....balk jek semua pakat tdo awal sebab esok kena bangun pagi-pagi!


Kami bertolak dari rumah dalam pukul 8 pagi. Sarapan di Lot10, Kg. Abu Bakar Baginda, terus ke MAHA. Silap kali ni ikut pintu 2. Sepatutnya masuk ikut pintu 1 dekat dengan dewan.

Walaupun awal, dalam 9 pagi kereta dah berdedai nak masuk parking. Kami melawat-lawat area ternakan, bintang kesayangan pastu baru naik trem ke laman Nanas.

Dari Laman Nanas terus ke tempat perikanan dan rumah-rumah negeri. Lepas tu baru naik trem lagi ke Dewan Besar. Masa tu dah pukul 12 lebih.

Dari satu dewan ke satu dewan, dalam kul 3 lebih kitorang beratur pulak tunggu bas nak ke pintu 2. Panjang gile beratur siap hujan lagi. Nasib lah anak-anak tak demam.

Dengan barang yang dibeli, stroller, dukung Syameel lagi.....penat sangat! Memang lah dinasihatkan kalau bawak anak-anak, better parking kat pintu 1 sebab sudah pasti tak keluar tangan kosong dari dewan-dewan tuh.

Dah ramai-ramai orang tuh, kami tak dapat pergi ke laman sayuran. Pengangkutan kali ni nampak macam kelam kabut.Apa-apa pun memang seronok ke sana!

Takde gambar kali ni sebab bateri kamera tak charge.....

Ok, habis Bab berpoya-poya!

Sekarang ni saya rasa seolah-olah motivasi untuk bekerja amatlah merudum sekali. Setiap kali bangun dari tidur saya rasa sangat MALAS untuk bersiap-siap ke tempat kerja. Seolah-olah ada sesuatu yang mendongkol di dalam hati saya. Macam mana lah saya nak hilangkan rasa itu?

Sebenarnya saya sangat bengang membuat kerja yang tidak ada sebarang penetapan atau kata putus dari orang atasan. Saya tahu saya perlu menyumbang juga, tapi kalau dah dapat gaji beribu-ribu tapi tak mahu buat keputusan bak meh tukar portfolio dengan saya si pecacai hina ini. Nak tentukan nak guna variable apa pun tak berani, baik lah saya ni yang hidung tak mancung pipi tersorong-sorong menegakkan benang yang saya pun tak pasti basah ke lencun ke kering ke!

Yang sorang nih tak suka kena point, yang sorang lagi asyik nak selamatkan diri, jadi saya ni yang tersepit di tengah-tengah! Nak mengadap pegawai untuk mintak data, belum lagi disoal macam-macam. Cik kak atas saya nih pulak blur tak sudah-sudah dan asyiklah mengharapkan saya dan 2 org lagi pegawai seksyen saya untuk memberi input.

Saya takut nanti bila saya pendamkan perasaan seperti ini lama-lama saya terus give up dan jadi macam penukul dan paku sahaja. Maka sayalah paku itu yang mengharapkan ketukan dari Cik Kak Blur itu!

Sebab sekarang pun saya kalau menghadap Cik Kak tuh, saya dah gatal jek bontot nak bangun. Dah tak betah nak duk lelama menghadap muka dia. Semua nak guna pendapat kita. Baik saya jadi bos dia jek!

Dan disebabkan masalah 'kecil' di ofis, saya mula mengalirkan kemarahan saya pada orang lain. Ubby tak balas sms bengang, Sofea banyak tanya pun bengang, Syameel  nak manja-manja pun bengang! Mula lah high pitch je bila kat rumah.

Sorry banyak-banyak dan saya akan ubah perangai ni. Tak mahu bawak balik masalah kerja ke rumah. Kesian suami dan anak-anak saya.

Wednesday, November 24, 2010

Syameel comel!


Sejuk perut ibu!

Cuti-cuti AidilAdha

Alhamdulillah, cuti Aidiladha yang lepas walaupun tak dapat pulang ke kampung, tapi di isi jugak bersama keluarga sebelah ubby. PIL dan SIL pakat turun rumah saya. Apa lagi, macam2 acara lah.

Antaranya aktiviti masak-memasak, sambut besday abah yang dah lepas,mak yang baru lepas dan Hana yang akan datang. Last berkumpul sekali last year buat sambutan besday kitorang, so now sambut besday mak abah pulak. Kakak siap-siap bawak cupcakes yang ditempah dari Juru, saya pulak buatkan puding caramel untuk diorang. Tapikan yang perabihnya adik ipar saya yang bongsu tuh. Saya buat dua loyang, dia tinggalkan 2 slices jek untuk mak mertua saya. Sudahnya saya buat lagi 2 loyang hari Jumaat malam tuh. Suka jek nak buat sebab ada orang makan.

Cupcakes sampai nak dekat cair jalan jauh...heheheh

Puding caramel khas utk sambutan besday diorang.


PIL datang siap bawak lauk yang dah masak. Saya ingatkan diorang sampai petang2 lepas asar, jadi lewat2 jek la masak. Rupanya dalam jam 2 ptg dah sampai. Dari dua arah tapi masa yang sama. Macam dah janji-janji je. Saya ni leka lah tengok marathon Harry Potter dengan ubby. heheheheh....

Rabu cuma makan lauk pauk yang mak mertua saya bawak je. Khamis pulak kitorang pagi-pagi lagi dah berjalan ke IKEA...cuci mata konon, terbeli jugak! Lepas IKEA, sambung pula ke OU....Ubby yang kerja pun tak tentu arah dengar kitorg merayap. Balik keje terus joined kitorg di OU. 

Nak dijadikan cerita, balik dalam kul 7 lebih macam tuh. Ubby bawak kete abah sebab abah malam mata dia tak awas sangat, jadi saya drive Forte dengan mak mertua n Syameel. SIL pulak another kereta. Dari OU ubby nak ikut jalan masuk hway kat Kota Damansara, so boleh straight ke exit KLIA sebab taknak sangkut jammed kalau ikut Puchong. 

Ntah macam mana, nak dijadikan sebab, kan ada laluan terowong depan IKEA tu, saya dah terlanggar lubang yang dalam sebab bunyinya sangatlah kuat, oleh sebab saya jalan dulu, saya tunggu lah ubby yang drive kete abah di SHELL selepas HOUZ tu. Masa tu ok lagi sampai ubby datang, kami konvoi 2 kereta depan belakang. SIL dah terlepas ikut Puchong. Sampai simpang lepas Petronas nak masuk ke kanan untuk masuk hway, saya dah rasa tak sedap dah.....tayar macam berbunyi semacam. Saya hon kuat2 nak bagi ubby dengar dan terus ke tepi jalan. Tapi, ubby tak perasan agaknya, dia jalan jek. Lagipun dah nak belok kanan dah.

Dengan hujan yang renyai-renyai saya turun dari kereta dengan torchlight, suluh-suluh tengok tayar belakang sebelah kiri (yang langgar lubang) dah kempis. Call ubby bagitahu kitorang sangkut sebab tayar pancit n bagitau pasal termasuk lubang tuh. Saya agak rim mesti bengkok sebab tu angin keluar. Ubby patah balik dan terus betulkan tayar. Nasib abah n adik ipar saya yang bongsu ada. Cepatlah sikit proses tukar tayar tuh. Memang sahih rim bengkok.....lepas tukar tayar tu terus balik, tapi masa drive tu macam tak best jek. Rasa bergegar lebih dari biasa.

Esoknya ubby bawak kete gi keje, sempatlah singgah check kat Service Centre, rim depan belah kiri tu pun rupanya ada bengkok sket. Diaorang syorkan buat kat kedai tayar lain yang dah biasa sebab diorang pun akan hantar kat tempat lain jugak. Kopak lah jugak RM 200 ++ membetulkan 2 rim dan buat alignment semula.

Jumaat tak ke mana-mana. Cuma mak-mak budak nih konon-konon nak cari tudung untuk bergambar keluarga petang nanti, tapi Pasar Tani Mega tak buka pulak. Last-last cari kat Mydin Presint Diplomatik. Nasib ada. Gambar keluarga pun sangat meletihkan sebab gaya anak-anak kecik yang macam-macam! heheheh.....Masak nasi lemak, ayam goreng dan petang tu saya panggang ayam dan buat spaghetti sos putih cendawan untuk makan malam.

Sabtu, kitorang ke Zoo Negara. Sangat seronok lagi-lagi tiga orang kanak-kanak kicik nih!

 Gambar diorang jek lah yang banyak...

 Kenapa Syameel suka buat muka macam tuh? Comelkah?
 See...buat lagi! Nenek laju jek jalan...anak menantu yang pancit!



 nak amik gambar yang proper bukan main susah lagi....

  Rombongan En. Jaffar ke Zoo Negara!


 Cucu Atok Jaffar n Nenek Ju yang membingitkan umah. Baru tiga...kalau tambah lagi....katakan dua orang....alamat pitam ler sume....hehehehhe

Walaupun pakai kamera yang bergegar tuh, dapat jugak ler amik gambar. Tapi sampai angin nak bergegar tuh, takde chance lah.....


Aktiviti pagi Ahad sebelum SIL balik Penang.



Gambar atas : Apa ke hey lah korang sembahyang lam kolam nih!
Gambar bawah : Perasan floating lah konon......dak bujang tuh pun kemain lagi!


Kesimpulannya ..............SERONOK sebab ramai orang kay umah!

Wednesday, November 10, 2010

-ve vs +ve

-ve
Rasa benci dan menyampah. Kenapa lah saya selalu ditakdirkan begini di alam pekerjaan. Adakah saya yang tak pandai buat kerja atau ntah ler. Kalau menonjol sangat kang kata tak sedar diri, low profile pulak kata tak pandai buat kerja. Haruskah saya melangkaui intermediate bos saya? Nak senang, tunggu jek apa dia suruh baru buat. Macam penukul ngan paku.....Otak jadi DUNGU rasanya....

+ve
Satu cabaran bagi saya untuk lebih maju. Tebalkan jek muka tanya semua orang. Apa nak malu? Bukan suh buat tarian bogel. Nak cari ilmu jer. Baik bersedia dari kena marah tak tentu hala.Contoh pun dah ada depan mata.

Letih la macam ni....Spoiled mood je....SELALU!!!

Monday, November 08, 2010

Masih cerita gigi bongsu.....

Jumaat pagi berangan nak balik kampung lepas subuh....tapi angan-angan tinggal angan-angan. Jam 10.00 pagi baru terhegeh-hegeh nak gerak dari rumah. Sarapan lagi di Labu, akhirnya lambat jugak sampai ke kampung. Mak dah siap masakkan bubur nasi lagi....bubur ayam....kenyang perut...takut-takut nak makan sebab boleh buka mulut sikit jek. Alamat kurus ler ai pasnih....perasan!

Makan ubat tahan sakit dengan disiplinnya...maklumlah, lum cukup 8 jam dah rasa denyut-denyut. Mana tahan....Yang bestnya sampai ke sudah hari Ahad pun sakit lagi. Apa cer? Abah (FIL) kata dia buat sakitnya sekejap jek. Ni kalau hospital kerajaan macam ni lah...dia dah komplen. Saya defend gak, Abah, ni pakar tau yang buat. Mungkin ada benda lah yang tak kena yang sebab sakit tuh.


Dan pagi ni, lepas punch in di ofis, bergegas ke hospital dihantar oleh suami tersayang. Parking teruk ooo...tak sanggup nak drive. Betulkan MC Khamis lepas yang tersalah tarikh dan mengadu pasal sakit yang tak sudah-sudah. Kena amik nombor jugak. Dekat jam 10pg baru dapat jumpa doktor. Lepas cuci2 yang amat mengilukan lubang gigi yang telah dicabut tu, doktor masukkan ubat yang rasanya agak pahit dan berbau klinik....Sampai sekarang pun masih bau lagi. Tapi Alhamdulillah...sangat berkesan sebab sakitnya sudah kurang dan saya tak payah makan ubat tahan sakit lagi. Buat masa ini lah....Esok tak tau lagi. Saya siap mintak MC lagi, malas nak ke ofis. Nasib doktor bagi....hehehehe....

Ok, esok sepatutnya sudah boleh ke ofis dengan senyuman. No more sakit-sakit lagi........

Thursday, November 04, 2010


Bukan sebtg, tapi 2 btg gigi kena cabut. Atas dan bawah. Walaupun bius, tapi nervous tu tetap ada. Doktor pakar perempuan. Godek2 gigi saya dengan gigih sekali. Mata kena tutup ngan kain, as a busy body xpat ler nengok alat apa doktor guna. Kejap2 tanya dah ke belum. Cuma nampak benang berdarah masa doktor jahit gusi bwh. Dahla mcm ada kes dalaman pejabat. Dr tgh tunggu 'matron'(ntah betul ke dak ejanya) dia balik. Sekarang belum rasa sakit lagi, cuma mcm denyut2 manja je. Next appointment utk buka jahitan pada 12 Nov 2010.

Sekian laporan dari Hospital Putrajaya dilaporkan oleh pesakit yang dicabut 2 btg gigi.

Wednesday, November 03, 2010

Setiap hari ada jek penyakit nak melanda (macam banjir pulak). Semalam tengok karpet kat ruang tamu macam sakit hati, jadi kul 10.30malam saya memvacumkan seluruh kawasan ruang tamu (macam umah besar jek ayat) dan membuang segala isi perut vakum.



Hasilnya dari malam tadi adyik terbersin dan pagi ni hidung, tekak, mata dan kepala sebelah kiri ni rasa semacam jek. Rasa sangat tak larat. Dari duduk ke bangun, mesti kepala dan mata ni sakit....



Ikut hati nak baring jek......dahler buntu kepala otak duk ofis ni. Tak tahu nak ikut arahan siapa. Rasa terumbang ambing.









Esok ada janji temu dengan doktor untuk buang gigi bongsu yang terbaring nih dengan cara pembedahan kecil. Ikut kan hati...memang lah takut...tapi kalau makanan asyik terselit jek, mana tahan. Lama dah sebenarnya nak cabut gigi nih, dari Sofea lum lahir lagi. Tapi, asyik lah tertangguh dari hari ke hari, tahun ke tahun. Sekarang nih, dah taknak tangguh lagi sebab tak larat dah asyik nak korek gigi lepas makan. kalau tak penat lidah ni asyik mencungkil tempat tuh. Takut kang ada jangkitan lain pulak kat geraham sebelah dia.


Harap-harap sume berjalan lancar. nampaknya balik kampung weekend ni tak dapat ler nak makan-makan dengan gembiranya.....

*picture - credit to Mr.Google

Tuesday, November 02, 2010

Mata

Dari pagi kening mata sebelah kanan asyik menggerenyet. Rasa tak selesa sangat. Rutin hari Selasa, kena drive sendiri sebab ubby main badminton petang nanti dengan kawan-kawan dia di Subang. Nasib ada soundtrack MAGIKA dalam kereta jadi anak-anak adalah sangat seronok melayan lagu dan tak buat hal.
Semalam tdo awal tapi mimpi ntah apa-apa telah membuatkan minda saya ni penat. Bangun pagi tadi rasa malas sangat ditambah lagi dengan cuaca sejuk sebab malam tadi hujan. Kejap lagi nak ke klinik gigi bawa Sofea tampal another gigi dia yang berlubang kicik tuh. Kena terpacak awal di depan pintu klinik, jadi mudah lah untuk merempuh masuk dan terus menuju ke tempat ambil nombor. Hehehehe...dahsyat tul....

Monday, November 01, 2010

Lately tersangat malas nak update blog. Keje tak ler banyak mana tapi perasaan jek down sket sebab bos tak kisah pun saya buat keje apa.....Sume kena amik initiative syok sendiri, dan bos atas bos saya pulak suka-suki jek apa-apa direct tanya kat saya. Jadi pakah tugas bos di atas saya? Bengang jugak...rasa macam saya pulak bos dia . Saya dah foward keje-keje saya pada dia, bukan nak semak. Kot lah saya taram jek calculation sume tuh. Dahlah tak amik tahu pun segala-mala sampel kes yang saya pilih. Nanti di kemudian hari nak cakap banyak, memang saya pelempang sorang-sorang ( aci dak???)

Dah ler nak mintak data kalah peminta sedekah. kalau jadi peminta sedekah pun sah-sah dah kaya. Ni puas ler hantar e-mail bagai....masing-masing buat dekk jek. Nak ke saya datang dari meja ke meja? Susah sangat ke nak foward data tu sedangkan tu dah memang keje diorang dan data tu bukan nak kena buat semula ke hapa....data tu sekali harong jek nak hantar dengan ke bahagian satu lagi...

Sangat bersabar..buat keje syok sendiri....Lantak lah! Geram!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...