Saturday, December 26, 2009

Apa-apa saja

Lama tul bercuti sakit di rumah.... Rabu lepas baru naik keje tapi tak ke ofis pun. Kursus di HQ. Isnin ni baru nak masu nak ofis setelah 2 minggu bercuti sakit mata. Pegawai sambilan seksyen saya pun dah tak sambung utk next year. Very sad lor...pasni saya terpaksa berhempas pulas buat semua keje-keje pembangunan indeks tu dengan bos kecik. Takdelah tempat mengadu lagi...kalau tak...senang nak bincang...

Nampak gaya tahun 2010 akan menjadi tahun yang mencabar bagi saya. Ubby get ready la...kot2 bini u ni akan selalu bertapa di ofis...Banyak benda yang nak dicapai tahun depan...harap semuanya berjalan lancar.

Masalah keluarga masih lagi belum dapat diselesaikan... Saya masih berhempas pulas untuk merungkai kekusutan ini...Segala tali-temali yang bersimpul sedang saya lurutkan satu-persatu....tidak tahu pangkal tali yang mana harus saya mulakan dahulu...sebelum semuanya terungkai, biarlah saya kaji betul2 segala kekusutan tali yang ada....biarpun mengambil masa tapi niat di hati hanya Tuhan sahaja yang tahu....Semoga segalanya akan selesai suatu masa nanti........

Friday, December 18, 2009

Update gambar Cuti-cuti di Pangkor

Semalam, sempat jugak singgah ofis ambik cable camera bagai....keluar jugak sebab nak uruskan claim Syameel. Dengan mata berair2 kena cahaya digagahi jua....

Ok, now mari kite tengok gambar.


On da way, dalam feri. Sofea kagum jek naik feri hehehehe...

Ni di Pangkor Island resort....tempat memang cantik...dapat bilik betul2 depan pool..

Petang hari pertama.....air sangat jernih...memang berendam tak ingat darat...



Ahad pagi, ke pekan Pangkor. Tak beli apa pun...nak gi mana pun tak tau....last2 ronda2 pulau jek...tu pun tak abis...

Jalan-jalan makan angin..



Minah ni kalau suh posing...anytime!!!


Syameel jugak yang tak banyak gambar...susah nau nak ambik gambar dia...

Join sukaneka...





See.....inilah dia zombi2 yang sudah terlepas pergi bercuti2 Malaysia!!!


So, cover jangan tak cover....

Ntah anak cina mana dah jadi kawan budak2 ni sebab ada ketam dalam botol...

Tunggu bas nak ke jeti..

Jom balik....ikut hati takmau balik....syok kat sini....

Posing maut tak hengat donia! hahahah

Dah sampai umah...hset ibu jadi mangsa....

So, my frens...enjoy!!!!

Tuesday, December 15, 2009

Cuti-cuti Malaysia sambil...

Cuti-cuti di Pangkor yang sangat best....tapi....pagi Sabtu, mata saya sudah mula gatal2 n merah..... Sampai di jeti sudah sepet kerana mata sudah mula bengkak dan merah....jangkitan datang dari Sofea... Mandi laut n kolam tetap....mandi...tak lepaskan peluang....Pagi Ahad, mata ubby pulak start merah...hahahah...last2 dengan ibu,ayah n Sofea sudah bermata merah dan sentiasa cover ngan sunglasses....

gambar update nanti sebab cable camera ada kat ofis.....

Ena, akak mc esok...sakit mata!

Wednesday, December 09, 2009

SOFEA & SYAMEEL

Kanak-kanak riang yang pantang nampak kamera, lebih-lebih lagi cik kak tu yang kuat bergaya. Ada jek pose yang dia nak tunjukkan. Gambar-gambar ni dah lama dalam simpanan. Tapi, tak upload ke dalam PC maka....terperap ler dalam kamera. So, enjoy!


Syameel kalau ambil gambar suka buat mimik muka macam2....


Ni cik kak yang suka bergaya tuh...

Syameel in Action!

Syameel di hospital.....Sekarang fobia dia, semalam saya melawat kawan yang kena denggi di hospital yang sama. Takut2 Syameel masuk area wad tuh. Kesian anak ibu, masih lagi teringat-ingat. So, ni gambar untuk tatapan mak ngah. Syameel dah makin sembuh.....


Kaki Syameel masa masuk hospital dan lepas keluar hospital


Ni orang-orang yang berfamily day di hospital!

Saturday, December 05, 2009

Update

Doktor dah check pagi ni, maybe dalam 2-3 hari lagi bergantung pada kesurutan bengkak di kaki Syameel. Mata kanan macam nak kena sakit mata pulak, sudah merah dan berair.

Maka, tak dapat ber'team building' dan ber'family day' di PD. Pinggang pun ada sedikit sakit sebab 2 malam tdo di kerusi memeluk Syameel yang meradaang bila nurse datang nak masukkan antibiotik di tangan. Saya percaya ada hikmah di sebaliknya.

Ubby baru sampai petang semalam dari Lumut. Bawa kete dengan hanya memikirkan agar cepat sampai ke Putrajaya, risaukan si kecik. Dah bagitau jangan risau, tapi yerlah kan, selagi tak tengok...tak senang hati.

Saya, baru dapat mandi dengan sempurna pagi ni after 2 nights ber'masham' hehehehe....takler busuk....duk dlm aircond kan.....Sebab ingat grab berus gigi jek masa malam Jumaat ambik barang Syameel.....

Tq pada mummy Sue sebab tolong jagakan Syameel sementara saya pulang ke rumah ambil barang. Tq jugak pada Kak Ma@MokTeh sebab tengah2 malam datang hospital sebab risaukan Sofea sape nak jaga memandangkan ubby takde. Sofea tdo umah MokTeh sebab last minit nak pulak ikut MokTeh dia balik......

Lega sebab ubby dah balik dari Lumut dengan selamatnya walaupun bateri kereta kong di kala sampai di Tol Putrajaya. Nasib PLUS ada jump bateri dan boleh bawak kete sampai ke bengkel P16 utk tukar bateri.

Macam-macam hal kalau ubby keluar outstation.....Semalam Sofea tdo di rumah aunty Tini dia...Tq Tini sebab tolong tengokkan Sofea.

Doakan Syameel cepat sembuh....Mak ngah kat Penang pun jangan risau2 k.....Tq semua!

Friday, December 04, 2009


Bengkak mcm kena gigit semut. Kawasan merah tu keras dan suam je rasa dia. Dr mlm td nak drip antibiotik xdpt2 sbb xjumpa urat dia. Br je pg ni try lg dan dah selamat jumpa urat darah. Doktor kata akan buat ultrasound utk tgk jangkitan smpi ke otot ke atau ada nanah ke...doakan yg baik2 utk syameel ye..

Kaki


Syameel masuk wad.

Tuesday, December 01, 2009

DISEMBER

Cepat sungguh masa berlalu. Rasanya baru jek memasang azam....sudah jumpa lagi satu tahun baru. So, sekarang ni sambil buat rutin harian sambil memikirkan apa yang saya nak capai pada tahun depan.....Semestinya untuk kepuasan diri, kerjaya dan keluarga. Dan yang paling pasti adalah untuk menyelesaikan masalah-masalah dalaman yang membuatkan hidup saya tidak tenang pada tahun ini. Gambaran awal yang saya nampak keadaan tidak lagi akan menjadi seperti biasa....seperti 27 tahun yang lalu. Persediaan mental untuk menempuhi perkara ini perlu saya buat awal2.

Lama dah tak cerita pasal Sofea dan Syameel. Gambar pun dah lama saya tak update. Tak sempat sebenarnya tapi nanti saya cuba sempat-sempatkan.

Sofea

Sofea akan menginjak ke usia 5 tahun pada tahun hadapan. Tapi dia dah mengaku dia 5 tahun, marah sangat kalau saya kata umur dia 4 tahun lebih. Suka bertanya dan kalau boleh apa yang kite buat dia pun nak join sama. Kadang-kadang saya biar jek dia basuh pinggan makan dia sendiri kat sinki, walaupun dengan memanjat kerusi kecik, walaupun sampai basah-basah baju dia. Sekali-sekala ok lah....Kalau saya basuh pinggan atau buat sesuatu di dapur, selalunya dia akan ambil kerusi kecik dan menyibuk sebelah kita nak tolong.

Start last week, dia dah tidur kat bilik sendiri dengan adik Syameel. Nampaknya dia dah selesa sebab sy ada jugak try ajak dia tidur dengan saya bila tengah2 malam dia kejutkan saya buatkan susu, tapi dia taknak.

Suka jugak menyakat adik dia sampai nangis dan kadang2 adik dia buli dia jugak sampai menangis. Kelakar tengok kalau dia cuba-cuba nak dukung Syameel bila si adik menangis. Konon-konon nak pujuk ler tuh...Tapi saya tengok dia sayang dan boleh jaga adik dia...Alhamdulillah....

Apa lagi? Suka tengok channel 130 lately sebab ada intro citer Hindustan siap nyanyi2.....tu yang dia suka tu. Bosan dah kot tg Ceria... Lagu 'Nenek Kebaya' bukan main suka lagi...siap ikut nyanyi sambil menari.

Next year masuk tadika, tak tau la macam mana. Ni pun dah tak sabar-sabar...asyik tanya jek bile nak gi school ni ibu? Esok2 dah start tadika jangan nak lembik2 pulak.

Syameel

Belum pandai cakap lagi, cuma perkataan 'ayah' yang paling jelas walaupun dah masuk 1 tahun 8 bulan. Lain-lain dia panggil saya 'abu', panggil 'akak', sebut dan tunjuk 'bird' dan sebut 'air' bila nak minum susu atau air. Kena pandai teka ye ibu-ibu.... Time dia rajin nak bercakap tu, apa kite sebut dia akan cuba ikut. Tapi saya tengok Syameel ni pendiam sket. Dia lagi suka tepuk saya utk panggil dan bgtau sesuatu. Mungkin sebab gigi penuh dulu tu yang lambat bercakap kot....ayat nak menyedapkan hati. Dia faham kalau kita cakap atau suruh dia apa-apa tapi mulut tu berat nau nak bercakap. Sabar jek lah....

Paling suka berjoget, pantang dengar muzik, mesti bergoyang badan tuh. Sekarang ni kan ada cerita 'Nenek Kebaya' asal nak iklan je kan ada lagu dia sket, dia pun apa lagi...goyang sket pun jadi lah. Kalau masa ending lagu penuh, dia dengan si kakak sibuk lah menari siap dengan tangan2 sekali sebab nak ikutkan step kakak dia.

Makan macam-macam, tapi tengok badan comel jek. Baru2 ni kena gigit serangga, dia garu2 terus jadi kudis. 2 kat tangan n satu kat kaki. Berparut lah nampaknya tu. Saya dah siap belikan bio oil nak sapu lepas baik ni supaya parut tu hilang. Syameel...Syameel...

Kalau mengamuk, takleh nak tolong....terus baring atau meniarap kat lantai. Auta kuat! Kalau kita marah kat dia, mula lah nak buat muka comel2 kat depan kita. Nak sejukkan hati ler kononnya tu....Manja sangat!


Banyak lagi nak tulis pasal budak 2 orang ni...tapi malas nak taip. Takpe, nanti biar gambar je bercerita.

Minggu ni ada Team Building merangkap hari Keluarga ofis saya di Le Paris, PD. Clash pulak dengan perkahwinan kawan baik saya Nadia. Tak dapat ke majlis persandingan dia cuma saya sempatkan diri ke majlis pernikahan dia. Korbankan aktiviti Team Building yang start petang Jumaat....saya akan ke PD lepas majlis Nadia. Tak kisah ler sampai tengah malam pun...janji dapat hadir majlis kawan baik saya tu. Dah la masa bertunang haritu tak dapat pegi.

Next week pulak kalau takde aral akan ke Pulau Pangkor sertai family day company client ubby. Orang dah jemput, join jek la kan....Pastu, cuti dan cuti dan cuti.....Bulan ni keje 4 hari, cuti 3 hari....4 minggu berturut2 sampai new year....tak produktif langsung! hehehehe

Panjang pulak membebel hari ni. Keje melambak....ok ler keje,keje,keje!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...