Thursday, February 28, 2008

Kenapa ye?

Kalau berenti kat traffic light, perasan tak mat2 motor kat depan tuh mesti toleh2 belakang tgk ke arah tayar ke apa ke kat belakang motor dia? Agaknya dia takut tayar da lari kot??

Kesedaran Sivik

Malam semalam kami anak beranak ke KL, hantarkan hadiah kawan ubby yang majlisnya akan berlangsung Sabtu ni. Kitorg tak dapat pergi sebab sepupu saya pun kahwinkan anak dia yang sulong di Kota Tinggi. So, taknak nampak tak adil, kami pun hantarkan hadiah dan jumpa pengantinnya dulu malam tadi, tapi tak dapat pulak jumpa isteri dia sbb 3 hari sblm nikah dah dapat beita kena daftar di KPLI...n now, lakinya tinggal le sorang. Esok baru nak jemput isteri untuk majlis sebelah lelaki Sabtu ni....

Sementara menunggu kawan ubby samapi, kami makan ler di satu kedai makan area Masjid Kg. Baru tuh. Kalau tak silap ada nombor *000. Saya dan ubby makan nasi goreng jek, Sofea pulak mintak keropok. Makanlah dia keropok sepinggan. Lepas minum air, batuk2 pulak, terus termuntah. Nasib sempat sambut ngan tisu. Kena jugak ler baju dia. Lepas cuci2 n salin baju dia, duduk ler lagi..... Datang le pulak 2 orang mamat nih duduk di meja belakang kerusi saya. Tak kisah ler kan. Tapi yang sakit hati tu, kawan depan dia boleh pulak isap rokok kat situ....Dan yang sorang lagi nih pun tgh ketuk2 kotak rokok dia...nak start ler tuh. Saya ngan anginnya saja cakap kuat2, "Hisap rokok ler pulak dia nih...." Dengan nada suara yang tak puas hati..... Memang mamat tu dengar agaknya sebab terus tak jadi merokok, kebetulan makanan diorg sampai. Lepas makan diorang terus blah agaknya terasa apa yang saya cakap tadi.

Sedar tak diorang nih dengan kepentingan orang lain? Saya kan wanita mengandung dan ada kanak2 lagi kat situ. Kalau nak membakar jantung sendiri jangan ler libatkan orang lain, betul tak? Nasib lah sape2 yang merokok tu kan. Next time kalau nak berasap tuh, pandanglah kiri dan kanan. Jangan nak pentingkan diri sendiri jek....Saya lum nak mati lagi...Amal ibadat tak cukup lagi....

Semalam lagi

Petang semalam hujan lebat sangat di area Putrajaya ni. Sampai2 di Bangi tgk lum hujan lagi, terus decide nak gi scan baby...again...Tak puas hati nak tgk jantina. Saya tak kisah anak lelaki or perempuan, tapi perasaan ingin tahu tu...Hasilnya semalam....kemungkinan besar, baby saya adalah baby boy....apa pun...doakan segalanya selamat ok....

Hari ni

Sis VP, sila tabahkan hati n kuatkan semangat...Semoga semuanya selamat...AMIN.....

Next week

Auntie YAN akan mula berblog semula selepas kembali dari cuti operation lutut dia minggu depan.....BESTnya!!!!

5 comments:

Anonymous said...

org moto, suka tgk tayar sbb dia berasa2 tayar tu mcm pancit..that's why tertoleh2 gitu..

and..tahniah la..tak kiralah..baby girl ka, boy ka..janji selamat semuanya..

Aku Bukan Bidadari said...

Adeq,

1. Org motor tu tengok no plate..takut org keta tu terlangar so dh ingat no plate kalo dia langgar lari leh report polis

2. Kalo tiara kan..org hisap rokok tiara wat batuk kuat2, pehtu tutup idung, pehtu rengek2..ckp kuat2 busuknyaaa bau mulut!!!!!!
hihiihih try ar formula tuh..nnti dan dan tu jugak org tu tenyeh rokok dia kasi padam

tulip said...

alhamdulillah, kalau dpt baby boy. dah sepasang.

LayarLara said...

kunjungan balas dariku untukmu... salam kenal.. :)

viruspadu said...

alamak ada wish utk kita la kat sini

wah sgt terharu ok huhuhuhuhuhuh

sy pun kan kalu nampak org org merokok duk dekat2 ngan meja, konfem ajak laki tukar meja lain, rimas sgt ok ngan baunya yg sgt busuk tu

elok sound kekuat, dan seb baik gak depa terasa kan, kalu depa wat dek je isap gak, haru la tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...