Cuti CNY yang lepas, rasa macam saya yang lelebih cutinya. Mana taknya, last week je saya tak ke ofis seminggu.
4 Feb 08
Nak dijadikan cerita, pagi tu Sofea mcm nak kena sakit mata. Saya pun cuti la, kebetulan memang ada check up kat Klinik Putrajaya hari tu, kena la bawak dia sekali. Tapi pukul 10 pg tu mata dia tak la merah. Pagi2 je tahi mata bertempek2 sampai tak leh buka. Balik dari klinik, lepak2 jek kat rumah. Malam tu mata dia dah start merah, terus la ke klinik dan saya pun tak berapa sihat mintak le mc dr doktor untuk esok.
5 Feb 08
Best sungguh cuti2 Malaysia ngan Sofea. Ubby bukan main cemburu lagi. Gi keje, tapi dalam tengah hari dah balik sbb dia kata ofis dia half day. Kitorg pun bersiap la n terus balik kampung. Esok ngan Isnin depan saya mmg apply cuti sbb ubby pun cuti.
6 Feb 08
Pagi2 dah bangun, hari ni kena gerak ke Mersing sebab sepupu ubby buat kenduri kahwin. Kitorg ni kena lah meramaikan majlis kan...bukan tolong banyak pu, tolong sibuk jek ngan perut terboyot2 nih. Ubby jek kena tolong banyak2 sbb double saya tak dapat nak tolong...huhuhu....Malam tdo di Seri Malaysia je sbb malas nak bersesak2 kat umah makcik ubby.
7 Feb 08
Hari langsung majlis tu. Saya tolong sikit2 jek, pastu duduk jaga anak kat dalam umah. Sepupu ubby pun buat simple jek, belah lelaki katakan, just makan beradab jek. Takde pelamin2 nya....By 2.30 org sebelah dah berangkat balik ke Perak. Tinggal la melayan tetamu jemputan aja.....Dalam pukul 6 kitorg pun balik semula ke Segamat....Lepak jugak la....
Hari-hari seterusnya saya melepak jek kat umah mak n MIL. Jalan2 dalam bandar, gi shopping2 apa yang tak patut....Dan Isnin 10hb baru la balik ke Putrajaya semula. Tu pun subuh2 hari kitorg balik sbb plan asal nak balik petang Ahad, tapi keadaan jalan raya tidak mengizinkan.....
Dan hari ni baru lah saya mula masuk ofis dan menjalankan tugas seperti biasa.....
3 comments:
dia sakit mata ke
alahai siannya
sakit mata ni leh jangkit kan
erm skrg dia macam mana?
dah ok ke?
gambo mase cuti aritu tak der ker.. leh tgk2 kan...
vp,
sekarang dah ok, but 14hb n 15 hb aritu jangkit lagi kat saya pulak....huhuhuh...manjang cuti ajek...
nasazfrog,
gambar ada, tapi lum sempat upload dlm pc sbb ubby sy sibuk ambik gambor site dia yang nak dihandover last week...
Post a Comment