Pagi ni ke klinik desa dulu check up untuk Sofea. Bukan apa pun, cuma timbang berat n makan ubat cacing.
"kita nak gi mana ni, ibu?"
" Nak gi klinik la, check Sofea.."
" Mana ada, ibu lah gi klinik, ibu sakit pinggang!" sambil buat muka n jeling mata.
Pandai jek budak sekarang ni. Alert betul. Memang saya sakit pinggang. Mungkin sebab perut dah besar. N last nite, ubby tampalkan koyok kat pinggang saya sebab tak selesa sangat nak tdo malam tadi. Itu yang Sofea ingat pagi ni saya yang nak ke klinik.
Weekend ni adalah untuk saya dan family kecik saya. Tak bagi sape2 datang sebab banyak benda nak buat. Tapi Sabtu pagi tu rancang nak cari sikit2 barang untuk baby walaupun barang2 Sofea mcm baju tu ada lagi. Nak beli gak sepasang dua yang baru....Kali ni bersalin guna Set Salindah. Lum tahu mcm mana. Setakat hari ni, krem kaki mmg jarang kena n badan rasa segar jugak. Tak macam masa Sofea dulu, selalu krem kaki n rasa nak demam aje.
Kemungkinan besar baby kali ni juga adalah baby girl. Sebab masa scan haritu mmg tak nampak sebarang tanda2 baby boy...Doktor siap kata lagi...tak jumpa bird nampaknya puan....huhuhu....tapi saya tak kisah....boy pun ok, girl pun ok...Tidur malam saya sudah mula tak lena sebab tak selesa sangat dengan sakit pinggang sampai ke kaki. Bila bangun pagi lagi susah nak turun katil. Kalau baring pun kena atas tilam, tak boleh dah nak baring2 kat atas karpet jek...manja betul, kata ubby.
Esok dah hari Jumaat. Cepat betul masa berlalu. Baru hujung minggu dah nak jumpa hujung minggu lagi. Memang lah suka cuti...tapi bila pikir2 dah nak dekat waktu bersalin ni...Seram jugak...walaupun dah ada pengalaman.
Rasa baru jek bersalinkan Sofea, dah nak masuk 3 tahun bulan April ni...
6 comments:
ala comey nyer pakai gaun lagi...ermmm maner gambar terbaru dia... wani 14.1 arituh baru setahun 7 bulan...
salam kenal dari akak pu3....comelnya sofea ye...dah nak dapat adik ye sofea..alhamdulillah...geramla tengok lesung pipit sofea yang sweet sangat tu....
sangat comey.... mak dia mesti comey gak kan.. hmmm
salinda tu orang kata elok
tp sy pun x penah pulak try
alah, lepas ni kalu dpt girl lg, best hape, save bajet sikit hikhikhik
tp kalu dpt boy, dpt le sepasang gitu kan
bile due ni syida?
gurl best ape.. kan cute.....
ala tomey nyer dia.... huhuhu.. hai.. salam ziarah...
Post a Comment