Semua orang dah buat en3 hari raya. Saya yang tak bergerak-gerak lagi nak menaip. Penyakit M menguasai nampaknya. Banyak yang hendak diceritakan tetapi tangan ini sungguh malas untuk menaip. Lagi pulak ada kerja yang perlu di settlekan terlebih dahulu.
Raya tahun ini dimulai di rumah ibu bapa saya. Seronok sangat sebab beraya di rumah mak sendiri kan. Juadah nya pula mestilah sangat sedap di makan tidak kira walaupun muntah, saya makan jugak. Antara juadah yang disediakan di rumah saya adalah; kuah kacang (wajib ni sampai saya dan SIL songlap dan bekukan untuk dibawa pulang ke KL), rendang cili padi, lodeh, sambal goreng babat (jawa punya), serunding , kari daging dan ayam goreng berempah bersama ketupat segera.
Petang Ramadhan ke 30 tu dah sibuk terima dan menghantar 'monjong' ke rumah jiran dan saudara mara terdekat. Ada jugak yang hantar di pagi raya. Mana-mana lauk yang nampak best tu, saya masukkan dalam peti sejuk dulu untuk dimakan di pagi raya. Sampai penuh peti sejuk dengan lauk pauk. Berbuka pula makan masakan mak disertai doa selamat dan sedikit sebanyak lauk pauk yang dihantar oleh jiran.
Raya PertamaPagi raya siap2 panaskan lauk, siapkan diri dan Sofea pastu tunggu org lelaki balik sembahyang raya. ayah balik jek, terus salam mintak ampun dan maaf dari ayah, mak, suami, abang, kakak ipar n adik. Siap bersalam-salaman, barulah acara memenuhkan perut bermula. Selagi belum sudah sembahyang raya mak tak bagi sesiapa makan, tu peraturan mak dari kecik sampai lah sekarang nih. Bagus jugak sebab bila masa makan tu memang semua berselera dan meriah sekali. Jom makan....
Sebelum diserbu oleh sanak saudara sebelah ayah, kitorang dah cabut ke rumah ubby pulak untuk besalam-salaman dengan keluarga ubby. Rumah dekat katakan....memang kelam kabut sikit n macam biasa my mom akan call2 kata sedara ni datang, sedara tu datang sampai tak menyempat2 kitorang nak makan umah mak ubby. Tapi selalunya buat tak tau jek, lepas salam, makan lagi dengan keluarga ubby baru lah kitorg balik semula ke rumah mak saya.
Kakak ipar saya yang sporting...
Selalunya kitorg akan round ke rumah jiran dan saudara mara terdekat sebelah ayah pada hari raya pertama. Tapi, tahun ni tak sempat sebab diorg terlebih dulu dah serbu rumah kami. Memamng tak cukup tangan melayan teteamu. Sekali datang, gelap umah. mesti ajak makan sebab lauk memang banyak pada hari raya pertama. So, saya ngan SIL memang tak kering tangan di dapur. Lepas Asar, kami tutup pintu dan kemas2 untuk bertolak ke Melaka. Keluarga sebelah mak ramai di Melaka.
Maghrib baru tiba di Melaka. Selepas solat barulah bergerak ke rumah makngah di Taman Kesidang. Malam tu dapat satu umah jek, pastu balik umah che Da balik n tdo Kg. Hulu.
Raya Ke-2
Pukul 10 lebih kami dah siap n bergerak ke Limbongan, umah Pak Long, pastu umah adik tiri mak di Bukit Baru, umah Pak Uda di Bukit Baru jugak, umah kawan mak di Duyong (dulu ada umah Pak Long kat situ, sekarang dua2 dah meninggal) dan terus ke Sg. rambai, umah Pak Ngah. Kat Sg. Rambai ni lama sikit sebab dah kekenyangan dan keletihan so, kitorg pakat2 mintak bantal n landing dulu. Lepas tdo, makan then baru balik ke Melaka semula n singgah di rumah anak adik tiri mak di Bukit Katil. Mak n ayah dah start puasa 6, so berbuka di sana sebab dah maghrib masa tu. Makan mihun goreng jek. Umah terakhir lepas tu adalah umah anak buah mak di peringgit. Kat sini makan besar...dengan lauk asam pedas dan singgang...sayur campur lagi...memang full betul malam tuh.
Mak Su Ct (adik bongsu saya)
Balik ke Kg. Hulu, kemas2 dan beraya di rumah2 berhampiran (sume sedara mara mak gak) kul 11 lebih balik semula ke Segamat sebab turn family ubby pulak esoknya. Ingat kitorg jek yang nak balik, rupanya mak ayah n abang pun ikut balik jugak.....
Raya Ke-3
Memang sadis hari ni. Pagi2 lagi kami dah bertolak ke Rengit. Umah nenek ubby sebelah mak. Dan MIL n FIL bergerak dari Mersing sebab raya kedua diorg beraya di family sebelah abah di Mersing. Pertengahan jalan, betul2 dekat ngan signboard LAM LEE, dari Segamat kereta tak leh masuk gear n ubby terus berhenti di tepi jalan. Haru betul, dah ayu2 kereta rosak pulak. Kebetulan ayah saya pun hantar kereta ke bengkel untuk tukar 'timing belt' dan servis. Call ayah, dia kata tunggu nati dia cari ikhtiar n pegi tempat kitorang berhenti. Call abah ubby jugak bgtau yang kereta kami dah rosak tengah jalan. Nak start pun tak boleh. Memang lah merisaukan. Dalam tunggu menunggu tu, tiba2 abang call tanya kenapa berhenti tepi jalan, Sofea muntah ke? Ubby pun cerita lah yang kereta rosak dan abang pun kata nanti dia patah balik. Abang on da way ke JB bersama mertua dia.
Calling-calling minta bantuan....
Kete nilah yang tarik kereta saya
Ni ada apa losak, kasi baik cepat! mau jalan laya ooo...
So, kitorg pun call lah ayah, tak payah datang sbb abang dah ada. Abah ubby pun kitorg bgtau dah dapat bantuan. Abang pun tarik lah kereta kitorg dengan tali yang kebetulan ada kat dalam bonet abang. Masa dah kena nilah baru nak beringat nak sediakan benda2 remeh macam tu kat dalam kereta. Tarik lah sampai ke Yong Peng, adalah workshop yang buka. Nasib hari Isnin kan. Abang tinggalkan kami kat situ lepas jumpa mekanik dan dia bgtau boleh betulkan apa yang patut. Lega...tengok punya tengok rupanya 'fuel pump' yang ubby baru ganti masa pertengahan puasa haritu yang rosak. Mak aih! pening gak, tanya2 harga dalam RM500 macam tu. Nak buat macam mana terpaksalah tukar. Masa mekanik tu tengah baiki kereta, MIL n FIL pun sampai.... Legalah sikit....lagi pulak MIL kata jangan isau nanti mak bayarkan. hehehe....duit memanglah ada kan, tapi kalau dah dipelawa macam tu apa lagi syok ah. Tapi kitorang nak ganti gak duit tu nanti. Tak best pulakkan, kete sendiri rosak, mak abah bayar pulak.
Dalam pukul 2 lebih baru settle semua dan kami meneruskan perjalanan ke Rengit. Sampai umah nenek ubby, lepak2 jap then sambung raya kat kawasan2 sekitar umah makcik2 n pakcik2 ubby barulah balik ke Segamat semula....
Raya Ke-4
Lepak di rumah mak abah ubby seharian dan adik ubby request saya masak nasi ayam. Rehat2 jek sambil tunggu tetamu datang.Raya Ke-5Patutnya balik umah mak saya tapi tak jadi sebab abah ubby ajak gi Pekan,Pahang....umah Mak Lang ubby. Kitorang on jek. So, kereta saya direhatkan dan bawa kereta abah n kereta SIL jek. Sampai umah Mak Lang, dijamu dengan nasi dagang (saya dah muak sbb masa mengidam dah makan) dan soto nasi. Petang makan goreng pisang pulak. Memang penuh perut hari tu. Lepas asar baru gerak balik ke Segamat. Hujan di sepanjang jalan. Pukul 10 malam baru sampai umah.Raya Ke-6Balik umah mak saya dan melayan tetamu yang datang. Malamnya beraya ke rumah jiran2 dekat. Tahun ni tak abis round sebab masa tak cukup.Raya Ke-7Siap2 kemas baju n barang. Lepas sembahyang Jumaat, balik ke KL. Mak ayah ikut sekali sebab nak beraya di rumah sedara mara kat KL pulak.Raya Ke-8Panjang betul beraya. Hari ni beraya di Kl. Patutnya ada 4 buah rumah tapi 2 rumah kensel sebab diorang takde kat umah. So, pagi ke Selayang Baru, umah sewa lama dulu, tuan rumahnya dah jadi saudara angkat kami sebab baik orangnya. Lepas lunch bagai baru dilepaskan balik. Ke Klang pulak umah abang kandung mak yang dijaga oleh orang lain sejak kecil. kena tahan makan2 jugak...Petang baru balik. Ingat nak singgah umah mak cik Tulip pun tak sempat sebab ada agenda lain pulak. Che Da n mak nak ke Nilai3. Nak beli apa ntah sampai tak pasal2 aku yang terbeli tikar buluh.huhuhu....Hari Ahad tu mak bali awal sebab adik saya nak periksa hari Isnin. Dan kitorang pun melepaklah sampai ke malam. Dengan beg balik kampung pun lum berkemas lagi sampai hari ni.... Ada 3 beg, tinggal satu lagi lum kemas.
1 comment:
sofea ni ikut muka ibu sgt2....
Post a Comment