Tuesday, October 02, 2007

kampungKU ke kampungMU?

Pagi ni awal sikit. Dengar le ERA, tajuk pagi ni pasal balik kampung. Yang baru-baru berumahtangga tu ,mesti pening nak balik mana dulu kan? Masa saya dulu pakai kuasa veto suami, balik umah dia dulu....heheheh..tapi yang bestnya tu ada yang saya dengar siap nak cabut undi lagi...

Kalau macam saya satu daerah jek suami isteri. Jarak umah pun cuma beberapa kilometer jek. So, beraya umah sape2 pun tetap dapat jumpa dua-dua belah family masa pagi raya tu. Dan tahun ni beraya di rumah saya dulu, yang bermaksud malam sebelum raya sehingga hari raya ke dua atau ketiga di rumah saya. Tu pun pagi raya pertama akan singgah ke rumah sebelah ubby untuk bersalaman dan makan sama. So, kitorg akan makan besar 2 kali...Naya perut tau pagi raya tuh...Abang sekeluarga pun akan beraya umah mak saya jugak, so memang meriah lah tahun ni.

Ada gak cadangan supaya kitorg bergilir, tapi nanti tak meriah pulak...memang lah umah mak sentiasa ada yang balik, tapi kurang satu family pulak.

Apapun, yang penting tahun ni beraya umah mak saya dulu.....haraplah selera ni dah ok masa raya nanti sbb sekarang ni, nak makan apa pun tak tahu. Semua benda tak menyelerakan......Sahur pun nak tak nak je. Buat syarat je cedok nasi dalam pinggan tapi tak makan pun. Susu pun tak lalu....Macam mana ni??

Ok, lah, raya raya jugak. Keje melambak2 nih. So, selamat bekerja....

5 comments:

Kak Lady said...

Memang seronok kalau dpt beraya umah mak...mesti banyak makanan kegemaran yang mak masak hasil air tangannya yang mengecurkan air liur

~adeQ~ said...

uish akak ni...kecur air liur saya bile teringat...mmmm....

ummibatrisya said...

salam,

so far ummi tak kisah nak raya kat mana dulu. walaupun satu kat johor satu lagi kat kedah, kitaorg balik dua2. yang mana dulu ummi tak kisah sbb ummi mmg enjoy balik johor dan kedah. lagipun kasi chance kat abah, jarang jumpa mak dia. ummi boleh kata selalu balik kg. so tak de undi2 dan tak bertegur sapa. semua ok je....

samalah kita semuanya tak menyelerakan....

kakLuna said...

kalau x larat makan nasi, makan lah kurma masa sahur..at least ada tenaga.

~adeQ~ said...

tQ kak luna...insyaAllah nanti cuba..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...